Topikal 900/2

Modul 1

Bahagian A
Soalan Perkembangan dalam bidang Teknologi Maklumat dan Telekomunikasi (TMK) didorong oleh pelbagai aplikasi protokol dan peranti internet yang seiring dengan pembangunan dan kemajuan negara. Bincangkan kepentingan TMK terhadap pembangunan negara.

"Fikir dahulu barulah lihat contoh jawapan..."

Kehendak soalan:

 A. Kepentingan TMK Pengenalan: Projek Koridor Raya Multimedia (MSC) merupakan pelan jangka panjang yang mampu mengubah landskap Teknologi maklumat dan Telekomunikasi (TMK) negara. TMK berupaya menjana pembangunan dan kemajuan sesebuah negara.

A. Kepentingan TMK

 1. Memantapkan pentadbiran negara Kerajaan Elektronik - sistem pentadbiran kerajaan akan menggunakan TMK sepenuhnya. Segala data didokumentasikan untuk membolehkan pemprosesan data lebih pantas, cekap dan efisien.

 2. Meramal fenomena dan kejadian alam ( remote sensing ) Kemajuan TMK melibatkan penggunaan satelit. Satelit berupaya meramal fenomena alam dan cuaca dunia. Cth: Tsunami. Teknologi ini juga penting dalam bidang pelayaran. Memberi panduan kepada pengguna laluan laut.

3. Melahirkan masyarakat saintifik Kewujudan sistem sekolah bestari mampu melahirkan masyarakat saintifik dan berinovatif. Para pelajar menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat dari seluruh dunia.

4. Hubungan antarabangsa Penggunaan alat komunikasi seperti telefon, faksimili,internet dan persidangan video . Berita mutakhir, tepat dari luar negara diperoleh dengan mudah dan cepat melalui rakaman dan siaran langsung .Hal ini akan merapatkan hubungan antara masyarakat dari negara-negara lain.

5. Meningkatkan tahap kesihatan Kewujudan telekesihatan membantu para doktor tempatan untuk bertukar-tukar fikiran dengan doktor pakar dari negara luar. Penemuan ubatan dan teknologi perubatan yang terkini dapat disebarkan dengan pantas. Kaedah penjagaan kesihatan secara talian.

6. Penyelidikan dan pembangunan ( R & D ) Rakyat tempatan boleh mempelajari dan memiliki teknologi canggih dari negara luar. Globalisasi mampu meningkatkan persaingan. Bagi mengatasinya, rakyat perlu meningkatkan kualiti produk menerusi R&D.

7. Meningkatkan ekonomi negara Perdagangan antarabangsa dapat dijalankan secara talian dan meningkatkan pengeluaran dan pemasaran produk tempatan lebih luas . Meningkatkan aliran masuk mata wang asing dan merangsang pertumbuhan ekonomi negara.

Kesimpulan TMK sememangnya penting dalam memajukan sesebuah negara. Namun, penyalahgunaannya akan memudaratkan masyarakat dan negara.

Skema : 4+0


Bahagian B

Soalan

Penyumbang utama penyakit kardiovaskular ialah arteriosklerosis iaitu gumpalan lemak yang terkumpul dalam saluran darah. Jelaskan punca berlaku penyakit kardiovaskular dan cadangkan langkah-langkah pencegahan yang efektif.

Kehendak soalan:

A. Punca-punca penyakit kardiovaskular.

B. Langkah-langkah pencegahan penyakit kardiovaskular.

Pengenalan: Penyakit kardiovaskular merupakan antara pembunuh utama masyarakat Malaysia. Amalan gaya hidup seseorang dikatakan faktor penyumbang penyakit ini.

Punca:

1. Amalan pemakanan / diet Pemakanan yang tidak seimbang, kandungan lemak, kolesterol, gula tinggi. Darah pekat, arteri / salur darah tersumbat. Memberi tekanan kepada jantung - menjadi lemah. Kekurangan oksigen ke otak – menyebabkan strok.

2. Obesiti Keupayaan jantung mengepam darah terbatas kerana kandungan kolesterol berlebihan di arteri. Memaksa jantung bekerja keras untuk menghantar darah ke seluruh badan. Kegagalan jantung gagal mengepam darah menyebabkan angina ahmar/strok

3. Gaya hidup Pengambilan alkohol, merokok mengganggu fungsi jantung. Nikotin / tar dalam rokok akan mempercepatkan proses pengumpulan lemak di arteri – menyempitkan saluran darah dan menyebabkan denyutan jantung laju. Kurang bersenam – sistem badan menjadi lemah dan organ dalaman tidak dapat berfungsi dengan sempurna.

4. Pemeriksaan / rawatan Pemeriksaan awal tidak dilakukan. Tidak mengetahui tanda awal / diagnosis penyakit. – kes berlanjutan menyebabkan strok

5. Tekanan / stress Tekanan kerja menyebabkan perubahan hormon- berlaku ketidakseimbangan dalam rutin harian, contoh amalan pemakanan akan berubah . Tidak mengimbangi stress dengan kaedah renggangan seperti bersenam - Menyebabkan serangan neurosis dan psikosis .

Langkah

6. Diet yang seimbang Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang- makanan berkhasiat yang diperlukan untuk membina sistem badan yang dapat mengurang risiko jangkitan penyakit.

7. Amalan gaya hidup sihat Menjauhi amalan merokok, pengambilan alkohol. Melakukan senaman atau pergerakan psikomotor, rekreasi.

8. Rawatan berkala Mendapatkan rawatan untuk mengesan tanda-tanda awal / diagnosis penyakit. Dapat mengelakkan serangan tahap kritikal.

Kesimpulan:

Diet yang seimbang dan amalan hidup yang positif mampu mencegah penyakit ini


Skema : 2 + 2


Bahagian C

5(a) “Di peringkat antarabangsa, kemiskinan secara global boleh digambarkan sebagai pergantungan sebuah negara miskin kepada sesebuah negara maju. Pergantungan ini merangkumi aspek kewangan, teknologi dan kebebasan.” (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Masyarakat, Mac 2005) (i)

i)  Apakah yang dikaitkan dengan kemiskinan di peringkat dunia?

Jawapan : Kemiskinan digambarkan sebagai pergantungan sesebuah negara dalam aspek kewangan, teknologi dan kebebasan kepada negara maju.



(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi kemiskinan di Negara-negara Dunia Ketiga.

Jawapan:

Langkah:
1. Negara Dunia Ketiga perlu bekerjasama untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.
2. Mengeksploitasi hasil kekayaan negara secara meluas dengan menggunakan teknologi moden.
3. Pemindahan teknologi dari negara-negara maju.
4. Meningkatkan sistem pendidikan – mengurangkan kadar buta huruf.
5. Meningkatkan taraf kesihatan – memanjangkan jangka hayat.


5(b) “……kerajaan mengawal akhbar adalah untuk memantau fungsi akhbar supaya mendatangkan faedah kepada kerajaan. Selain itu, pengawalan kebebasan akhbar juga dapat meminimumkan pengaruh negatif seperti penyebaran fitnah, penghinaan, penipuan dan melindungi sistem politik kerajaan.” (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Masyarakat Disember 2004)

(i) Bagaimanakah kawalan akhbar berfaedah kepada sesebuah kerajaan?

Jawapan:

Akhbar berfaedah sekiranya kerajaan dapat mengawal fungsinya untuk meminimumkan pengaruh negatif dan melindungi sistem politik.



(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan halangan-halangan yang dihadapi oleh pihak akhbar di peringkat global.

Jawapan:

1. Kebebasan akhbar disekat hampir seluruh negara di dunia, akhbar tidak dapat menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat.
2. Pihak wartawan seringkali menghadapi ancaman bunuh dan terdedah kepada pelbagai ugutan
3. Negara-negara komunis tidak membenarkan langsung pihak akhbar memaparkan kepincangan pentadbiran mereka dan seringkali wartawan ditangkap dan dipenjarakan
4. PIhak akhbar terpaksa melalui prosedur penerbitan dan pengeluaran yang ketat.


Soalan 6(a) “Pisang mempunyai banyak khasiat seperti mengurangkan risiko penyakit jantung dan juga tekanan darah tinggi, secara langsung akan dapat mengekalkan dan menjamin tahap kesihatan seseorang. Zat potassium dapat membantu mengekalkan tekanan osmostik di dalam sel badan. Justeru, pisang mendapat sambutan baik dalam menu makanan setiap hari di dalam dan luar negara.” (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Dewan Kosmik, Mei 2005)

(i) Mengapakah pisang menjadi keutamaan dalam menu harian ?

Jawapan:

Banyak khasiat dan penting kepada kesihatan manusia menyebabkan pisang menjadi keutamaan menu harian seseorang.



(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, huraikan langkah-langkah untuk mengembangkan industri buah-buahan tempatan?

Jawapan:

Langkah:

1. Menggunakan teknologi meningkatkan pengeluaran melalui kaedah bioteknologi dan dapat mengawal masalah penyakit untuk meningkatkan hasil
2. Penggunaan benih daripada tisu kultur, penggunaan baja organik
3. Kaedah pengeksportan yang lebih efisien seperti kaedah sinaran (teknologi nuklear).
4. Kaedah pembungkusan yang terkawal.
5. Mencari pasaran-pasaran baru di kalangan negara-negara luar.


6(b) “Negara kita merupakan pasaran yang sangat berpotensi untuk industri satelit. Kedudukan Malaysia yang hampir dengan Khatulistiwa membolehkan negara kita menerima antara yang paling banyak cahaya matahari berbanding tempat lain. Keadaan ini memudahkan satelit mengumpulkan cahaya matahari dan menukarkannya ke dalam bentuk gelombang mikro untuk membawa maklumat angkasa lepas ke bumi.” (Dipetik dan diubahsuaikan daripada, Dewan Kosmik Disember, 2004)

(i) Apakah kelebihan yang ada di negara kita dalam mengembangkan industri satelit?

Jawapan:

Negara mempunyai kelebihan untuk mengembangkan industri satelit kerana kedudukan berhampiran garisan khatulistiwa yang membekalkan cahaya yang cukup untuk proses penghantaran maklumat.



(ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, sarankan langkah-langkah yang sesuai untuk memajukan industri satelit negara.

Jawapan:

1. Menyediakan angkasawan Malaysia untuk meneroka angkasalepas dan mendaratkan angkasawan di bulan.
2. Teknologi menghasilkan satelit sendiri dan melancarkannya ke ruang angkasa
3. Menawarkan kursus / pengajian aeroangkasa di IPTA bagi melahirkan pakar-pakar dalam aeroangkasa


Bahagian D

            Dengan menggunakan maklumat di bawah, lukis carta pai perbandingan  untuk menunjukkan jumlah pelancong mengikut negara asal bagi tahun 1997 dan 2002.

Keindahan semula jadi negara kita telah berjaya menarik minat pelancong-pelancong luar untuk melancong ke sini. Malaysia sebuah negara yang aman dan harmoni serta kurang berisiko untuk menghadapi masalah  keganasan. Pada tahun 1997 jumlah pelancong asing yang berkunjung ke negara kita berjumlah 10107.42 ribu orang. Kelpelbagaian strategi yang dijalankan oleh pihak kerajaan telah menambahkan bilangan pelancong ke negara kita sebanyak 1062.18 ribu orang pada tahun 2002.

ASEAN mencatat bilangan pelancong sebanyak 41.68% pada tahun 1997 dan bertambah sebanyak 5234.37 ribu orang pada tahun 2002. Meskipun benua Eropah agak jauh dari negara kita dari segi kedudukan geografi, tetapi keadaan ini tidak menghalang pelancong dari negara-negara tersebut untuk berkunjung ke sini. Pada tahun 1997 bilangan pelancong dari benua Eropah telah mencatat sebanyak 210.12 ribu orang. Bilangan pelancong ini telah meningkat sebanyak 55.15% berbanding tahun 1997.

Faktor kedudukan geografi bukan merupakan faktor utama pelancong Hong Kong untuk melancong ke negara kita, hanya sebanyak 88.69 ribu orang atau 0.88% sahaja dari negara tersebut. Bilangan pelancong Hong Kong telah menunjukkan perubahan yang memberangsangkan kerana telah meningkat sebanyak 26.02 ribu orang pada tahun 2002. Budaya orang Jepun yang gemar melancong telah meningkatkan bilangan pelancong dari negara matahari terbit itu sebanyak 43.51 ribu orang pada tahun 2002. Pada tahun 1997 bilangan pelancong Jepun telah mencatat bilangan sebanyak 297.98 ribu orang atau sebanyak 2.95%.

Sikap prejudis rakyat Amerika Syarikat jelas terbukti apabila hanya 90.58 ribu orang pelancong sahaja yang berkunjung ke negara kita pada tahun 1997.Namun, kelebihan budaya yang menarik di negara ini telah  telah meningkatkan bilangan pelancong sebanyak 31.78 ribu orang kepada 122.36 ribu orang pada tahun 2002. Selebihnya adalah untuk lain-lain negara.


                           (Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Perangkaan Tahunan, Jabatan Statistik,1997 dan 2003.)




Jawapan :

MALAYSIA PERBANDINGAN JUMLAH PELANCONG MENGIKUT NEGARA  ASAL BAGI TAHUN 1997 
                          DAN 2002
                         Tahun
Negara
1997
2002
ribu org
%
O
ribu org
%
O
ASEAN
4212.57
41.68
150.04
9446.9
84.58
304.48
Eropah
210.12
2.08
7.48
326.01
2.92
10.51
Hong Kong
88.69
0.88
3.16
114.71
1.03
3.70
Jepun
297.98
2.95
10.61
341.49
3.06
11.01
USA
90.58
0.90
3.23
122.36
1.10
3.94
Lain-lain Negara
5207.48
51.52
185.48
818.06
7.32
26.37
Jumlah besar
10107.42
100.00
360.00
11170
100.00
360.00

(Sumber: Dipetik dan diubahsuaikan daripada Buku Perangkaan Tahunan, Jabatan Statistik,1997 dan 2003.)


 
Jawapan untuk Carta Pai.........perbincangan dalam kelas.








Bahagian E

Berdasarkan jadual huraikan pola perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan mengikut sektor dalam tempoh yang dinyatakan. Berikan alasan mengapakah berlaku penurunan perbelanjaan dalam sector-sektor tertentu


PERBELANJAAN PEMBANGUNAN KERAJAAN PERSEKUTUAN MENGIKUT SEKTOR BAGI TAHUN 2001 HINGGA 2003

Sektor

2001
(RM juta)

2002
(RM juta)
2003
(RM juta)
1. Keselamatan
Pertahanan
Keselamatan dalam negeri
3 287
2 572
715
4 333
3 385
948
4 063
3 326
737
2.  Perkhidmatan Sosial
Pendidikan
Kesihatan
Perumahan
Lain-lain
15 384
10 363
1 570
1 269
2 182
18 043
12 436
1 503
1 808
2 296
17 165
10 495
1 990
2 150
2 530
3.  Perkhidmatan Ekonomi
Pertanian dan pembangunan luar bandar
Kemudahan awam
Perdagangan dan perindustrian
Pengangkutan
Perhubungan
Lain-lain
12 725
 394
1 092
4 830
5 042
330
37
12 434
1 364
1 808
3 474
5 401
282
105
12 381
2 956
1 785
3 135
5 091
193
421
4.   Pentadbiran Am
3 839
1 167
3 154
5.   Jumlah Besar
35 235
35 977
36 763

(Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada
Buku Tahunan Perangkaan, Jabatan Statistik, 2003)

Jawapan:

Jadual yang dipetik dan diubahsuai daripada Buku Perangkaan Tahunan, Jabatan Statistik 2003 menunjukkan tentang perbelanjaan pembangunan Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2001 hingga 2003.

A. Pola Perubahan
Bil
Idea
Huraian
1
Jumlah keseluruhan
- meningkat
2001 – RM 35 235 juta
2002 – RM 35 977 juta (meningkat – RM 742 juta dari tahun 2001)
2003 – RM 36 763 juta (meningkat – RM 786 juta dari tahun 2002)
Peratus peningkatan dari tahun 2001 hingga 2003 ialah  4.34%. atau RM 1 528 juta.
2
Pola penurunan
i. Perkhidmatan ekonomi
2001 – RM 12 725 juta
2002 – RM 12 434 juta (menurun – RM 291 juta dari tahun 2001)
2003 – RM 12 381 juta (menurun RM 53 juta)
Peratus penurunan dari tahun 2001 hingga 2003 ialah 2.7% atau RM 344 juta
3
Pola tidak konsisten
i. Keselamatan
2001 – RM 3 287 juta
2002 – RM 4 333 juta (meningkat RM 1 046 juta dari tahun 2001). Peratus meningkat 31.82%.
2003 – RM 4 063 juta (menurun RM 270 juta dari tahun 2002). Peratus menurun 6.23%.

ii. Perkhidmatan sosial
2001 - RM 15 384 juta
2002 – RM 18 043 juta (meningkat RM 2 659 juta dari tahun 2001). Peratus meningkat 17.28%.
2003 – RM 17 165 juta (menurun RM 878 juta dari tahun 2002). Peratus menurun 4.87%.

iii. Pentadbiran am
2001 – RM 3 839 juta
2002 – RM 1 167 juta (menurun sebanyak RM 2 672 juta dari tahun 2001). Peratus menurun 69.6%.
2003 – RM 3 154 juta (meningkat RM 1 987 juta dari tahun 2002). Peratus meningkat 170.27%
B. Pola Bandingan
Bil
Tahun
Paling tinggi
Paling sedikit
Sederhana
1
2001
Perkhidmatan social
RM 15 384 juta daripada jumlah keseluruhan RM 35 235 juta (43.66%)

Keselamatan
RM 3 287 juta daripada jumlah keseluruhan RM 35 235 juta (9.33%)
Perkhidmatan ekonomi
RM 12 725 juta daripada jumlah keseluruhan RM 35 235 juta (36.11%).
Pentadbiran am
RM 3 839 juta daripada jumlah keseluruhan RM 35 235 juta (10.9%)
2
2002
Perkhidmatan social
RM 18 043 juta daripada jumlah keseluruhan RM 35 977 juta (50.15%)

Pentadbiran am
RM 1 167 juta daripada jumlah keseluruhan RM 35 977 juta (3.24%)
Keselamatan
RM 4 333 juta daripada jumlah keseluruhan RM 35 977 juta (12.04%)

Perkhidmatan ekonomi
RM12 434 juta daripada jumlah keseluruhan RM 35 977 juta (34.56%)
3
2003
Perkhidmatan social
RM 17 165 juta daripada jumlah keseluruhan RM 36 763 juta (46.69%)
Pentadbiran am
RM 3 154 juta daripada jumlah keseluruhan RM 36 763 juta (8.58%)
Keselamatan
RM 4 063 juta daripada jumlah keseluruhan RM 36 763 juta (11.05%)

Perkhidmatan ekonomi
RM 12 381 juta daripada jumlah keseluruhan RM 36 763 juta (33.68%)
C. Sebab penurunan

1

Ekonomi dunia dan serantau merudum.

2

Kerajaan fokus kepada sektor-sektor lain.

3

Peruntukan diberikan kepada sektor-sektor lain yang lebih memerlukan.
Penutup

Pilihan jawapan  :    2 isi daripada A, 1 isi daripada B dan 1 isi daripada C  = 4 isi mak




Malas???

Malas???
Jom Kita Lawan Malas Tu...!!!

ALQURAN n Business online

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com