Tuesday, June 26, 2012

Melayu dalam perlembagaan Malaysia

Rakyat wajar fahami pengertian sebenar ketuanan Melayu

PERLEMBAGAAN adalah undang-undang tertinggi sesebuah negara. Perlembagaan wujud untuk mengendalikan perjalanan dan pentadbiran sesebuah negara dengan licin dan saksama. Ia juga punca kepada segala perundangan lain yang wujud dalam sesebuah negara. Secara amnya, perlembagaan mengandungi satu set hak, kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan antara autoriti awam dalam sesebuah negara dan antara autoriti awam dengan rakyat.

 Jika dikaji dokumen yang membawa kepada kemerdekaan, antara prasyarat utama yang diletakkan British dalam membebaskan negara ini daripada cengkaman mereka ialah kesemua kaum yang ingin berbumbungkan negara tanah Melayu, sebagai tanah tumpah negara mereka hendaklah boleh duduk secara aman dan harmoni.

Melahirkan suasana simbiosis penuh tolak ansur. Maka bertitik tolak daripada ingin mencapai matlamat memerdekakan negara satu kompromi antara kaum perlu dilaksanakan segera.

Atas usaha inilah Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman Al-Haj memulakan satu inisiatif perbincangan dengan teraju MCA yang ketika itu diterima ramai sebagai satu institusi yang mewakili kepentingan kaum Cina serta MIC yang dianggap pertubuhan mewakili kaum India telah duduk semeja dan berbincang mencari jalan keluar terhadap permasalahan ini.

Antara topik yang diperbincangkan ialah mengenai dengan hak kerakyatan bagi penduduk Tanah Melayu. Disebabkan kaum Cina dan India adalah kaum yang dibawa masuk oleh British untuk memajukan negara ini, mereka bukanlah penduduk asal Tanah Melayu berbanding dengan orang Melayu. Mereka perlu memohon untuk mendapat kerakyatan.

Berdasarkan sifat orang Melayu yang tinggi toleransi memudahkan bagi kaum lain untuk menjadi warga Tanah Melayu. Atas sifat ingin bersama inilah menyebabkan hampir kesemua mereka yang ingin kekal di sini diberi kerakyatan. Sebagai membalas jasa orang Melayu ini, kaum lain bersetuju untuk memberikan hak keistimewaan orang Melayu sebagai sesuatu yang termaktub dalam Perlembagaan.

Kompromi inilah yang dikenali sebagai kontrak sosial, pakatan murni, kompromi merdeka, empat campur 1 (4+1) atau quid pro qou.

Empat (4) di sini merujuk kepada empat kelebihan yang diberikan oleh kaum lain kepada bangsa Melayu,

1)  iaitu Sistem Raja Perlembagaan,
2)  agama Islam sebagai agama rasmi,
3)  Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta hak keistimewaan orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini.
4) Manakala 1 merujuk kepada kelonggaran yang tidak mungkin dapat diberikan oleh mana-mana negara di dunia ini dalam memberikan kerakyatan kepada orang asing.

Kompromi inilah yang telah membawa kepada artikel 153 dalam perlembagaan Persekutuan.

Di samping itu empat perkara yang dinyatakan di atas, menjadi unsur tradisi yang dikekalkan secara sebulat suara dalam perlembagaan. Ia juga dianggap penting bagi melambangkan bahawa sistem dan nilai asal negara dikekalkan meskipun kemerdekaan bererti demokrasi dan kesamarataan antara kaum. Unsur-unsur ini penting kerana ia menjamin kestabilan politik dan sistem pemerintahan yang cekap lagi adil.

Pengorbanan orang Melayu dalam memberikan kerakyatan berdasarkan jus soli dan bukannya jus sanguinis haruslah dihargai.

Janganlah disebabkan nila setitik habis susu sebelanga dan janganlah disebabkan santan, pulut binasa, janganlah meruntuhkan tebing yang menghalang ombak pantai, kelak tenggelam semua yang telah kita bina bersama.

Sejarah sudah membuktikan Artikel 153 bukanlah sesuatu yang diletakkan secara sewenang-wenangnya oleh orang Melayu. Ia terhasil daripada persetujuan bersama dalam menghasilkan keadaan sama-sama menang kepada semua orang.

Sikap bertolak ansur pimpinan dulu dalam menstabilkan negara janganlah diselewengkan faktanya oleh mereka yang jingoisme. Pengorbanan mereka yang terdahulu bukanlah untuk generasi mendatang mempertikaikannya, akan tetapi mereka harus terus mendukung resolusi ini agar keamanan negara dapat diteruskan.

No comments:

Malas???

Malas???
Jom Kita Lawan Malas Tu...!!!

ALQURAN n Business online

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com