Tuesday, June 28, 2011

EAEC dan Asean + 3

EAEC atau East Asia Economic Caucus atau dahulunya dikenali sebagai EAEG atau East Asia Economic Group diutarakan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad sebagai satu forum untuk membincangkan masalah ekonomi bersama. Dengan mempunyai pendapat atau suara yang sama dalam dialog antarabangsa, diharap EAEC dapat meningkatkan kerjasama ekonomi, memperkenal dan mempertahankan perdagangan bebas, memecut pertumbuhan ekonomi, memperkenalkan sifat kedaerahan terbuka (open regionalism) dan menyumbang kepada sistem perdagangan multilateral


Asean + 3

ASEAN + 3 merupakan satu pakatan kerjasama antara negara negara anggota ASEAN dan tiga negara di Asia Timur Laut. ASEAN + 3 berasal daripada EAEC yang kemudiannya menjadi ASEAN + 3 atas cadangan Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir bin Mohamad. ASEAN + 3 dibentuk pada Disember 1997 di Malaysia.

Pakatan ini dibentuk bagi meningkatkan kerjasama antara negara Asia Timur dalam ekonomi (termasuk pembentukan kawasan pembangunan ekonomi Asia timur cth. Sungai Mekong), kewangan (termasuk memerhati aliran modal kawasan), pembangunan sosial dan sumber manusia, pembangunan saintifik dan teknikal, budaya dan informasi, dan pembangunan infrastrutur.

Kemuncak ASEAN+3 (ASEAN + 3 Summit)
  • Mesyuarat Pertama dibuat di Kuala Lumpur (Disember 1997). Dalam mesyuarat ini, ASEAN + 3 dibentuk.
  • Mesyuarat Kedua di Hanoi (1998).
  • Mesyuarat Kewangan Ke-3 di Manila (November 1999). Negara negara ASia Timur mengeluarkan Kenyataan Bersama Kerjasama Asia Timur.
  • Mesyuarat Ke-4 di Singapura (November 2000). China, Korea Selatan dan Jepun bersedia untuk berbincang lebih kerap dan berkerjasama dengan ASEAN dibawah kerangka ASEAN + 3.

Mesyuarat Menteri

Sejak 1999, banyak mesyuarat susulan yang dilakukan untuk membincangkan hal hal ekonomi, kewangan, perdagangan, agrikultur, pelancongan, perhutanan. Beberapa forum menteri ASEAN+3 telah terbentuk.
  • Ketika Forum Tenaga Antarabangsa yang diadakan di Osaka, Jepun mengadakan mesyuarat makan tengah hari antara Menteri Tenaga ASEAN+3 pada 22 September 2002.
  • Menteri Alam Sekitar ASEAN+3 mengadakan mesyuarat di Vientiane pada November 2002.
  • Menteri dalam Negeri ASEAN+3 membincangkan jenayah transnasional di Thailand pada Oktober 2003.

2010: Dasar Pembangunan Belia Negara

DASAR PEMBANGUNAN BELIA NEGARA

 Takrif Belia

 Dari segi umur belia ialah mereka yang berumur antara 15 hingga 40 tahun. Walau bagaimanapun dari segi strategi pelaksanaan program dan orientasi aktiviti, tumpuan utama ialah mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun.

Dasar Perbandaran Negara

Dasar Perbandaran Negara merupakan dasar yang memandu dan menyelaras perancangan dan pembangunan perbandaran negara supaya lebih efisien dan sistematik khususnya bagi mengurus peningkatan jumlah penduduk bandar pada tahun 2020 dengan penekanan terhadap keseimbangan pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal di dalam bandar.
Dasar Perbandaran Negara akan dijadikan teras utama dalam semua aktiviti perancangan dan pembangunan bandar di Semenanjung Malaysia termasuk penyediaan rancangan-rancangan pemajuan di peringkat negeri dan tempatan. Dasar ini akan menggariskan perkara-perkara teras, dasar-dasar, langkah-langkah dan pelan tindakan perlaksanaan bagi menyelaras dan mengurus perbandaran negara.Sila kunjungi http://www.townplan.gov.my/dpn/ untuk mengunjungi laman web rasmi Dasar Perbandaran Negara dan dapatkan maklumat lanjut.

Dasar Sogoshosa

Sogoshosha Malaysia

Latarbelakang 
Sogoshosha atau syarikat perdagangan am adalah satu konsep yang diperkenalkan di negara Jepun. Untuk mencapai taraf sogoshosha, sesebuah syarikat perdagangan mestilah memenuhi tiga ciri penting iaitu mempunyai rangkaian antarabangsa, mengendali barang dagangan yang banyak dan memainkan peranan utama di bidang perdagangan luar. Di negara Jepun 'Sogoshosha' adalah merupakan satu panggilan/title yang diberikan kepada beberapa syarikat perdagangan am yang terkenal yang telah mencapai pusingan sebanyak US$20 billion setahun. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa peranan yang dimainkan oleh sogoshosha telah diiktirafkan sebagai satu dari sebab-sebab negara berkenaan mencapai kejayaan yang cemerlang di bidang perdagangan luar. Pengalaman negara tersebut telah memberi inspirasi kepada beberapa buah negara membangun termasuk Malaysia, untuk menubuhkan sogoshosha masing-masing sebagai institusi bagi memajukan ekspot mereka. 

Wednesday, June 22, 2011

Panduan Mengguna Carian Dalam Blog Ini

1. Taip topik yang dicari dalam ruang Carian.
2. Di atas sekali, anda akan diberi pilihan:
   This Blog @ Link From Here @ The Web.
3. Jika apa yang dicari tiada, anda boleh kelik di salah satu menu diberi di atas untuk maklumat seterusnya.

Malaysia Incorporate (Dasar Persyarikatan Malaysia

Dasar Pensyarikatan Malaysia

Latar Belakang
Dasar Persyarikatan Malaysia atau Malaysia Incorporate ini telah pertama kalinya diutarakan oleh  YAB  Perdana Menteri   Datuk   Sri   Dr.Mahathir   Mohamed  di waktu pelancaran  Forum  INTAN  pada  25hb.  Februari,  1983. Semenjak   itu  dasar  ini  telah  banyak  dikupas  dan diperbincangkan bukan sahaja oleh media  massa  tetapi juga  oleh  ahli-ahli  politik,  ahli-ahli  perniagaan, pegawai kerajaan dan juga gulungan intelektual.
Rasional
Dalam sesebuah negara seperti Malaysia ini terdapat dua sektor  utama  yang  akan menentukan maju dan mundurnya negara  ini,  iaitu  sektor  swasta  dan  sektor  awam. Kedua-dua  sektor  ini  seharusnya   boleh  bekerjasama dalam semua  bidang  untuk  mencapai  dan  meningkatkan pembangunan dan imej negara ke tahap yang lebih baik.

Dilihat sekali imbas sektor swasta adalah menjadi pendokong  kepada  aktiviti  perdagangan  dan  ekonomi, manakala sektor awam akan menyediakan dasar-dasar utama dan  menentukan  arah  serta  menyediakan  perkhidmatan sokongan yang tertentu kepada pihak swasta. Dengan  ini pihak   kerajaan  atau  awam  lebih  merupakan  pemberi perkhidmatan kepada syarikat dan perusahaan.

Keperluan kepada dasar Persyarikatan Malaysia  ini wujud hasil dari kesedaran bahawa pada masa ini terdapat beberapa  perkara  dan  persoalan-persoalan  pokok yang menjadi  berasingan  atau  bertentangan  seperti   soal matlamat  organisasi, perhubungan peranan dan peraturan di antara pihak awam dan swasta.
Objektif
Persyarikatan  Malaysia  bertujuan   mengujudkan   satu kerjasama  yang  erat, bermakna  dan berkesan di antara pihak sektor awam dengan pihak swasta dalam  menjayakan pembangunan  negara  yang akan membuahkan munafaat yang akan dikecapi oleh kedua-dua pihak.

Y.A.B. Perdana Menteri sendiri menerangkan  konsep Persyarikatan   Malaysia  memerlukan  kedua-dua  sektor menghapuskan sikap permusuhan  dan  sebaliknya  bersama berkongsi   maklumat,   tanggongjawab,   cabaran  serta memahami polisi, objektif dan prosediur-prosediur dalam usaha-usaha   mempertingkatkan   pembangunan    sosial, pentadbiran dan ekonomi negara. Hubungan kerjasama yang erat  ini  sebenarnya  akan  menguntungkan  semua pihak di mana dasar-dasar awam akan mudah difahami, dilaksana dan   diterima   oleh   segenap   lapisan   masyarakat. Keuntungan yang diperolehi oleh sektor swasta pula akan dapat  dikecapi  bersama-sama    melalui    cukai   dan penglibatan sosial secara bersungguh oleh pihak swasta.
Strategi Pelaksanaan
Kesefahaman  dan  kerjasama  di antara kedua-dua sektor boleh dicapai melalui:
  1. Sikap kurang faham terhadap pihak awam dengan pihak swasta perlulah dihapuskan.
  2. Pihak awam dan swasta haruslah mempunyai satu persetujuan  bagi  mencapai matlamat  negara. Dengan itu kedua-dua pihak mempunyai matlamat iaitu  menjaga  maruah negara dan tidak hanya satu  pihak  sahaja   yang   akan  bersungguh membangunkan negara.
  3. Peraturan  dan  prosedur  kerja  pihak  awam hendaklah dikaji dan diubah di mana perlu dan jika boleh pihak swasta hendaklah  dilibatkan dalam  menggubal  peraturan  serta  prosedur yang ada.
  4. Hubungan  di antara Kementerian/Jabatan/Badan Berkanun di antara  satu  sama lain hendaklah dipertingkatkan supaya setiap agensi kerajaan mempunyai matlamat  kerja  dan  cara  bekerja yang sama.    Ini  membolehkan  pihak  swasta mudah menghubungi dan menguruskan kerja-kerja mereka.

Agensi Agensi Yang Diswastakan Di Malaysia

Senarai Badan Kerajaan yang Diswastakan di Malaysia sejak tahun 1980-an

  • Jabatan Telekom Malaysia = Telekom Malaysia Berhad (TM)
  • Lembaga Lebuhraya Malaysia = PLUS Expressway Berhad (Projek Lebuhraya Utara Selatan)
  • Lembaga Letrik Negara = Tenaga Nasional Berhad (TNB)
  • Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia = Pos Malaysia
  • Jabatan Penerbangan Awam (DCA) = Malaysia Airports Berhad
  • Lembaga Pelabuhan Klang = Kelang Multi Terminal Sdn Bhd, North Port (Malaysia) Berhad and West Port (Malaysia) Sdn Bhd
  • Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (Penang Port Commission) = Penang Port Sdn Bhd
  • Lembaga Pelabuhan Johor = Johor Port Berhad
  • Keretapi Tanah Melayu = Keretapi Tanah Melayu Berhad

Pelan Induk Perindustrian 1,2 dan 3- Perbezaannya

Pelan Induk Perindustrian Pertama, dari tahun 1986 sehingga 1995, telah menyediakan asas pertumbuhan sektor perkilangan, dengan menggariskan perubahan struktur ekonomi daripada aktiviti berasaskan pertanian dan barangan asas kepada sebuah ekonomi yang memfokuskan kepada aktiviti perkilangan.

Pelan Induk Perindustrian Kedua, dari tahun 1996 sehingga 2005, telah mempertingkatkan lagi momentum pertumbuhan sektor perkilangan, melalui pembangunan sepanjang rantaian nilai dan pembangunan kelompok industri. Pelan ini juga telah menekankan pembangunan perkhidmatan berkaitan perkilangan.

Pelan Induk Perindustrian Ketiga, yang merangkumi tahun 2006 sehingga 2020, menggariskan strategi serta dasar ke arah merealisasikan Wawasan 2020. Malaysia berhasrat untuk memantapkan daya saing global negara melalui peningkatan inovasi dan transformasi sektor perkilangan dan perkhidmatan. Penekanan diberikan kepada :
  • kemajuan teknologi;
  • pembangunan modal insan yang kreatif dan inovatif; dan
  • integrasi ke dalam pasaran serantau dan global.

Malas???

Malas???
Jom Kita Lawan Malas Tu...!!!

ALQURAN n Business online

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com