Monday, January 24, 2011

Mandamus

Kes balak: MB Pahang diarah bayar RM63j

KUANTAN 20 April - Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob melunaskan bayaran RM63 juta kepada syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn. Bhd. (Seruan Gemilang) dalam tempoh 14 hari mulai hari ini.
Bayaran itu berhubung satu kes melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Mukim Bebar, Pekan.
Perintah itu dikeluarkan Hakim Datuk Abd. Halim Aman selepas membenarkan permohonan difailkan pihak pemohon bagi mendapatkan relif iaitu suatu perintah mandamus (memaksa pihak berkuasa mematuhi perintah mahkamah) terhadap Adnan.



Dalam penghakimannya, Hakim Abd. Halim berkata, tindakan mandamus itu difailkan atas kegagalan pihak kerajaan negeri membuat bayaran terhadap jumlah penghakiman yang diperoleh sejak 25 Mei 2007 dengan segala "avenue" perundangan telah selesai dibuat pemohon.
"Pendirian seperti ini mencerminkan keengganan pihak kerajaan negeri mematuhi kehendak statutori di bawah Seksyen 33(3) Akta Prosiding Kerajaan 1956 dan lantas membebankan rakyat (pembayar cukai) secara tidak munasabah.
"Ini kerana ia akan membebankan kerajaan negeri dari segi faedah harian yang terakru terhadap jumlah penghakiman itu yang akhirnya terpaksa ditanggung oleh rakyat juga," katanya.
Seruan Gemilang diwakili peguam Rajoo D. Moothy dan Richard Bong Chong Fook, sementara Adnan diwakili oleh Datuk Shafie Abdullah.
Hakim Abd. Halim berkata, permohonan responden tidak tepat apabila ingin mengenepikan tindakan mandamus itu melalui hujah bertulis bahawa Seruan Gemilang salah menamakan Menteri Besar sebagai responden.
Menurutnya, Menteri Besar adalah seorang yang tepat dan berkelayakan dinamakan sebagai responden kerana di Pahang atau mana-mana negeri kecuali Sabah dan Sarawak tidak wujud jawatan Menteri Kewangan Negeri.

No comments:

Malas???

Malas???
Jom Kita Lawan Malas Tu...!!!

ALQURAN n Business online

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com