Tuesday, October 19, 2010

VIENTIANE, 28 Julai 2005 (Bernama) -- Perkongsian Asia Pasifik mengenai Pembangunan dan Iklim Bersih akan berfungsi sebagai penyumbang, dan bukan satu pilihan kepada Protokol Kyoto.

Enam anggota pengasas perkongsian, India, Jepun, China, Korea Selatan, Australia dan Amerika Syarikat berkata, perkongsian itu akan mempromosi dan membolehkan iklim itu dibangunkan, berbaur, dikerah dan memindahkan kos efektif yang ada, teknologi dan amalan yang lebih bersih untuk mencapai keputusan yang praktikal.



Bidang kerjasama untuk jangka pertengahan dan panjang mungkin termasuk hidrogen, nanoteknologi, bioteknologi maju, pergabungan nuklear generasi dan pergabungan tenaga.

Pada persidangan akhbar bersama di sini hari ini, Menteri Luar Australia Alexander Downer berkata perkongsian itu mempunyai signifikan ke arah menubuhkan satu perjanjian global baru yang akan wujud, berdasarkan kepada pembangunan teknologi bersih dan pengerahan yang berkesan dan komprehensif dalam menangani perubahan iklim.

Protokol Kyoto disertai 140 negara untuk mengatasi pengeluaran gas rumah hijau yang didakwa untuk kepanasan global, tetapi kritik menyatakan bahawa perjanjian baru itu kurang tanggungjawab kukuh bagi mengatasi pencemaran dan ia mungkin melemahkan perjanjian Kyoto.

Pertama dipersetujui pada 1997, Protokol Kyoto dikuatkuasakan pada Februari setelah Rusia meratifikasikan mengehadkan penggunaan kerana ramai penandatangani lebih daripada sasaran pengeluaran mereka.

Menurut angka yang dikeluarkan oleh perkongsian itu, enam negara perjanjian baru itu merangkumi 45 peratus penduduk dunia, 48 peratus pengeluaran gas rumah hijau dunia dan 48 peratus penggunaan tenaga dunia.

Downer menambah bahawa Australia akan menjadi hos mesyuarat pertama perkongsian itu di Adelaide pada November ini, yang akan dihadiri oleh menteri luar, alam sekitar dan tenaga dari enam negara.

Sementara itu, Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Syed Hamid Albar, yang menyokong perikatan baru itu untuk perubahan iklim baru dan perkongsian tenaga, berkata bahawa mereka perlu melihat isu itu secara pendekatan holistik dengan kuasa besar perlu bekerjasama untuk menjayakannya.

Bercakap kepada pemberita selepas Mesyuarat Peringkat Menteri (PMM), beliau berkata kedua-dua negara membangun dan sedang membangun perlu memikul tanggungjawab dalam menjayakannya, dan jika ada kegagalan dalam mengurangkan kepanasan global, negara membangun janganlah hanya menyalahkan negara sedang membangun.

Sementara itu, Menteri Luar Singapura George Yeo dalam kenyataan di sini hari ini, berkata bahawa republik itu mengalu-ngalukan langkah tersebut dan sebarang usaha untuk menjadikan lebih baik perubahan masalah iklim global mestilah melibatkan Amerika Syarikat.

"Kita melihat kepimpinan Amerika Syarikat dalam inisiatif ini sebagai satu perkembangan positif, kata beliau.

No comments:

Malas???

Malas???
Jom Kita Lawan Malas Tu...!!!

ALQURAN n Business online

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com