Saturday, October 16, 2010

Pembangunan modal insan tiang seri model ekonomi baru

12/03/2010 5:18pm

BANGI 12 Mac – Pembangunan modal insan merupakan salah satu daripada tiang seri dalam pembentukan model ekonomi baru untuk negara yang akan dilancarkan hujung bulan ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
Dalam konteks ini, Perdana Menteri berkata, jika kualiti modal insan, modal intelek dan keupayaan minda di kalangan warga universiti seperti ahli akademik, pensyarah, mahupun pelajar tidak dapat dipertingkatkan, maka akan terencatlah hasrat kerajaan untuk mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berteraskan pengetahuan dan inovasi.
"Bila kita sebut negara maju dan berpendapatan tinggi, maka elemen yang boleh menyokong objektif tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah kemampuan kita dari segi modal intelektual dan juga kemahiran,” katanya semasa berucap di hadapan lebih kurang 200 orang ahli akademik, pegawai tadbir, kakitangan dan pelajar di foyer Bangunan Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.
Lawatan beliau ke UKM hari ini merupakan sebahagian daripada siri lawatannya untuk berinteraksi secara tidak formal dengan warga universiti. Sebelum ini beliau telah mengadakan lawatan yang sama ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Najib berkata, pembangunan modal insan dari segi keintelektualan dan kemahiran dan juga nilai-nilai murni termasuk etika kerja ini adalah merupakan prasyarat dalam usaha kerajaan melakukan transformasi besar terhadap negara ini.
Katanya, dalam misi mencapai hasrat ini, maka kedudukan sistem pendidikan bermula dari peringkat bawah iaitu prasekolah sehingga peringkat universiti akan diberi perhatian oleh kerajaan. – Bernama

No comments:

Malas???

Malas???
Jom Kita Lawan Malas Tu...!!!

ALQURAN n Business online

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com