Thursday, May 10, 2012

Kebangkrapan=Muflis

Muflis

Definisi @ maksud bankrap atau muflis

Seseorang yang gagal :

a. menjelaskan pinjaman orang perseorangan
b. sewa beli kenderaan
c. pinjaman peribadi atau perumahan
d. menjadi penjamin sosial
e. Kakitangan Kerajaan Kumpulan A yang menjadi penjamin tetapi sipeminjam gagal
membayar hutang
f. pinjaman pelajaran
g. Hutang Kad Kredit
h. Hutang Cukai Pendapatan


Dengan jumlah hutang tidak kurang daripada RM30,000.00


Rumusannya :
Kebankrapan adalah satu proses di mana seorang penghutang itu diisytiharkan sebagai bankrap lanjutan daripada suatu Perintah Penghukuman yang dibuat di Mahkamah Tinggi terhadap penghutang tersebut atas kegagalan atau ketidakupayaan untuk membayar hutang sekurang-kurangnya RM30,000.00.

Apabila berlaku kegagalan pembayaran balik hutang, pemiutang akan memfailkan petisyen kepada mahkamah dengan syarat hutang tidak kurang daripada RM30,000 kerana jika di bawah nilai itu kes berkenaan tidak boleh diisytiharkan bankrap.
 
seterusnya....
DRAF 2003

Draf pindaan Akta Kebankrapan 1967 yang antara lain bagi melindungi penjamin pinjaman akan dibentangkan di Kabinet dalam tempoh terdekat dan dibawa pada sidang Parlimen sesi Mac ini.
Pindaan membabitkan definisi penjamin dibahagikan kepada dua, iaitu penjamin sosial seperti mendapatkan biasiswa, perumahan serta berkaitan keluarga dan penjamin korporat bagi pelbagai kegiatan perniagaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata perlindungan hanya diberikan kepada penjamin sosial, manakala penjamin korporat dikenakan tindakan seperti peruntukan sedia ada. "Ia dipinda untuk memberi perlindungan dan keadilan terhadap penjamin
sosial yang selama ini terpaksa menanggung beban sehingga dikenakan tindakan muflis berikutan kegagalan peminjam melunaskan hutang.

"Peminjam yang sebenarnya harus dikejar dulu oleh bank atau institusi berkenaan. Apabila peminjam tidak dapat dikesan dan tidak boleh dihubungi baru pergi penjamin sosial tadi. Peruntukan ini tidak dicadang untuk penjamin korporat sebab kita ingin melihat dulu perubahan ini.

"Sekurang-kurangnya kita dapat memberi satu landasan keadilan kepada penjamin yang sebenarnya dikejar dulu daripada peminjam," katanya selepas majlis makan tengah hari anjuran Gabungan Dewan Perniagaan Melayu, Cina dan India Negeri Sembilan, semalam.

Dr Rais berkata, pindaan dibuat hasil kajian mendalam dan mendapat pandangan pelbagai pihak, terutama badan perundangan.
Beliau berkata, Seksyen 33 (a) (b) memberi kelonggaran kepada penjamin sosial yang selepas lima tahun boleh dilepaskan daripada tindakan muflis tanpa menunggu keputusan Pegawai Pemegang Harta. Akta turut mencadangkan kadar seseorang boleh dikenakan tindakan muflis dinaikkan daripada RM10,000 kepada RM30,000, bersesuaian kuasa beli dan ekonomi semasa.

Pindaan turut membenarkan seseorang yang diisytihar muflis menyimpan RM1,000, berbanding hanya RM100 sekarang. Berhubung cadangan Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan yang meminta pelaksanaan Chapter 11 Amerika Syarikat digunakan di negara ini, Dr Rais berkata perkara ini boleh diberi pertimbangan untuk menyelamatkan usahawan yang boleh dikenakan tindakan muflis.

Mengikut Chapter 11, usahawan diberikan tempoh tertentu untuk membolehkan mereka menyusun semula perniagaan ketika zaman gawat dan pada masa sama bank tidak mengenakan tindakan jika gagal melunaskan hutang.

Dr Rais juga berkata, bagi seseorang yang hendak diisytiharkan muflis mengikut Seksyen 33 akta, mereka perlu diberi peluang memulihkan ekonominya terlebih dulu sebelum tindakan dikenakan.
Pindaan turut membabitkan keadaan muflis sebagai suatu perkara yang tidak berupa stigma dengan memperkenalkan kaedah dan pengertian dalam keadaan harmoni.

"Mereka sebenarnya harus mendapat bimbingan daripada jabatan, hubungan kedua-dua pihak harus mesra dan muflis tidak harus jadi bebanan sosial," katanya.

No comments:

Malas???

Malas???
Jom Kita Lawan Malas Tu...!!!

ALQURAN n Business online

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com