Friday, April 1, 2011

KORIDOR EKONOMI NEGARA

KORIDOR EKONOMI

SETIAP negara mempunyai agenda pembangunan sosio ekonomi untuk rakyatnya. Begitu juga Malaysia . Pelbagai strategi jangka pendek dan panjang turut dirancang.

Salah daripada strategi jangka panjang kerajaan ialah pembangunan lima wilayah koridor ekonomi iaitu :

1. Di Johor (Iskandar Malaysia);
2. Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan utara Perak (NCER);
3.Terengganu, Pahang, Kelantan dan Mersing, Johor (ECER);
4. Sabah (SDC)
5. Sarawak (SCORE).



Kelima-lima wilayah koridor ekonomi ini disentuh dalam Bajet 2010. Pelbagai projek dirancang membabitkan peruntukan RM3.5 bilion.

Kerajaan juga mengumumkan statistik terkini bahawa sebanyak 126 projek di pelbagai peringkat pelaksanaan daripada 195 projek yang dirancang melibatkan pelaburan swasta berjumlah RM221 bilion. Jumlah ini lebih daripada sasaran asal dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) iaitu RM145 bilion.

STRATEGI KORIDOR EKONOMI

1. Dua strategi diguna pakai untuk membangunkan kelima-lima wilayah ini. Pertama, menarik pelabur asing dan kedua penumpuan kepada pelabur tempatan. Setiap satu wilayah koridor tertumpu kepada sektor-sektor yang menjadi keutamaan bergantung pada keunikan koridor tersebut.

2. Sasaran utama di Iskandar Malaysia ialah pelabur-pelabur luar untuk pembangunan sektor kewangan dan perkhidmatan.

A. NCER pula lebih kepada sektor pertanian,
B. ECER dan SCORE tertumpu kepada sektor gas dan petroleum
C. SDC melibatkan sektor perkilangan, logistik dan juga pertanian.

Namun, persamaan kelima-limanya ialah untuk memajukan sektor perkhidmatan negara terutamanya melibatkan pelancongan.

Inilah sebenarnya kekuatan negara yang perlu dilihat secara teliti. Selaras itu, kerajaan mengumumkan pelbagai inisiatif dan insentif untuk membangunkan sektor perkhidmatan pelancongan.

Bagi sektor pelancongan, kerajaan memperuntukkan RM899 juta, melibatkan pelbagai program seperti menarik warga United Kingdom, Jepun, Republik Korea, Asia Barat, India, dan China menyertai program Malaysia My Second Home (MM2H).

Selain itu, prasarana untuk program homestay dan ecopelancongan dipertingkatkan, mempergiatkan usaha promosi dan iklan pelancongan menerusi Internet, memperbanyakkan produk pelancongan dan mengecualikan cukai pendapatan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus bagi penyelia perkhidmatan jagaan kesihatan.

Paling penting, kerajaan mengumumkan kesemua barisan depan di sektor pelancongan akan diambil alih oleh rakyat Malaysia sendiri berbanding pekerja asing. Bermakna, rezeki di sektor pelancongan selepas ini seharusnya dinikmati oleh rakyat tempatan bukannya dikuasai rakyat asing.

Peluang-peluang yang terbuka luas dalam sektor pelancongan seharusnya direbut oleh pemain-pemain industri dan penduduk di kelima-lima wilayah koridor ekonomi. Malaysia mempunyai pelbagai produk pelancongan yang boleh dimajukan ke peringkat rantaian ekonomi yang bernilai tinggi. Sektor pelancongan sahaja boleh menjana peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan melahirkan golongan usahawan pelancongan rakyat tempatan.

Ini terbukti apabila jumlah kemasukan pelancong asing meningkat saban tahun. Sehingga Ogos lalu, pelancong yang memasuki Malaysia berjumlah 15.4 juta berbanding hanya 14.7 dalam tempoh sama tahun lalu. Peningkatan itu berlaku meskipun ekonomi dunia tidak menentu dan wabak influenza A (H1N1) melanda seluruh dunia termasuk Malaysia. Jadi, tidak seharusnya peluang ini terlepas begitu sahaja.

Oleh itu, setiap wilayah koridor ekonomi mestilah menjadi peneraju sektor pelancongan dan melaksanakan dasar-dasar pelancongan yang memberi kebaikan kepada penduduk di wilayah tersebut.

Di atas kertas, memanglah nampak begitu mudah untuk melaksanakan dasar-dasar ekonomi di setiap wilayah koridor, namun terdapat beberapa aspek yang perlu diteliti secara mendalam. Pertama, permasalahan birokrasi yang boleh membantutkan usaha merancakkan ekonomi setiap wilayah koridor ekonomi. Kerenah birokrasi mestilah ditangani sebaik mungkin agar segala perancangan dan pelaksanaan ekonomi dapat dijalankan mengikut jadual.

Selain itu, kerjasama antara syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sebagai peneraju wilayah koridor ekonomi dengan kerajaan-kerajaan negeri mestilah diperkukuhkan. Ini kerana setiap projek untuk kesejahteraan rakyat hendaklah sentiasa disokong oleh kerajaan negeri bagi memastikan kelancaran setiap program yang bakal dan sedang dilaksanakan. Bahkan, dasar-dasar yang komprehensif tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa dokongan dan sokongan kerajaan negeri.

Di samping itu, setiap hasil daripada projek yang dilaksanakan mestilah dipulangkan kembali kepada rakyat tempatan. Dengan kata lain, setiap projek yang akan dilaksanakan haruslah diberi keutamaan untuk penduduk-penduduk tempatan yang tinggal di wilayah koridor tersebut.

Di sinilah perlunya kerjasama kukuh. Bermula di peringkat paling bawah hinggalah peringkat tertinggi agar tidak seorang pun terpinggir. Kejayaan pembangunan wilayah koridor ekonomi yang mapan bukannya hanya setakat mempertingkatkan ekonomi dan pendapatan penduduk tetapi juga harus menitikberatkan kualiti dan kelestarian hidup untuk kesejahteraan rakyat secara keseluruhan.

No comments:

Malas???

Malas???
Jom Kita Lawan Malas Tu...!!!

ALQURAN n Business online

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com