Wednesday, October 13, 2010

PROGRAM KERJASAMA TEKNIKAL MALAYSIA (PKTM)

Program Kerjasama Teknikal Malaysia (PKTM) telah dilancarkan pada 7 September 1980 sewaktu berlangsungnya Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel di New Delhi, India.  Setelah 29 tahun beroperasi, PKTM telah terbukti sebagai platform berkesan dalam memperkukuh hubungan kerjasama Malaysia dengan negara-negara membangun melalui Kerjasama Selatan-Selatan.  Program Kerjasama Teknikal Malaysia (PKTM) merupakan strategi dan komitmen Kerajaan Malaysia dalam mempromosi kerjasama teknikal di kalangan negara-negara membangun, khususnya dalam hubungan Selatan-Selatan.



PKTM memberikan fokus kepada pembangunan sumber manusia melalui program latihan bagi pelbagai bidang utama dalam pembangunan sesebuah negara seperti pentadbiran awam, good governance, perkhidmatan kesihatan, pendidikan, pembangunan mapan, pertanian, pembasmian kemiskinan, promosi pelaburan, ICT dan perbankan. Lebih daripada 100 kursus jangka pendek ditawarkan oleh lebih daripada 50 institusi latihan di bawah PKTM yang kebanyakannya merupakan pusat kecemerlangan untuk latihan. Sejak penubuhannya, lebih daripada 20,000 peserta daripada 140 negara telah mengikuti pelbagai program yang ditawarkan di bawah PKTM.

Semasa penubuhan PKTM, ianya telah ditadbir oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.  Bermula 1 Januari 2010, pentadbiran PKTM telah dipindahkan ke Kementerian Luar Negeri Malaysia bagi memperkukuhkan PKTM sebagai alat dasar luar negara.

OBJEKTIF PKTM

Objektif utama PKTM adalah bertujuan:

1. Untuk berkongsi pengalaman pembangunan dengan negara-negara membangun;
2. Memperkukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dengan negara membangun                            lain;
3. Untuk menggalakkan dan mempromosikan Kerjasama Selatan-Selatan; dan
4. Untuk menggalak dan mempromosi kerjasama 4. -negara membangun.

KOMPONEN PROGRAM PKTM

Program bantuan teknikal di bawah PKTM merangkumi:

-->Kursus jangka pendek (118 kursus) 
-->Kursus jangka panjang (55 biasiswa (10-PHD, 30 Master, 15 First Degree)
.....Projek/bantuan perkakasan/kajian kemungkinan
-->Penghantaran pakar
-->Lawatan sambil belajar

Negara Penerima – 140 Negara daripada 10 rantau:

1)                  ASEAN                                            
2)                  Asia Tenggara & Asia Timur          
3)                  South Asian Association for Regional Cooperation (SAARC)
4)                  Afrika Utara & Asia Barat              
5)                  Afrika & Sahara Selatan
6)                  Eropah Timur & Tengah
7)                  Kepulauan Pasifik
8)                  Amerika Selatan
9)                 Kepulauan Caribbean
10)               Commonwealth of Independent States (CIS)

No comments:

Malas???

Malas???
Jom Kita Lawan Malas Tu...!!!

ALQURAN n Business online

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com