Tuesday, October 19, 2010

Sarawak kekal hutan simpan

KUCHING 15 April - Sebanyak enam juta hektar hutan di negeri ini akan dijadikan kawasan hutan simpan kekal dan sejuta hektar lagi sebagai kawasan hutan terlindung sepenuhnya.

Menurutnya, di peringkat antarabangsa, kerajaan telah menandatangani sebanyak 170 Perjanjian Alam Sekitar Berbilang Hala (MEAs) dan 33 daripadanya berkaitan dengan perhutanan.
''Ia termasuk konvensyen Kepelbagaian Biologikal, 'Bio-Safety', Tanah Bencah Untuk Spesies Antarabangsa Khususnya Bagi Habitat Unggas Air (RAMSAR), Perdagangan Spesies Terancam Untuk Flora dan Fauna Liar (CITES) dan Perjanjian ASEAN dalam Pemuliharaan Alam dan Sumber Semulajadi," jelas beliau.


Menurutnya, sebanyak 65 unit pengurusan hutan telah dikenal pasti dalam pensijilan unit pengurusan hutan membabitkan keluasan 4,435 juta hektar.
Daripada jumlah itu, dua unit pengurusan hutan telah mendapat pensijilan iaitu Suling-Selaan FMU dan Anap-Muput FMU manakala unit pengurusan hutan yang lain adalah dalam pelbagai tahap persediaan bagi mendapat pensijilan.
''Walaupun proses pensijilan FMU adalah secara sukarela, kerajaan akan berterusan memberi bantuan dan galakan kepada pemilik konsesi untuk tujuan berkenaan," jelasnya

No comments:

Malas???

Malas???
Jom Kita Lawan Malas Tu...!!!

ALQURAN n Business online

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com