Thursday, July 28, 2011

Dasar Penswastaan dan Persyarikatan Malaysia

Dasar-dasar mesra pelabur dan industri

Dasar Penswastaan negara diperkenalkan pada tahun 1983, semasa dalam tempoh RMK4, yang bertujuan supaya sektor swasta, pengusaha tempatan dan kerajaan bersama-sama memikul tanggunjawab memajukan negara. Melalui dasar ini, kepentingan atau pelaburan kerajaan dipindahkan kepada sektor swasta. Pada tahun yang sama, kerajaan Malaysia juga memperkenalkan Dasar Persyarikatan Malaysia bertujuan menggalak kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam membangun ekonomi negara. Kedua-dua dasar ini memberi impak yang besar sama ada positif atau negatif sehingga pada hari ini.
Di bawah Dasar Perindustian Berat, kerajaan Malaysia menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada 1980. HICOM ditugaskan untuk mengurus industri berat seperti Kedah Cement Sdn Bhd dan kilang besi PERWAJA (GLC) di Kemaman, Terengganu. Menurut Perdana Menteri ketika itu, dasar perindustrian berat mempunyai serampang dua mata iaitu mewujudkan projek industri berat itu sendiri dan meningkat keupayaan industri sokongan atau mengwujudkan industri-industri baru[2]. Pengenalan dasar ini membawa kepada penubuhan Proton yang memacu industri otomobil negara pada tahun 1983.

Pemilikan saham

RMK4 juga bertujuan menyeimbangkan pemilikan saham dan harta antara bumiputera dan bukan bumiputera. Ini dilakukan dengan penubuhan Permodalan Nasional Bhd (GLC) dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) pada tahun 1981.

No comments:

Malas???

Malas???
Jom Kita Lawan Malas Tu...!!!

ALQURAN n Business online

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com