Monday, October 25, 2010

Pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional 2004

Cabutan nota RMK 9 (2006-2010)   :  Program Pembangunan Belia

14.07 Program pembangunan belia seperti latihan kepemimpinan dan kemahiran
serta kemahiran keusahawanan telah dilaksanakan oleh pelbagai kementerian
melalui persatuan belia dengan kerjasama sektor swasta dan badan bukan
kerajaan (NGO). Bagi memperkukuh pengurusan dan keupayaan pelaksanaan
agensi sektor awam yang bertanggungjawab kepada pembangunan belia, Pelan
Tindakan Pembangunan Belia Nasional telah dilancarkan pada tahun 2004.
Pelan Tindakan ini memberi penekanan kepada 11 unsur teras dalam pembangunan
belia yang merangkumi kesejahteraan sosioekonomi, bina upaya, kualiti
kepemimpinan, penyertaan dalam Program Rakan Muda, integrasi sosial dan
kesedaran politik di kalangan belia.


Latihan Kepemimpinan

14.08 Selaras dengan objektif untuk membentuk generasi belia yang dinamik
dan berhemah tinggi seperti berdisiplin, bersikap positif dan beretika baik,
program latihan kepemimpinan dilaksanakan di peringkat kebangsaan, negeri
dan daerah. Dalam tempoh Rancangan, seramai 380,090 belia menyertai program
latihan kepemimpinan di pelbagai institusi latihan kemahiran belia. Sekolah dan
institusi pendidikan tinggi terus menyediakan program latihan kepemimpinan
meliputi aspek seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran berunding, teknik
interaksi sosial dan aspek pembangunan sahsiah diri yang lain. Program ini
juga disediakan kepada belia di luar bandar termasuk di skim pembangunan
tanah. Seramai 24,500 belia luar bandar menyertai program latihan kepemimpinan
yang dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Lembaga
Kemajuan Tanah Persekutuan serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas
Tani.

14.09 Dalam tempoh Rancangan, pendekatan baru telah diguna pakai untuk
memastikan keberkesanan pelaksanaan Program Rakan Muda. Pendekatan ini
termasuk perancangan serta pelaksanaan aktiviti dan program melalui perundingan
dengan belia bagi memenuhi harapan dan keperluan mereka. Di samping itu,
sebilangan Penggerak Rakan Muda telah dilantik bagi menggalakkan penyertaan
belia di peringkat akar umbi dalam program ini. Sebanyak 10 Pusat Rakan
Muda di peringkat negeri dan daerah telah siap dibina dalam tempoh Rancangan
yang memudahkan dan meningkatkan pelaksanaan program ini.

14.10 Bagi menanam semangat perpaduan dan patriotik di kalangan belia,
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah dilaksanakan pada tahun 2003.
Program selama tiga bulan ini juga bertujuan untuk membentuk belia negara
daripada pelbagai bangsa menjadi pemimpin generasi masa hadapan dengan
nilai yang sempurna dan keperibadian yang utuh. Modul latihan meliputi bidang
seperti kecergasan fizikal dan ketahanan diri, peranan dan tanggungjawab
mereka dalam membina nusa dan bangsa, asas untuk menjadi warganegara
yang baik dan mengamalkan sikap bertanggungjawab dengan penekanan terhadap
membina sahsiah diri. Pada akhir tempoh Rancangan, seramai 135,700 belia
telah dilatih di 76 kem latihan yang ditubuhkan di seluruh negara.

14.11 Belia digalakkan menyertai persatuan belia bagi membolehkan mereka
terlibat dalam proses membuat keputusan. Bilangan persatuan belia telah meningkat
daripada 5,500 pada tahun 2000 kepada 8,000 pada tahun 2005 manakala
keahlian persatuan meningkat daripada 2.2 juta kepada 2.8 juta dalam tempoh
yang sama. Walau bagaimanapun, bilangan ini hanya merupakan 26 peratus
daripada golongan belia dalam kumpulan umur 15-39 tahun. Keadaan ini
menunjukkan perlu adanya usaha untuk menggalak lebih banyak penyertaan
belia dalam persatuan. Bagi membolehkan perancangan dan pengurusan program
pembangunan belia yang lebih berkesan, keahlian Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN).

No comments:

Malas???

Malas???
Jom Kita Lawan Malas Tu...!!!

ALQURAN n Business online

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com