Wednesday, October 6, 2010

Misi Nasional

Lima Teras Misi Nasional

TERAS 1: MENINGKATKAN NILAI DITAMBAH DALAM EKONOMI NEGARA Teras pertama Misi Nasional, iaitu meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi merupakan pra-syarat untuk meningkatkan kedudukan ekonomi Malaysia ke arah kelas ekonomi berpendapatan tinggi. Tiga strategi utama yang perlu bagi mencapai tujuan ini adalah: Pertama : Meningkatkan produktiviti dan daya saing negara; Kedua : Menjaga sumber pertumbuhan baru; dan Ketiga : Mengembangkan pasaran bagi barangan dan perkhidmatan Malaysia.


TERAS 2: MENINGKATKAN KEUPAYAAN PENGETAHUAN DAN INOVASI NEGARA SERTA MEMUPUK “MINDA KELAS PERTAMA” Dalam teras kedua Misi Nasional, usaha melahirkan modal insan berkualiti yang berpengetahuan, berinovasi dan memiliki nilai-nilai positif akan terus diberi keutamaan. Objektif ini akan dicapai melalui pelaksanaan lima strategi utama: Pertama : Memperkukuh program pendidikan dan latihan; Kedua : Menjadikan Sekolah Kebangsaan sebagai sekolah pilihan; Ketiga : Membina institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa; Keempat : Menggalakkan R&D dan meningkatkan daya inovasi; dan Kelima : Memupuk nilai moral dan etika yang kukuh.

TERAS 3: MENANGANI KETIDAKSAMAAN SOSIOEKONOMI YANG BERTERUSAN Teras ketiga Misi Nasional menegaskan semula falsafah “pertumbuhan dangan pengagihan” bagi menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang masih wujud di antara kumpulan etnik, wilayah dan Bandar serta luar Bandar. Kesan pertumbuhan ekonomi serta langkah Kerajaan memperbaiki ketidaksamaan sosioekonomi secara membina dan produktif telah Berjaya mewujudkan suasana pembangunan ke arah “pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama” serta mendorong peningkatan dan pengagihan saksama peluang-peluang bermutu (equitable distribution of quality opportunities) untuk semua rakyat Malaysia. Bagi meneruskan agenda kesaksamaan ini, enam strategi utama akan dilaksanakan: Pertama : Membasmi kemiskinan; Kedua : Menambah baik pengagihan pendapatan; Ketiga : Menyusun semula hak milik; Keempat : Menyusun semula guna tenaga; Kelima : Mencapai keseimbangan wilayah; dan Keenam : Membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

TERAS 4: MENINGKATKAN TAHAP DAN KEMAMPANAN KUALITI HIDUP Kerajaan senantiasa menekankan bahawa pertumbuhan ekonomi negara perlu disertai dengan peningkatan kualiti hidup untuk seluruh rakyat Malaysia. Bagi mencapai matlamat ini, Kerajaan akan menekankan enam strategi utama: Pertama : Meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan; Kedua : Memenuhi keperluan perumahan dan menambah baik perkhidmatan Bandar; Ketiga : Membina infrastruktur asas; Keempat : Menambah baik kemudahan pengangkutan; Kelima : Memastikan pemuliharaan alam sekitar dan pengurusan sumber secara mapan; dan Keenam : Menjana pembangunan masyarakat yang positif.

TERAS 5: MENGUKUHKAN KEUPAYAAN INSTITUSI DAN PELAKSANAAN NEGARA Kerajaan beriltizam unuk terus mempertingkatkan sistem penyampaian pekhidmatan awam. Dengan tertubuhnya Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH), pelbagai proses dan prosedur kerja serta dasar dan peraturan telah berjaya dinilai dan diperbaiki. Transformasi penyampain perkhidmatan akan terus dipergiat menerusi tiga strategi utama iaitu: Pertama : Mengintegrasi perkhidmatan merentasi agensi; Kedua : mewujudkan keyakinan terhadap perkhidmatan berasaskan elektronik; dan Ketiga : Mengamalkan perancangan, pemantauan dan penilaian berasaskan pencapaian (outcome-based palnning, monitoring and evaluation).

No comments:

Malas???

Malas???
Jom Kita Lawan Malas Tu...!!!

ALQURAN n Business online

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com