Wednesday, October 13, 2010

ASEAN

ASEAN merupakan asas bagi dasar luar negara Malaysia. ASEAN juga penting dari segi geopolitik dan ekonomi berkaitan Malaysia dan kepada negara di rantau ini.



Pendirian ASEAN yang menolak kekerasan dan menggalakkan penyelesaian masalah secara aman menjadi asas kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran di rantau ini. Menjelang tahun 2015, sebuah komuniti Asean akan ditubuhkan. Komuniti ini dibina berdasarkan tiga tunggak kerjasama, iaitu Komuniti Keselamatan Politik ASEAN (APSC), Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) dan Komuniti Sosiobudaya ASEAN (ASCC).
 ASEAN berazam untuk mempercepat pelaksanaan sepenuhnya bidang, langkah dan prinsip program Komuniti ASEAN dengan kefleksibelan yang sewajarnya selain mengenal pasti pentingnya negara anggota ASEAN mengamalkan pendekatan seimbang ke arah mencapai semua tiga tunggak Komuniti ASEAN.  
Dengan Pelan Tindakan dan Protokol yang bersungguh-sungguh, ASEAN semakin menghampiri matlamatnya untuk membina Komuniti ASEAN yang mempunyai ciri interaksi dan penglibatan politik dan keselamatan yang lebih baik, pasaran tunggal dan asas pengeluaran dengan aliran bebas barangan, perkhidmatan, pelaburan modal dan buruh mahir serta masyarakat penyayang, menumpukan kepada pembangunan sosial, pendidikan dan modal insan, kesihatan awam, kebudayaan dan maklumat serta penjagaan alam sekitar. 

No comments:

Malas???

Malas???
Jom Kita Lawan Malas Tu...!!!

ALQURAN n Business online

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com