Monday, July 30, 2012

Proses Pembentukan Kerajaan Malaysia

Proses pembentukan kerajaan


Kemenangan majoriti parti, maka terbentuklah sebuah kerajaan yang dipilih menerusi amalan demokrasi berparlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 113 hingga Perkara 120 berserta Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan.


Berlangsungnya pilihan raya umum semalam bermakna sempurna sudah tanggungjawab rakyat untuk memilih bentuk kerajaan yang bakal mencorakkan masa depan negara untuk tempoh lima tahun lagi.
Asas sistem demokrasi menyaksikan penyertaan dan penglibatan rakyat dalam proses pemerintahan negara melalui pilihan raya. Dengan itu rakyat terlibat secara langsung dalam membuat keputusan terhadap penggubalan dasar dan pelaksanaannya.


Ternyata, sejarah kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam sepuluh pilihan raya yang berlangsung sejak negara mencapai kemerdekaan berulang lagi pada pilihan raya kali ini.


Setelah berjaya memenangi lebih 146 kerusi Parlimen di seluruh negara, BN mengorak langkah dengan penuh yakin untuk membentuk kerajaan.


Sememangnya percaturan politik itu amat hebat. Setelah diselubungi pelbagai teka-teki mengenai sejauh mana pencapaian BN dalam pilihan raya kali ini, ternyata majoriti dua pertiga memihak untuk kesekian kalinya kepada BN.


Bermula dengan pilihan raya pertama pada tahun 1959 selepas negara mencapai kemerdekaan, BN meneruskan tradisi sebagai pemegang tampuk pemerintahan negara.
Berbekalkan mandat yang diberikan oleh rakyat, BN melebarkan perjuangannya untuk membentuk kerajaan yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan tugas seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 113 hingga Perkara 120 Perlembagaan. Segala urusan berkaitan pilihan raya seperti yang dituntut oleh Perlembagaan telah dipenuhi.


Segala-galanya adalah untuk memastikan kesinambungan amalan demokrasi di negara ini.
Sebagai sebuah negara demokrasi penglibatan rakyat sebagai pengundi dilihat amat penting untuk menentukan kerajaan yang memerintah, serta corak dan proses keadilan sosial di negara ini.
Sebelum Parlimen dibubarkan pada 4 Mac lepas, BN menguasai 152 daripada 193 kerusi Dewan Rakyat, manakala PAS menguasai 26 kerusi, DAP 10 dan Keadilan lima.


Menang


Untuk Parlimen akan datang, bilangan kerusi Dewan Rakyat bertambah sebanyak 26 lagi, menjadikan 219 kerusi semuanya. Ini bermakna sesebuah parti politik perlu menang di sekurang-kurangnya 110 kerusi untuk majoriti mudah atau 146 kerusi untuk menguasai majoriti dua pertiga.
Sebanyak 10.28 juta pemilih layak mengundi pada kali ini.


Sesungguhnya keputusan pilihan raya menunjukkan sikap pengundi terhadap parti yang memerintah dan parti pembangkang. Pembangkang pula menjalankan fungsi sebagai pemeriksa dan pengimbang kepada parti pemerintah.


Selepas selesai pilihan raya, sebuah jemaah menteri akan ditubuhkan seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 43 dan Jadual Keenam Perlembagaan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan BN telah memperoleh lebih dua pertiga kerusi Dewan Rakyat pada pilihan raya.


Dalam proses tersebut Perdana Menteri akan memohon untuk menubuhkan kerajaan baru dan mengemukakan cadangan keanggotaan kabinet kepada Yang di-Pertuan Agong apabila pemilihan jemaah menteri selesai diadakan.


Keputusan


Walaupun mengikut peraturan yang dijalankan sebelum ini Pengerusi SPR juga perlu mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan keputusan rasmi pilihan raya tetapi dalam kes tahun ini ia mungkin tidak berlaku secepat tahun lepas.

Ini kerana urusan SPR masih belum selesai apabila proses pengundian di Dewan Undangan Negeri Sg. Lembing terpaksa ditangguh ke 29 Mac ini kerana kesilapan mencetak kertas undi.
Sedangkan upacara mengadap itu adalah urusan rasmi yang memang dibuat untuk menamatkan segala urusan pilihan raya.


Mengikut Perlembagaan, Perdana Menteri sekali lagi akan mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk mengemukakan senarai kabinet Kerajaan Pusat selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin BN.


Ia akan disusuli dengan istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan, taat setia serta sumpah menyimpan rahsia oleh anggota kabinet dan timbalan-timbalan menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong akan berlangsung di Istana Negara.


Perdana Menteri yang mengetuai mengetuai barisan anggota kabinet dan timbalan-timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia di hadapan Sultan Syed Sirajuddin Jamalullail.


Proses tersebut akan dimulakan dengan penerimaan surat cara pelantikan oleh Perdana Menteri.
Kesemua anggota kabinet yang diketuai oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia dan kemudian menandatangani dokumen rasmi pelantikan yang disaksi dan disahkan oleh Ketua Hakim Negara.
Selepas itu, Timbalan Perdana Menteri, D

atuk Seri Najib Tun Razak akan menerima surat cara pelantikan dan kemudiannya melafazkan sumpah jawatan dan taat setia serta menandatangani dokumen berkenaan.


Acara penyerahan surat cara pelantikan dan melafaz sumpah jawatan dan taat setia bagi menteri dan timbalan menteri pula kebiasaannya dijalankan secara berkumpulan antara empat dan lima orang.


Susun atur pembentukan jemaah menteri terkandung dalam Perkara 43 Perlembagaan dan Jadual Keenam.
Sementara itu fungsi kerajaan sementara yang mengambil alih pentadbiran negara sebaik Parlimen dibubarkan akan diteruskan walaupun selepas berlangsungnya pilihan raya sehingga kabinet baru dibentuk.


Justeru setiap keputusan yang dibuat oleh kerajaan sementara sebelum kabinet dibentuk seperti menasihati yang di-Pertuan Agong supaya memanggil mesyuarat Dewan Rakyat adalah sah di sisi Perlembagaan.
Adalah lazim bagi sebuah negara demokrasi, Yang di-Pertuan Agong perlu mendapat nasihat daripada pengerusi kabinet atau menteri kabinet sebelum mengeluarkan notis memanggil sidang Parlimen.

No comments:

Malas???

Malas???
Jom Kita Lawan Malas Tu...!!!

ALQURAN n Business online

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com