Thursday, July 12, 2012

Dasar Luar

Pertikaian

1. Spratly

Malaysia menegaskan tuntuan kedaulatan terhadap Kepulauan Spratly bersama Republik Rakyat China, Republik China, Filipina, Vietnam, dan mungkin sekali Brunei. "Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkaitan Dengan Laut China Selatan" yang dikeluarkan pada tahun 2002 meskipun meredakan ketegangan mengenai Kepulauan Spratly, namun bukannya tatasusila sah yang dikehendaki sesetengah pihak. Malaysia tidak terlibat dalam perjanjian sendi antara syarikat minyak kebangsaan Republik Rakyat China, Filipina dan Vietnam pada Mac 2005 dalam menjalankan kegiatan seismos marin di Kepulauan Spratly.

2. Singapura

 

Singapura menjadi sebahagian Malaysia selama dua tahun (1963-65), sebelum akhirnya digesa Tunku untuk berpisah berikutan ketegangan antara kaum daripada kempen pilihan raya pada tahun 1964.

Kini, masih wujudnya pertikaian antara Malaysia dan Singapura, termasuk mengenai harga penyaluran air mentah yang belum dirawat ke Singapura, tebus guna tanah Singapura yang menjejaskan persekitaran environmental di perairan Malaysia, jambatan baru untuk menggantikan Tambak Johor yang enggan dibiayai Singapura, sempadan maritim, pemajuan semula tanah-tanah KTM di Singapura, dan tuntutan Pulau Batu Putih. Bagaimanapun, kedua-dua pihak bersetuju agar pertikaian Pulau Batu Putih dihadapkan ke timbang tara ICJ.

 

4. Ligitan, Sipadan and Ambalat

Keputusan ICJ mengenai tuntutan terhadap pulau-pulau Ligitan dan Sipadan, yang dituntut Indonesia
dan Filipina, memihak kepada Malaysia tetapi sempadan maritimnya di Laut Sulawesi yang kaya dengan hidrokarbon masih dalam pertikaian, lalu menimbulkan konfrontasi pada Mac 2005 mengenai
konsesi kepada blok minyak Ambalat.

5.  Pattani

Keganasan di wilayah-wilayah selatan Thailand yang majoriti penduduknya beragama Islam mendorong Malaysia dan Thailand mengawasi sempadan antara kedua-dua negara. Kerajaan Malaysia pernah memberi perlindingan kepada pejuang Gerila Pattani (PULO) sebelum 11 September 2001 terutamanya di Kedah.

6.  Sabah

Filipin masih memendam tuntutannya terhadap Sabah.

7.  Limbang

Sempadan darat Malaysia dengan Brunei sekitar Limbang juga dipertikai. Pada tahun 2003, Brunei dan Malaysia menamatkan penerokaan gas dan minyak di kawasan pesisiran dan dasar laut yang dipertikai kedua-dua pihak. Rundingan juga menemui jalan buntu lalu mendorong kemungkinan penghukuman antarabangsa.

No comments:

Malas???

Malas???
Jom Kita Lawan Malas Tu...!!!

ALQURAN n Business online

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com