Soalan STPM 900/1


STPM 2006

DASAR DASAR LUAR MALAYSIA DAN PENGLIBATAN MALAYSIA DI LUAR NEGARA


12  • Menggalakkan perdagangan bebas dalam kalangan negara anggota

·    Memperjuangkan sistem perdagangan pelbagai hala

      Penyataan di atas merujuk kepada

I   Kesatuan Eropah (EIS

II   Forum Serantau ASEAN (ARF)

III   Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)

IV  Pertubuhan Pakatan Atlantik Utara (NATO)



A   I dan II

B      I dan III

C   II dan IV

D     III dan IV



13   Pada tahun 2003, Amerika Syarikat dan sekutunya telah melancarkan

       perang ke atas Iraq.



  Antara yang berikut, yang manakah kesan peperangan di atas?



I   Perubahan corak pemerintahan di Iraq

II   Peningkatan kumpulan ekstremis dan militan di Iraq

III   Peningkatan dalam urusan perdagangan dan urns niaga dunia

IV  Peningkatan sentimen pro-Amerika dalam kalangan penduduk dunia

  

  A    I  dan II

  B     I  dan III

  C    II  dan IV

  D    III  dan IV

Calon jawatan X
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Dipilih dalam kalangan negara anggota daripada
kumpulan Asia, Afrika, Amerika Latin dan
Caribbean, Eropah Barat, dan Eropah Timur

Memegang jawatan
bagi tempoh 4 tahun
sepenggal



Jawatan X merujuk kepada


A       Setiausaha Agung

B            Pengerusi Perhimpunan Agung

C       Ahli Sementara Majlis Keselamatan

D           Hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa



15    Antara yang berikut, yang manakah organisasi yang mengeratkan

       hubungan ekonomi melalui kerjasama serantau?



A    Kumpulan 15 (G15)

B       Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO)

C    Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8)

D       Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)


16  Mengurangkan pergantungan ekonomi negara-negara membangun
         pada, negara­-negara maju

·    Memperjuangkan kepentingan bersama negara-negara membangun

Penyataan di atas merujuk kepada


A   Dialog Utara, Selatan

B     Kerjasama Selatan-Selatan

C   Pergerakan Negara-Negara Berkecuali

D     Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara



17 • Menjadi tuan rumah kepada persidangan isu Palestin

·    Menyokong penyelesaian secara aman dalam konflik politik dalaman Afghanistan



Penglibatan Malaysia dalam semua isu di atas adalah di bawah naungan

A   Kerjasama Selatan-Selatan

B     Pertubuhan Persidangan Islam

C   Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

D     Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara



18 • Penubuhannya hasil daripada resolusi Persidangan Afro-Asia di Bandung pada tahun 1955

·    Menghormati kedaulatan dan keutuhan semua negara

Penyataan di atas merujuk kepada



A   Pertubuhan Komanwel

B     Pertubuhan Persidangan Islam

C   Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

D     Pergerakan Negara-Negara Berkecuali



STPM   2007



12   Yang manakah peranan Malaysia dalam membantu kestabilan politik

       dalam ASEAN?

I     Menghantar wakil berhubungan dengan proses demokrasi di Myanmar

II    Menjadi orang tengah dalam kes penculikan di selatan Filipina

III   Memberikan khidmat nasihat politik kepada negara anggota

IV  Menghantar pasukan pengaman ke Timor Leste



A   I dan II

B      I dan IV

C   II dan III

D    III dan IV



13   Yang manakah dasar yang memberikan penekanan kepada kawasan

        perdagangan bebas  ASEAN?



A    Dasar Automotif Nasional

B      Dasar Perindustrian Negara

C   Dasar Persyarikatan Malaysia

D    Dasar Sains dan Teknologi Negara

14    Yang manakah matlamat kerjasama antara ASEAN dengan Jepun,

       China, dan Korea Selatan?



I   Mewujudkan kestabilan politik

II   Mewujudkan kerjasama perdagangan

III   Mewujudkan kerjasama keselamatan

IV  Mewujudkan kerjasama perusahaan kecil dan sederhana



A   I dan Il

B     I dan III

C   II dan IV

D     III dan IV



15  • Meneroka kerjasama dan dalam bidang ekonomi, politik, dan sosial

·    Keanggotaannya terdiri daripada negara-negara dari dua benua


Penyataan di atas merujuk kepada

A   Pertubuhan Komanwel

B       Mesyuarat Asia dan Eropah (ASEM)

C   Pertubuhan Persidangan Islam   (OIC)

D       Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)



 16   Yang manakah penyataan yang benar tentang Rangkaian Berita

        Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NNN)?



I   Beribu pejabat di Kuala Lumpur

II   Bertujuan untuk menyaingi pusat rangkaian berita antarabangsa

     yang lain

III   Sebuah pusat berita berasaskan Internet untuk menyebarkan maklumat tentang negara anggota

IV  Menggantikan Pusat Pangkalan Data Pelaburan, Perdagangan, dan Teknologi Selatan (SITTDEC)



A    I dan III

B       I dan IV

C   II dan III

D      II dan IV



17   Yang manakah tugas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa
       Bersatu?

A    Mengetuai operasi ketenteraan

B      Memantau masalah ekonomi dan sosial dunia

C    Memberikan kata putus dalam pertikaian antarabangsa

D      Mengadili kes jenayah antarabangsa yang serius



18   • Menumpukan kepada kerjasama, dalam bidang sosial dan ekonomi

·    Malaysia bertanggungjawab untuk menggerakkan kerjasama, dalam perbankan dan insurans Islam

Penyataan di atas merujuk kepada



A   Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)

B      Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8)

C   Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)

D      Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)



19  Yang manakah faedah Dialog Perkongsian Pintar?

I   Menaja perundingan syarat-syarat perdagangan dunia

II   Menggalakkan penglibatan sektor awam dan sektor swasta secara

     bersama

III   Menjadi landasan penting kepada negara membangun untuk

      menimba pengalaman

IV  Memperjuangkan perdagangan bebas bersama, dengan Pertubuhan Perdagangan Sedunia



A   I dan II

B      I dan IV  

C   II  dan III

D     III dan IV



Malas???

Malas???
Jom Kita Lawan Malas Tu...!!!

ALQURAN n Business online

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com