Jawapan kepada Soalan

Enam Rendah

Pengertian Demokrasi

Kerajaan rakyat,oleh rakyat dan  untuk rakyat.

Ianya adalah satu sistem pemerintahan negara yang mempunyai 3 prinsip asas iaitu: a) Persamaan hak bagi semua rakyat, iaitu seorang seundi. b) Pemerintahan majoriti, iaitu keputusan majoriti mesti diterima oleh semua orang lain.  c) Perlindungan bagi minoriti, iaitu golongan ini terjaga haknya oleh pihak majoriti. Demokrasi juga memberikan kebebasan atau hak asasi kepada rakyat tetapi kebebasan yang bersyarat. Sistem ini juga membentuk dua institusi penting iaitu: Parlimen dan perlembagaan.

Parlimen ialah badan yang mengandungi wakil wakil rakyat yang mana berfungsi untuk menggubal, menyemak, membahas, meminda dan meluluskan rang undang undang (undang-undang mentah) yang akan menjadi undang undang persekutuan untuk dilaksanakan oleh pihak eksekutif dan kehakiman.


Mengapakah Pilihanraya diadakan?

Dengan adanya sistem demokrasi, Malaysia akan mengadakan Pilihanraya Umum sekali dalam tempoh lima tahun. Tujuan utamanya adalah untuk memilih kerajaan yang akan meneruskan pentadbiran negara. Dengan adanya PRU atau PRK, wakil rakyat yang dipilih akan bertanding dan jika memenangi kerusi, mereka akan berkhidmat untuk rakyat yang mengundi mereka terutamanya dikawasan yang mereka tandingi.

Pilihanraya mesti melibatkan SPR.

SPR dibentuk dibawah Perkara 113 Fasal (1) PP untuk memelihara , menyelia dan mengekalkan proses demokrasi negara melalui pilihanraya yang adil dan saksama. Ianya adalah badan yang bebas daripada kawalan politik. Perkara 114 Fasal (1) anggota anggota SPR terdiri daripada : 1 orang Pengerusi, 1 orang Timbalan Pengerusi dan 5 orang anggota yang lain. Mereka ini mesti todak melebihi 66 tahun, tidak muflis, bukan anggota perkhidmatan awam dan bukan ahli politik Parlimen atau DUN. Mereka hanya boleh dipecat oleh YDPA melalui tribunal, tetapi jika melanggar syarat keahlian diatas, boleh dipecat tanpa melalui tribunal oleh YDPA. Mereka dibayar gaji KWPD.

SPR menyediakan daftar pengundi dengan cara mendaftarkan pemilih baharu serta menyemak daftar pemilih dan urusan ini dijalankan setiap tahun melalui pelbagai medium seperti sms, pejabat pos, tv dan radio.

Untuk mengundi , pengundi mest mencapai umur 21 tahun pada tarikh pendaftaran sebagai pengundi, bermastautin di kawasan pendaftaran untuk mengundi dan beralamat ditempat tersebut, didaftarkan sebagai senarai pengundi

Keputusan Pilihanraya boleh dicabar dengan adanya Petisyen Pilihanraya yang didengar oleh Mahkamah Pilihanraya iaitu Mahkamah Tinggi, dikemukakan dalam tempoh 21 hari dari tarikh keputusan pilihanraya diwartakan. Jika petisyen didapati berasas, maka kemenangan seseorang calon yang menang akan dibatalkan.





Parlimen Persekutuan dan Dewan Undangan

YDPA, Dewan Rakyat dan Dewan Negara adalah komponen yang membentuk parlimen Malaysia.
YDPA memanggil Parlimen bermesyuarat, memberhentikan mesyuarat itu dan berhak membubarkan Parlimen. Melantik sebilangan Dewan Negara, SU Dewan Rakyat, SU Dewan Negara, Memberi titah ucapan di dalam Parlimen, memperkenankan RUU yang diluluskan oleh DR dan DN supaya menjadi Undang-undang yang biasanya dipanggil Akta.

DN ditubuhkan dengan cara lantikan dua orang ahli dari setiap negeri yang dipilih oeh DUN setiap negeri. 3 orang mewakili WP yang dilantik oleh YDPA.40 yang lain dilantik oleh YDPA, ahli yang dilantik itu pula adalah orang yang pada pendapatnya berjasa , cemerlang atau mewakili kaum minoriti. Parlimen boleh buat undang-undang untuk menambah dan mengurangkan ahli DN.

DR ditubuhkan dengan ahli ahli yang terdiri daripada calon calon PRU yang menang PRU. bilangan setiap negeri adalah berbeza beza mengikt keluasan(banyaknya) kawasan  parlimen di setiap negeri .
Ahli DR akan memegang jawatan selama lima penggal (5 tahun ) atau sehingga Parlimen dibubarkan.

Ahli Parlimen akan hilang kelayakan jika beliau tidak sempurna akal, bankrap dan belum dilepaskan, memegang jawatan berpendapatan dalam sektor awam, tidak kemukakan perbelanjaan pilihanraya, dihukum penjara tidak kurang daripada 1 tahun atau dihukum denda tidak kurang RM2000 oleh sebuah mahkamah di persekutuan dan tidak dapat ampun dan dengan sengaja mendapat kewarganegaraan negara lain.

Seorang ahli parlimen tidak boleh menjadi ahli Parlimen yang lain, tetapi boleh menjadi ADUN.

Seseorang ahli Parlimen mesti mengangkat sumpah di hadapan YDP DR atau DN dalam tempoh 6 bulan dari tarikh majlis itu bersidang bagi kali pertamanya selepas dia dilantik atau dipilih. Dia mesti menghadiri persidangan setiap kali diadakan. Jika tidak hadir selama 6 bulan tanpa kebenaran YDP majlis masing masing, kerusinya boleh diisytiharkan kosong (sama untuk angkat sumpah di atas.) Jika kerusi DN kosong, YDPA boleh melantik ahli DN lain atau melalui DUN yang berkenaan dalam tempoh 60 hari kekosongan itu disahkan oleh YDP DN. Jika dibuat selepas 2 bulan, maka tidak terbatal mana mana perlantikan yang dibuat kemudiannya.

Untuk DR, SPR perlu mengesahkan kekosongan kerusi berlaku. Dari tarikh pengesahan itu, PRK mesti diadakan dalam tempoh 60 hari..Jika sesuatu kekosongan luar jangka DR disahkan berlaku pada suatu tarikh dalam tempoh 2 bulan dari tarikh parlimen akan dibubarkan kerana tamat tempohnya, maka kekosongan itu tidak akan dipenuhi, melainkan jika YDP DR memberitahu SPR bahawa kekosongan itu boleh menjejaskan kekuatan majoriti parti pemerintah.

Parlimen akan bersidang dan terus berjalan selama 5 tahun dari tarikh persidangan pertama, melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Tempoh lima tahun dibahagikan kepada beberapa penggal dengan setiap penggal adalah setahun. Setaip penggal dibahagikan pula kepada beberapa mesyuarat persidangan. Setiap mesyuarat persidangan biasanya lebih kurang dua minggu (DR) dan seminggu (DN) Kecuali mesyuarat Belanjawan Akhir Tahun 6 minggu (DR) dan 3 minggu (DN). Setiap mesyuarat dibahagikan kepada beberapa Sidang yang panjangnya 1 hari. Mesyuarat pertama bagi setiap Penggal mesti ditetapkan oleh YDPA, mesyuarat yang lain ditetapkan oleh YDP majlis Parlimen berkenaan.

Kabinet

Malaysia mempunyai 3 peringkat kerajaan, iaitu: Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. Setiap peringkat mempunyai kuasa eksekutif dan jentera pentadbiran masing masing mengikut Perlembagaan dan undang-undang.

Kuasa eksekutif bermaksud kuasa yang membuat dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan dasar -dasar itu. Perkara 39 PP Kuasa Eksekutif terletak pada YDPA, ianya boleh dijalankan oleh Baginda atau Kabinet atau mana mana Menteri yg diberi kuasa oleh Kabinet.

Kabinet dibentuk melalui Perkara 43 PP, dengan YDPa hendaklah melantik Kabinet untuk menasihatkan Baginda menjalankan tugas. Baginda hendaklah terlebih dahulu dengan kuasa budi bicara baginda melantik seorang ahli DR yang mendapat kepercayaan majoriti menjadi PM. atas nasihat PM ini, YDPA akan melantik Kabinet daripada kalangan ahli Parlimen.Perlembagaan tidak menetapkan bilangan menteri kabinet yang boleh dilantik.

Tugas utama Kabinet ialah untuk menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh YDPA. Kabinetakan membentuk dasar dasar kerajaan Persekutuan dan memberi arahan yang akan dilaksanakan oleh jentera pentadbiran kerajaan persekutuan.

Kabinet beroperasi dengan diketuai oleh PM dan dibantu oleh TPM. Setiap menteri yang dilantik akan memegang portfolio tertentu dan sama-sama bertanggungjawab terhadap semua keputusan kabinet. Kabinet akan bermesyuarat seminggu sekali secara tertutup, biasanya pada hari Rabu. Hanya seorang ahli perkhidmatan awam yang dibenarkan hadir mesyuarat iaitu KSN, yang bertindak sebagai setiausaha Kabinet.





No comments:

Malas???

Malas???
Jom Kita Lawan Malas Tu...!!!

ALQURAN n Business online

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com