Saturday, October 16, 2010

Kerajaan hari ini mengumumkan penubuhan Perbadanan Bioteknologi Malaysia (MBC), sebuah agensi sehenti khas dan profesional untuk membangunkan industri bioteknologi negara ini.

Membangunkan Sektor Bioteknologi
53. Kerajaan telah melancarkan Dasar Bioteknologi Negara pada April 2005 bagi menggariskan strategi dan langkah bagi memajukan bioteknologi di dalam negara. Bidang bioteknologi yang dipilih sebagai bidang strategik, termasuk bioteknologi pertanian, bioteknologi kesihatan dan bioteknologi industri. Untuk menggalakkan penglibatan sektor swasta, pelbagai insentif fiskal telah disediakan.
54. Kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Bioteknologi Malaysia bagi memacu pembangunan bioteknologi secara bersepadu dan melaksanakan Dasar Bioteknologi Negara. Perbadanan ini telah berjaya menganjurkan mesyuarat meja bulat bioteknologi 2005 di Amerika Syarikat baru-baru ini, yang dipengerusikan oleh saya sendiri dan turut dihadiri oleh tokoh saintis, akademik, usahawan dan pelabur modal teroka di peringkat antarabangsa. Mesyuarat tersebut telah mengutarakan pelbagai idea, pandangan dan saranan dalam usaha kita memajukan lagi teknologi kritikal ini.
55. Kerajaan komited untuk membangunkan bioteknologi negara dan sedang merangka pelbagai rancangan yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Pelbagai projek akan dibangunkan, termasuk memperkukuhkan keupayaan institusi negara seperti MARDI, MPOB dan Institut Penyelidikan Perubatan, serta melancarkan pusat kecemerlangan bioteknologi di dalam bidang pertanian, kesihatan dan genomik. Dalam pada itu, Bioproducts Validation Centre dengan nilai 30 juta ringgit akan dilancarkan di Johor Bahru. Kerajaan juga akan menubuhkan sebuah dana khas, Malaysian Life Sciences Capital Fund, di bawah pengurusan Malaysian Technology Development Corporation, untuk melabur dalam projek bioteknologi. Dana tersebut akan mengumpul pelaburan daripada pelbagai institusi seperti GLC. Untuk melancarkan Dana tersebut, Kerajaan akan menyumbang 100 juta ringgit. Selain itu, Perbadanan Bioteknologi Malaysia akan berkerjasama dengan pelbagai agensi dan kementerian untuk menarik lagi pelaburan dan usahasama di kalangan syarikat bioteknologi, sama ada dari dalam mahupun dari luar negara.

No comments:

Malas???

Malas???
Jom Kita Lawan Malas Tu...!!!

ALQURAN n Business online

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com