Topikal 900/1 Penggal 1 2012

Bab 1  Konsep Kenegaraan




1.Antara yang berikut yang manakah ciri asas sebuah negara?

I Raja yang berdaulat

II Penduduk yang tetap

III Sempadan yang tetap

IV Pemerintah yang berkuasa penuh

A I dan II

B I dan III

C II dan III

D III dan IV



2. Antara yang berikut, pernyataan manakah yang benar tentang Kerajaan Konfederasi?

A Kerajaan Pusat mempunyai kuasa pemerintahan yang terhad

B Kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri mempunyai autonomi masing- masing

C Kerajaan Negeri mempunyai sebahagian kecil kuasa pemerintahan

D Kerajaan Pusat mempunyai kebanyakan kuasa pemerintahan



3. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang kerajaan monarki?

A Monarki ialah negara yang dikuasai oleh presiden

B Pentadbiran negara dijalankan oleh kaum kerabat raja

C Pilihan raya umum diadakan bagi memilih raja yang memerintah

D Badan eksekutif terdiri daripada wakil rakyat yang dipilih menerusi pilihan raya



4. Apakah ciri-ciri autokrasi?

I Ada mempunyai raja

II Kebebasan awam dan kehakiman terhad

III Ketua negara dipilih secara langsung oleh rakyat

IV Pemerintahan oleh individu atau badan politik yang mempunyai kuasa sepenuhnya dalam pemerintahan

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV



5. Jenis sesebuah kerajaan boleh ditentu berdasarkan

I kaedah seseorang ketua pemerintah dilantik

II wujud atau tidak sistem beraja di negara itu

III pembahagian kuasa antara kerajaan yang membentuknya

IV corak pentadbiran yang diturunkan oleh pihak yang pernah menjajahnya



A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV





 Kerajaan Pusat tidak mempunyai kuasa mutlak

 Setiap peringkat kerajaan mempunyai kuasa autonomi masing-masing dalam bidang perundangan tertentu



6. Pernyataan di atas merujuk kepada

A kerajaan persekutuan

B kerajaan konfederasi

C kerajaan monarki

D kerajaan kesatuan



7. Antara yang berikut, yang manakah ciri konsep pengasingan kuasa ?

A Tujuannya adalah untuk mengelakkan pertindihan kuasa

B Ahli badan eksekutif juga merupakan ahli badan perundangan

C Peranan badan kehakiman adalah meluluskan undang-undang

D Kuasa pemerintahan negara dibahagikan kepada badan perundangan dan kehakiman



8. Antara yang berikut, pernyataan yang manakah yang benar tentang kerajaan kesatuan?

A Contoh Kerajaan Kesatuan ialah India dan Australia

B Kerajaan Pusat mempunyai kebanyak kuasa pemerintahan

C Gabungan beberapa negeri dengan kerajaan negeri mempunyai kuasa mutlak

D Kerajaan Pusat tiada kuasa untuk membatalkan undang-undang Kerajaan Negeri



9. Antara berikut yang manakah benar tentang kerajaan Malaysia ?

A Kerajaan Pusat mempunyai kuasa mutlak

B Kerajaan Negeri mempunyai kuasa mutlak

C Gabungan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri

D. Kerajaan Negeri mempunyai kebanyakan kuasa pemerintahan



10. Antara yang berikut yang manakah ciri negara republik?

A Raja sebagai ketua negara

B Tidak mengamalkan prinsip demokrasi

C Presiden dilantik atau dipilih dalam pilihanraya

D Perlembagaannya tidak menghadkan tempoh jawatan Presiden


Bab 2   Perlembagaan




11. Antara berikut yang manakah merupakan undang-undang tidak
bertulis?
I Common Law
II Hukum Kanun
III Undang-undang syariah
IV Doktrin Duluan Kehakiman

A 1 dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV



12. Pilih pernyataan yang benar tentang definisi perlembagaan

A. satu set undang-undang lisan berasaskan amalan dan tradisi
B. peraturan dan undang-undang homogen mengikut piagam PBB
C. undang-undang Persekutuan dan Undang-undang Negeri yang tidak bercanggah
D. sekumpulan peraturan dan undang-undang yang menentukan
organisasi kerajaan



13. Yang manakah antara berikut merupakan kandungan asas kebanyakan
perlembagaan bertulis?
I Hak-hak asasi rakyat
II. Raja berperlembagaan
III. Mahkamah Persekutuan
IV Corak pemerintahan negara

A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV



Perlembagaan Malaysia



14. Encik Salman seorang pemastautin tetap di Malaysia yang belum memperoleh hak kewarganegaraan.
      Isterinya bukan warganegara Malaysia. Apakah taraf kewarganegaraan anak mereka yang dilahirkan di
      negara ini?

A. Bukan warganegara
B. Warganegara cara masukan
C. Warganegara cara pendaftaran
D. Warganegara melalui kuat kuasa undang-undang


15. Antara kebebasan hak asasi berikut, yang manakah boleh disekat
oleh undang- undang?

I. Kebebasan bercakap
II. Kebebasan berpersatuan
III. Kebebasan daripada perhambaan
IV. Kebebasan seseorang mengetahui sebab dia ditangkap

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

16. Antara berikut yang manakah benar tentang perlembagaan Malaysia.

A Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipinda
B Perlembagaan Persekutuan dikuatkuasakan pada tahun 1963
C Undang-undang sebelum hari Malaysia tidak diperakui oleh perlembagaan Malaysia
D Merupakan dokumen yang menjadi sumber rujukan segala perundangan lain yang wujud dalam negara

17. Antara berikut yang manakah syarat menjadi warganegara Malaysia
dengan cara masukan ?

A berniat hendak menetap sementara di Malaysia
B pernah dipenjarakan di negara asal atas kesalahan jenayah
C lulus Bahasa Melayu dalam peperiksaan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
D telah bermastautin di Persekutuan sekurang-kurangnya 10 tahun dalam tempoh 12 tahun sebelum tarikh permohonan


Kerajaan Persekutuan


18. Dalam hal apakah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mempunyai tugas bersama-sama?

I reka bentuk

II pasar berkala

III pencegahan penyakit

IV perlindungan hidupan liar

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV



19. Antara berikut yang manakah tugas Yang di-Pertuan Agong?

I Melantik Gabenor Bank Negara

II Melantik Ketua Polis Negara

III Melantik Ketua Setiausaha Negara

IV Melantik Ketua Setiausaha Kementerian

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV



20. Antara berikut yang manakah tidak boleh dilakukan oleh Yang diPertuan Agong?

I Meminda Perlembagaan Negeri

II Memegang jawatan lain yang bergaji

III Sebagai ketua agama Islam negeri baginda sendiri

IV Mengampuni Permaisuri dan anak-anak baginda

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV



21. Antara berikut yang manakah benar berkaitan mesyuarat Majlis Raja-Raja?

I Mesyuarat diadakan 3 kali setahun

II Mesyuarat berkaitan dasar akan disertai oleh Jemaah Menteri

III Yang di Pertuan Agong akan menghadiri mesyuarat pada hari pertama

IV Pengerusi Majlis Raja-Raja dipegang oleh raja setiap negeri secara bergilir

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV



22.      • Jawatan diwujudkan sejak kemerdekaan
           • Memegang portfolio (tugas) Kementerian yang lain
           • Jawatan tidak diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan

Jawatan apakah yang dirujuk oleh pernyataan di atas?

A Perdana Menteri

B Timbalan Perdana Menteri

C Setiausaha Parlimen Kementerian

D Menteri-menteri dalam Kementerian



23. Antara berikut yang manakah fungsi Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN)?

I Mengatasi masalah kegawatan ekonomi

II Memulihkan keyakinan pelaburan asing

III Mengawal dasar perdagangan bebas negara

IV Menyediakan kemudahan infrastruktur untuk pelabur asing

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV



24. Antara yang berikut, yang manakah objektif Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)?

I Meningkatkan kecekapan dalam bidang ketenteraan

II Menyemarakkan semangat patriotik di kalangan remaja

III Menanam semangat kesukarelaan untuk berjasa kepada negara

IV Mendedahkan teknik penggunaan senjata moden kepada generasi muda

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV



25.      • Penasihat kepada Menteri
           • Pentadbir utama sesebuah Kementerian
           • Memastikan pelaksanaan dasar sesebuah Kementerian

Jawatan apakah yang dirujuk oleh pernyataan di atas?

A Ketua Setiausaha Kementerian

B Setiausaha Politik Kementerian

C Timbalan Menteri Kementerian

D Setiausaha Parlimen Kementerian



26. Yang manakah antara berikut merupakan badan tidak berkanun di bawah Kementerian Kewangan?

I Takaful Nasional Berhad

II Khazanah Nasional Berhad

III Bank Industri Malaysia Berhad

IV Bank Simpanan Nasional Berhad (BSN)

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV



27. Antara berikut, yang manakah merupakan ahli-ahli Majlis Angkatan Tentera?

I Menteri Pertahanan

II Panglima Angkatan Tentera

III Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia

IV Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV



28. Yang manakah antara berikut merupakan tugas-tugas Suruhanjaya Pasukan Polis?

I Mengawal tatatertib pasukan polis

II Membicarakan kesalahan sivil pasukan polis

III Menguruskan gaji dan ganjaran pasukan polis

IV Mengesahkan jawatan pegawai polis dan kemasukan ke jawatan tetap.

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV



29 Program pembangunan lima tahun ekonomi negara disediakan oleh

A Unit Perancang Ekonomi

B Majlis Perancangan Negara

C Majlis Pembangunan Negara

D Unit Penyelidikan Sosioekonomi



30. Yang manakah antara Kementerian berikut yang mengakaun sendiri kewangannya?

I Kementerian Penerangan

II Kementerian Pertahanan

III Kementerian Kesihatan

IV Kementerian Sumber Manusia

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV



Bab 15     Kerajaan Negeri



31. Antara berikut yang manakah termasuk dalam kuasa budi bicara Sultan dan Yang Dipertua Negeri?

A Melantik Menteri Besar atau Ketua Menteri

B Meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-raja

C Melaksanakan tugas sebagai ketua agama Islam di negeri sendiri

D Menerima atau menolak permintaan pembubaran Dewan

Undangan Negeri



32. Kuasa eksekutif di peringkat negeri terletak pada

A Dewan Undangan Negeri

B Raja atau Yang Dipertua Negeri

C Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

D Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri



33. Antara berikut yang manakah mempunyai peranan yang hampir sama dengan Jabatan Perdana Menteri di peringkat Persekutuan?

A Pejabat Kewangan Negeri

B Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

C Pejabat Menteri Besar / Ketua Menteri

D Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri



34. Antara berikut yang manakah merupakan bidang kuasa Kerajaan Negeri?

I Menggubal dasar pendidikan

II Menguruskan hal pertanian

III Menguruskan hal berkaitan tanah

IV Menggubal dasar tentang sumber manusia

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D II dan IV



35. Antara berikut yang manakah Jabatan yang bertanggungjawab kepada Kerajaan Negeri sahaja?

A Jabatan Tanah dan Galian

B Jabatan Pengairan dan Saliran

C Jabatan Kebajikan Masyarakat

D Jabatan Perlindungan Hidupan Liar




36. Antara berikut yang manakah benar tentang Peranan Setiausaha Kerajaan Negeri?

I Merancang dasar kerajaan negeri

II Merupakan ketua perkhidmatan awam negeri

III Merupakan pegawai pentadbiran utama negeri

IV Menjadi penasihat kewangan utama kepada Menteri Besar atau Ketua  Menteri

A I dan II

B Idan IV

C II dan III

D III dan IV



37. Antara berikut yang manakah tujuan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) ditubuhkan?

A Memberi peluang kepada penduduk terlibat dalam pentadbiran

B Memberi kuasa autonomi pentadbiran kepada ketua kampung

C Menyelaraskan pentadbiran kampung dengan Kerajaan Tempatan

D Menyelaras pentadbiran kampung dengan mukim, daerah dan negeri.



38. Antara berikut yang manakah merupakan bidang kuasa Kerajaan Negeri atas Kerajaan Tempatan?

I Meluluskan belanjawan Kerajaan Tempatan

II Menetapkan kadar cukai tanah dan cukai pintu

III Menggubal undang-undang kecil bagi Kerajaan Tempatan

IV Melantik dan memecat ahli-ahli Majlis Penguasa Tempatan



A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV


39.       • merancang dan menyelaras dasar-dasar Kerajaan Negeri
            # memastikan agensi-agensi negeri melaksanakan dasar

Penyataan di atas merujuk kepada

A Pejabat Kewangan Negeri

B Unit Perancang Ekonomi Negeri

C Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

D Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri



Bab 16    PIHAK BERKUASA TEMPATAN DAN PENYELARASAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN



41. Antara yang berikut, yang manakah merupakan bidang kuasa Kerajaan Tempatan?.

I Bertindak sebagai pihak berkuasa dalam perancangan bandar.

II Berhak mengadakan Kumpulan Wang Pihak Berkuasa Tempatan.

III Berhak melantik Yang Dipertua dan ahli-ahli majlisnya.

IV Berhak menetapkan sempadan dan status kawasan pentadbirannya.

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D II dan IV



42. Antara yang berikut, yang manakah kenyataan yang benar mengenai Dewan Bandaraya?.

I Mempunyai penduduk melebihi satu juta orang.

II Mesti ibu negeri serta pusat pentadbiran sesebuah negeri.

III Mendapat hasil pendapatan tahunan melebihi RM80 juta setahun

IV Di ketuai oleh Datuk Bandar yang dilantik oleh kerajaan negeri.

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D II dan IV



43. Antara yang berikut, yang manakah peranan yang dimainkan Kerajaan Tempatan?

I Mengutip cukai pintu dan cukai tanah

II Sama-sama menggubal undang-undang untuk kerajaan negeri

III Menggubal undang-undang kecil untuk sesuatu kawasan.

IV Menyelaraskan dasar-dasarnya mengikut dasar-dasar Kerajaan Persekutuan.

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV



44. Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber pendapatan Kerajaan Tempatan?

I Cukai harta benda dan pintu.

II Cukai pendapatan kakitangan Kerajaan Tempatan.

III Cukai kerajaan daripada pusat-pusat hiburan.

IV Pinjaman dan pemberian daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

A I dan II

B I dan IV

C II dan IV

D III dan IV



45. Antara yang berikut, yang manakah merupakan cara-cara Kerajaan Negeri mengawal dan mengawasi Kerajaan Tempatan?

I Melantik kakitangan dan pengawai perkhidmatan Kerajaan Tempatan.

II Melantik anggota majlis, Datuk Bandar atau Yang Dipertua Kerajaan Tempatan.

III Meluluskan jawatan baru yang hendak diwujudkan oleh Kerajaan Tempatan.

IV Berkuasa membatalkan kutipan cukai yang dikenakan oleh Kerajaan Tempatan.

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV



46. Antara yang berikut, yang manakah merupakan ahli Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan?

I Menteri Besar

II Wakil-wakil kerajaan negeri.

III Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

IV 18 orang ahli yang dilantik oleh kerajaan persekutuan.

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV







47. Antara yang berikut, yang manakah fungsi Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan?

I Membentuk dasar-dasar kebangsaan untuk mengawal kerajaan tempatan.

II Mengawal selia pentadbiran Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.

III Menyelaras pentadbiran Kerajaan Tempatan di seluruh negara.

IV Menggubal undang-undang untuk Kerajaan Tempatan

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV



48.     Majlis Perhutanan Negara
         Majlis Perumahan Negara
         Mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri


Pernyataan di atas merujuk kepada


A Majlis Pembangunan Negara dengan Majlis Pembangunan Negeri.

B Majlis perhubungan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Tempatan.

C Jawatankuasa perhubungan antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri

D Badan penyelaras antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri



49. Antara yang berikut, siapakah yang dilantik menjadi pengerusi Majlis Perhutanan Negara?.

A Menteri Besar

B Perdana Menteri

C Ketua Setiausaha Negara

D Timbalan Perdana Menteri



50. Antara yang berikut, yang manakah peranan Majlis Kewangan Negara?

A Memperuntukkan atau meminjamkan wang Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri

B Menyelaraskan dan menyeragamkan peruntukkan kewangan kepada Kerajaan Negeri

C Memperuntukkan pembayaran royalti minyak atau hasil mineral dan perhutanan kepada setiap
    Kerajaan Negeri.

D Mentadbirkan dan menyeragamkan undang-undang tentang kewangan di seluruh negeri


Bab 4     Sistem Perundangan Malaysia


51. Antara berikut, yang manakah benar tentang keistimewaan Parlimen?

I.   Boleh mempersoalkan Bahasa Kebangsaan Malaysia

II.  Semua prosiding Parlimen tidak boleh dipersoalkan dalam mahkamah

III. Tidak boleh didakwa kerana menyiarkan maklumat yang dibincangkan dalam Parlimen

IV. Boleh mempersoalkan hak kewarganegaraan jika mendapat sokongan ¼ majoriti Dewan Negara

A. I dan III

B. I dan IV

C. II dan III

D. II dan IV



52. Pernyataan manakah yang benar berkaitan Yang di-Pertuan Agong?

I. Yang di-Pertuan Agong boleh memperkenalkan akta baru dan pindaan akta lama

II. Yang di-Pertuan Agong boleh mempersetujui pembubaran Parlimen mengikut budi bicara baginda

III. Yang di-Pertuan Agong tidak mengambil bahagian dalam persidangan Dewan Rakyat atau Dewan
      Negara

IV. Yang di-Pertuan Agong boleh menangguhkan persidangan Parlimen setelah berunding dengan Yang
       Dipertua Dewan setelah mendapat nasihat Perdana Menteri

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV



53. Antara berikut, yang manakah benar tentang keanggotaan Dewan Rakyat

I. Ahli Dewan Rakyat dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya

II. Ahli Dewan Rakyat dilantik oleh Speaker dengan sokongan Perdana Menteri

III. Ahli Dewan Rakyat terdiri daripada ahli parti kerajaan dan parti pembangkang

IV. Perdana Menteri boleh dipilih dari kalangan ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara


A. I dan II

B. I dan III

C. II dan IV

D. III dan IV



54. Antara berikut, yang manakah benar berkaitan Yang Dipertua Dewan Rakyat?

I. Pemecatan hendaklah melalui cadangan tribunal

II. Tidak memegang jawatan Speaker jika bukan ahli Dewan Rakyat

III. Boleh dilantik dari kalangan ahli Dewan Rakyat atau bukan ahli Dewan Rakyat

IV. Speaker dilantik oleh Perdana Menteri setelah mendapat sokongan majoriti ahli Dewan

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV



55. Pernyataan manakah yang benar tentang kehilangan kelayakan keahlian Majlis Parlimen?

I. Memegang jawatan berpendapatan

II. Tidak mengangkat sumpah dalam masa 3 bulan selepas dipilih atau dilantik

III. Dihukum penjara melebihi 12 bulan dan didenda kurang daripada RM 2000.00

IV. Tidak menyerahkan akaun perbelanjaan kempen pilihanraya kepada Suruhanjaya Pilihanraya dalam
      tempoh 14 hari selepas keputusan diumumkan

A. I dan II

B. II dan III

C. I dan IV

D. III dan IV

Malas???

Malas???
Jom Kita Lawan Malas Tu...!!!

ALQURAN n Business online

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com