Saturday, September 3, 2011

Program Transformasi Kerajaan (GTP)

YAB Perdana Menteri telah memperkenalkan model ‘Transformasi Baru’ secara ‘Lonjakan Berganda’. Melalui model ini kerajaan telah menukilkan Empat Tiang Utama (ETU) : Pertama, iaitu satu falsafah induk sebagai panduan yang bersifat merentas dasar serta pelaksanaan iaitu Gagasan 1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kedua, iaitu satu prakarsa teras peranan kerajaan iaitu Program Transformasi Kerajaan. Ketiga, iaitu Model Baru Ekonomi dan Keempat, iaitu Rancangan Malaysia Kesepuluh adalah merupakan dua inisiatif ekonomi bagi memeta hala tuju jangka panjang, sederhana dan jangka pendek negara. Bagi menyangga ETU di atas, ianya perlu didokong pula oleh Empat Tiang Nilai Asas Pelengkap (ETNAP). Pertama, iaitu Nilai (Membudayakan) Kreativiti dan Inovasi, Kedua, iaitu Nilai (Mementingkan) Kepantasan Bertindak dan Membuat Keputusan. Ketiga, iaitu Nilai Untuk Wang dan Keempat, iaitu Nilai Integriti. ETU dan ETNAP ini merupakan model Lapan Tonggak Perdana (LTP) pentadbiran baru YAB Perdana Menteri.


Apakah Program Transformasi Kerajaan (GTP)?


Program Transformasi Kerajaan (GTP) diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak pada bulan April 2009, dan akan diterajui oleh beliau. Dua objektif GTP adalah – pertama, untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat; dan kedua, memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua. Ini sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020 – untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.


Enam NKRA telah dikenalpasti untuk menuju ke arah transformasi Kerajaan dan ianya adalah:


No comments:

Malas???

Malas???
Jom Kita Lawan Malas Tu...!!!

ALQURAN n Business online

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com