Wednesday, July 18, 2012

Ibu Negara ( Wilayah Persekutuan)

Wilayah Persekutuan

ACF270


Bendera baru Wilayah Persekutuan yang dilancarkan pada 20hb. Ogos 2006 ini digunakan dalam acara-acara rasmi yang melibatkan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.


Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Labuan atau Putrajaya akan digunakan dalam acara-acara yang melibatkan Wilayah Persekutuan yang berkenaan.


Ciri-ciri Bendera Wilayah Persekutuan menerapkan warna asas Bendera Malaysia yang melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan seluruh rakyat Malaysia.
  • Warna kuning membawa maksud kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan;
  • Warna biru mambawa maksud perpaduan, keikhlasan, kestabilan, keharmonian dan kebenaran; dan
  • Warna merah membawa maksud semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga.
  • Jata Negara melambangkan Wilayah Persekutuan sebagai jajahan penting yang meneraju pemerintahan, pentadbiran dan pusat perniagaan negara.
  • Tiga (3) bintang di bawah Jata Negara membawa maksud 3 Wilayah Persekutuan terpenting iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bernaung dan mendokong Wilayah Persekutuan.



Ibu negara merujuk kepada bandar pentadbiran bagi sesuatu negara. Ia biasanya merupakan bandar penting dalam negara tersebut disebabkan kebanyakan pejabat tadbir dan pemimpin negara biasanya tinggal di bandar tersebut. Ia biasanya menampung jabatan-jabatan pentadbiran negara dan sebuah dewan perwakilan rakyat yang sering kali disebut parlimen serta pejabat-pejabat komersil. Selain itu, ibu negara biasanya juga menampung perwakilan daripada negara-negara asing yang biasa dipanggil kedutaan besar
.

Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur tetapi pusat badan eksekutifnya terletak di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Parlimen masih terletak di Kuala Lumpur.


Berbilang Ibu Negara

Terdapat sebilangan negara yang berbilang ibu negara; selalunya satu bandar menjadi pusat kerajaan dan satu lagi menjadi ibu negara yang sah.

Kini berbilang ibu negara



NegaraIbu negaraKeterangan
Afrika SelatanPretoriaPusat pentadbiran
Cape TownPusat perundangan
BloemfonteinPusat kehakiman
BeninPorto-NovoIbu negara rasmi
CotonouPusat kerajaan de facto
BoliviaSucreIbu negara rasmi (berperlembagaan); pusat kehakiman
La PazPusat pentadbiran dan perundangan
ChileSantiagoIbu negara rasmi; pusat pentadbiran dan kehakiman
ValparaísoPusat perundangan
Côte d'IvoireYamoussoukroIbu negara rasmi
AbidjanPusat kerajaan de facto
Malaysia
Kuala LumpurIbu negara rasmi; pusat perundangan, bandar bertaraf dunia.
Putrajaya

Labuan
Pusat pentadbiran dan kehakiman kerajaan persekutuan yang utama.
pusat kewangan luar pesisiran antarabangsa, pulau pelancongan bebas cukai antarabangsa dan pusat pendidikan yang terkemuka.
Sri Lanka
Sri JayawardenapuraPusat pentadbiran
ColomboPusat perdagangan
SwazilandMbabanePusat pentadbiran
LobambaPusat perundangan dan diraja
TanzaniaDodomaIbu negara rasmi
Dar es SalaamPusat kerajaan de facto
Sahara Barat (SADR)El AaiúnIbu negara terisytihar
Bir LehlouIbu negara sementara

No comments:

Malas???

Malas???
Jom Kita Lawan Malas Tu...!!!

ALQURAN n Business online

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com