Tuesday, June 26, 2012

Kerakyatan Malaysia

Ramai bantah tawar status PR pelajar asing cemerlang


KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak mempertikaikan cadangan pemberian status penduduk tetap (PR) kepada pelajar asing cemerlang yang mendapat biasiswa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kerana menganggap ia anugerah yang terlalu tinggi untuk bukan warga negara.

Sebaliknya, mereka mencadangkan kerajaan menimbang insentif lain bagi menarik minat rakyat asing yang mempunyai kepakaran dan kemahiran untuk bekerja di negara ini, sekali gus memberikan sumbangan kepada pembangunan Malaysia.
Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata pihaknya kurang senang dengan tawaran status PR kerana ia membabitkan isu kerakyatan dan tahap kesetiaan warga asing terhadap raja dan negara yang boleh dipersoalkan.

Ia adalah penghargaan terlampau tinggi dan tidak sepatutnya status PR sewenang-wenangnya diberikan kepada rakyat asing, Ia adalah suasana tidak sihat, katanya.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kelmarin berkata, langkah itu antara usaha menarik bakat dan tenaga kerja berkemahiran tinggi dari luar negara menyumbang kepada pembangunan Malaysia. Insentif termasuk PR itu dijangka diberi kepada pelajar tajaan kementerian dan sedang melanjutkan pengajian dalam peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD).

Sementara itu, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mempertikaikan tawaran status PR walaupun menyambut baik usaha kerajaan memberikan insentif kepada pelajar asing yang cemerlang.

Presidennya, Mohd Hamzah Zainul Abidin, berkata kerajaan boleh melanjutkan visa pelajar asing cemerlang selain insentif lain yang tidak berkaitan dengan isu kerakyatan.

Bagusnya cadangan ini ialah apabila negara mempunyai tenaga pakar berkemahiran untuk program pembangunan dan secara tidak langsung pelajar tempatan berusaha meningkatkan daya saing dengan pelajar asing. Pelajar tempatan juga tidak seharusnya terlalu jumud untuk menganggap peluang mereka dalam pasaran pekerjaan terjejas dengan kehadiran pelajar asing, katanya.

Presiden MPP Universiti Malaya (UM), Khairul Anuar Abu Kasim, berkata status PR tidak harus dijadikan sandaran untuk menarik minat tenaga kerja asing ke negara ini sedangkan pada masa sama, ramai sudah memohon sejak berpuluh tahun lalu tetapi permohonan mereka tidak dilayan.

Beliau berkata, kerajaan mungkin boleh memikirkan imbuhan setanding dengan yang ditawarkan negara lain bagi menarik pelajar asing datang ke negara ini.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud, turut meminta kajian lebih teliti bagi memastikan cadangan itu tidak menjadi kes rujukan yang memberi kesan negatif pada jangka panjang

No comments:

Malas???

Malas???
Jom Kita Lawan Malas Tu...!!!

ALQURAN n Business online

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com