Wednesday, August 1, 2012

Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam (SKMTPA),

Bayar saman serta-merta

PUTRAJAYA: Orang ramai yang melakukan kesalahan jalan raya mungkin dikenakan saman dan dikompaun serta-merta selaras usaha mendidik masyarakat negara ini supaya lebih menghormati undang-undang dan mematuhi peraturan jalan raya.

Pengerusi Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam (SKMTPA), Tun Zaki Azmi berkata, sekiranya pengguna jalan raya tidak membayar saman ketika itu, kenderaan mereka akan ditahan pihak berkuasa, manakala mereka yang meletakkan kenderaan sesuka hati akan dikunci.


Beliau berkata, cadangan itu dikemukakan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk mengatasi masalah pengguna yang tidak membayar saman selepas dikompaun, sekali gus mendidik mereka memandu secara berhemah.

“Suruhanjaya mengadakan perbincangan hari ini (semalam) untuk mencari jalan bagaimana kita boleh mengurangkan kesalahan jalan raya termasuk masalah parkir, memecut, melanggar lampu isyarat dan memotong di garisan berkembar.


“Ketika ini ada jutaan saman yang tidak dibayar. Sebagai contoh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Bandaraya Kuching ada lima juta saman, Majlis Bandaraya Petaling Jaya ada 2.5 juta manakala Majlis Perbandaran Kuantan mempunyai 600,000 saman, jumlah ini belum termasuk saman dari polis.


“Mereka mengambil sikap sambil lewa dengan tidak membayar saman dan hanya membuangnya...bila tak bayar saman kadang-kadang mahkamah keluarkan waran tangkap, tetapi tidak dipedulikan juga, ini menunjukkan mereka tidak menghormati undang-undang, jadi kita cadangkan tindakan ini diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas SKMTPA bersama agensi penguatkuasaan pengangkutan awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam. Zaki berkata, suruhanjaya mengemukakan cadangan itu dalam tempoh enam bulan, bagaimanapun tindakan itu boleh dilaksanakan serta-merta sekiranya semua pihak bersetuju dengan cadangan itu, terutama ketika menjelang Aidilfitri.

No comments:

Malas???

Malas???
Jom Kita Lawan Malas Tu...!!!

ALQURAN n Business online

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com