Saturday, July 20, 2013

AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2011


Akta Perhimpunan Aman 2011 merujuk kepada 'Akta Perhimpunan Aman' yang diluluskan di Parlimen pada 24 November 2011 bagi mengawal perhimpunan awam di Malaysia. Rang Undang-Undang itu dibentangkan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak .
Enam pindaan terhadap rang undang-undang itu selepas mendapat bantahan beberapa pihak termasuk pembangkang dan masyarakat sivil.

 

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman bertujuan mengelak berlakunya demonstrasi jalanan  seperti Perhimpunan Bersih 2011, Perhimpunan Hindraf 2007 dan Gerakan Mansuhkan ISA dan Gerakan Mansuh PPSMI.

Ia meliputi hak bukan sahaja kepada penganjur dan peserta untuk menyertai perhimpunan secara aman tanpa senjata malah turut mengambil kira kepentingan awam dan masyarakat setempat.

Ia dibahaskan oleh enam ahli Parlimen selama empat jam. Antaranya ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Abdul Hadi Awang (PAS-Marang), Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dan P Kamalanathan (BN-Hulu Selangor). Penggulungan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.Yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hanya membenarkan ahli parlimen kanan pembangkang untuk berbahas.

Ciri-ciri selepas pindaan

  1. Fasal 4 : menyatakan hak untuk menganjurkan suatu perhimpunan atau menyertai suatu perhimpunan secara aman dan tanpa senjata di bawah Akta ini tidak meluas kepada yang berikut:
(a) seseorang bukan warganegara; (b) perhimpunan yang diadakan di mana-mana tempat larangan dan dalam jarak lima puluh meter dari had tempat larangan; (c) suatu protes jalanan; (d) berhubung dengan penganjuran suatu perhimpunan, seseorang yang di bawah umur dua puluh satu tahun; dan (e) berhubung dengan penyertaan dalam suatu perhimpunan selain perhimpunan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua, seseorang kanak-kanak.
  1. Fasal 8 : Seseorang pegawai polis boleh mengambil langkah yang difikirkannya perlu untuk memastikan perhimpunan berkenaan dikendalikan dengan teratur.
  2. Fasal 9(1) : Penganjur hendaklah memberi notis mengadakan perhimpunan kepada polis daripada 30 hari kepada sepuluh hari.
  3. Fasal 9(5) : Polis boleh mengenakan denda ke atas penganjur sebanyak RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis.
  4. Fasal 12(1) : Memendekkan tempoh untuk polis memaklumkan kepada pihak berkepentingan berhubung perhimpunan tersebut – daripada daripada 48 jam kepada 24 jam.
  5. Fasal 12(2) : Tempoh untuk pihak berkepentingan membuat bantahan kepada polis ke atas notis perhimpunan berkenaan pula dipendekkan daripada lima hari kepada 24 jam.
  6. Fasal 14 : Tempoh untuk polis memberikan respons ke atas bantahan berkenaan juga dipendekkan daripada 12 hari kepada lima hari.
  7. Fasal 15 : Pemusatan kuasa serta budibicara untuk polis mengenakan apa-apa sekatan dan syarat tambahan yang difikirkan perlu atau sesuai
  8. Fasal 16 : Memendekkan tempoh rayuan yang dikenakan ke atas penganjur perhimpunan untuk membuat rayuan kepada menteri.
  9. Fasal 21 : Membolehkan polis untuk menggunakan segala kuasa serta kekerasan untuk menyuraikan sesebuah perhimpunan
  10. Fasal 21(3) : Polis boleh mengenakan denda sehingga RM20,000 berbanding denda sebanyak RM2,000 kepada individu yang ditahan dalam perhimpunan.
  11. Tempat larangan - tempat ibadat, stesen janakuasa elektrik, stesen minyak, terminal pengangkutan, tadika dan juga sekolah - lingkungan 50 meter .

Bantahan dan tempelak

Pada 24 November 2011, sebuah NGO, Kempen Kebebasan Berhimpun (KKB) berkumpul di hadapan pintu pagar bangunan Parlimen. Turut serta ialah pengerusi BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan pemimpin Pusat Komunikasi Masyarakat (Komas) dan Rangkaian Rakyat Tertindas (Jerit).[4]

  1. Semua ahli Parlimen pembangkang atau Pakatan Rakyat bertindak keluar dari Dewan Rakyat kerana tidak setuju dengan RUU Perhimpunan Aman itu.Ia dianggap undang-undang 'draconian' yang zalim seperti negara Myanmar dan Zimbabwe sedangkan Perlembagaan Persekutuan membenarkan rakyat berhimpun.
  2. Akta itu akan dicabar di mahkamah.ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan dan peguam, Edmund Bon dari 'Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights' akan membawanya ke mahkamah.
Ia lebih teruk daripada Seksyen 27 Akta Polis. Antaranya, didakwa mengenakan sekatan yang terlalu banyak dan memberi terlalu banyak kuasa budi bicara kepada pihak polis.Denda RM20,000 terhadap peserta perhimpunan berbanding RM2,000 dalam Akta Polis, jika sabit kesalahan.
  1. Presiden Lim Chee Wee dari Majlis Peguam Malaysia menganjurkan 'perarakan peguam' atau Walk for Freedom 2 di hadapan bangunan Parlimen pada 29 November 2011, ketika rang undang-undang itu dibahaskan . Memorandum yang diiring lebih 1000 peguam, diserahkan kepada timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dan juga ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.. Mereka berarak dari Taman Tasik Perdana. Secara sinis katanya, negara ini juga terbentuk daripada perarakan besar yang diketuai oleh Datuk Onn Jaafar pada Februari 1946.
  2. Lim Chee Wee menyatakan bahawa amalan negara luar seperti United Kingdom dan Findland yang memerlukan notis lebih pendek untuk berhimpun dan langsung tidak perlu sekiranya tidak munasabah secara praktikalnya.Di Finland, hanya enam jam diperlukan. Di Malaysia, perhimpunan dalam gerakan atau perarakan kecuali perarakan pengebumian, adalah dilarang. Ini adalah keterlaluan .
  3. Presiden ABIM, Amidi Abd Manan menilai undanh-undang baru ini bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menjamin serta melindungi hak untuk warganegara mengadakan berhimpun.

No comments:

Malas???

Malas???
Jom Kita Lawan Malas Tu...!!!

ALQURAN n Business online

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com