Wednesday, October 6, 2010

Asem and G20

Wujudkan perdagangan bebas

BRUSSELS 5 Okt. - Lakukan perubahan kepada institusi kewangan dunia dan wujudkan perdagangan bebas.
Itu merupakan dua perkara besar yang dipersetujui secara konsensus oleh pemimpin Asia dan Kesatuan Eropah ke arah mewujudkan pembangunan ekonomi yang lebih mampan, seimbang dan tidak berat sebelah.
Berpijak di atas realiti semasa pula, pemimpin kedua-dua benua itu turut percaya hanya G20 sahaja yang akan dapat memastikan dua agenda besar itu tercapai.



lagi..

Rumusan hari pertama apa yang berlaku sepanjang Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (Asem) Kelapan itu dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada wartawan Malaysia di Hotel Conrad di sini malam tadi.
Menurutnya, tidak berlaku banyak percanggahan pendapat bila menyentuh isu besar tersebut dan isu-isu lain.
Cuma, katanya, ada negara yang bimbang seolah-olah Asem menyerahkan masa depan dunia kepada G20 untuk menentu dan membuat keputusan.
G20 merupakan kumpulan 20 buah negara yang diasaskan pada tahun 1999 yang antara anggotanya ialah Amerika Syarikat, China, United Kingdom, Turki, Rusia, Australia, Brazil, Kanada, Peranchis, Jerman, Indonesia dan India.
Sidang Kemuncak G20 akan diadakan pada 11 dan 12 November ini di Seoul, Korea selatan yang antara lain agendanya ke arah menyelesaikan kemelesetan ekonomi global.
Pandangan konsensus 46 buah negara dari benua Asia dan Eropah itu semalam, ketika sesi perbincangan urus tadbir ke arah kewangan dan ekonomi global yang lebih berkesan itu, akan dijadikan sebagai suara Asem semasa persidangan G20 akhir tahun ini.
Oleh kerana Asem itu sendiri merupakan satu forum berbentuk konsultatif, kata Najib, banyak pandangan dan pendapat telah diutarakan negara-negara anggota.
Sebagai persediaan untuk menentukan keputusan konsensus dicapai semasa sidang G20 nanti, ada beberapa saranan yang dibuat oleh Asem.
Ini memandangkan sebahagian daripada anggota Asem turut menyertai kelompok G20.
Antaranya, kata Najib ialah rombakan kepada sistem kewangan dunia khususnya perubahan kepada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Selain itu, katanya, kuasa pengundian yang perlu melambangkan perubahan dalam persekitaran ekonomi dunia ekoran wujudnya pasaran baru ekonomi dan negara sedang membangun supaya suara mereka juga didengar secara seimbang.
Kata Perdana Menteri lagi, pemimpin Asia dan Eropah konsensus bahawa walaupun pemulihan ekonomi dunia dapat dilakukan secara bersama dan selaras melalui peranan G20 dan badan-badan lain, namun ia masih tidak begitu kukuh dan membimbangkan.
"Perubahan perlu dilakukan antaranya perubahan dalaman iaitu sistem konsolidasi bagi membolehkan ekonomi dunia berkembang lebih mampan.
"Perubahan luaran pula antaranya, perubahan arkitek kewangan dunia dan IMF untuk memastikan dunia tidak terjerumus kepada dasar perlindungan atau langkah-langkah berbentuk sekatan perdagangan," katanya lagi.
Ini merupakan Asem pertama disertai oleh Najib atas kapasiti sebagai Perdana Menteri.
Najib juga memberitahu, para pemimpin Asia dan Eropah turut komited ke arah mewujudkan perdagangan bebas global.
Hampir semua negara bercakap dengan nada sama iaitu perdagangan bebas merupakan satu jaminan ke arah pemulihan ekonomi dunia yang berterusan dan penjanaan kekayaan yang lebih bermakna lagi.
Sehubungan itu, kata Najib, ada saranan supaya rundingan Pusingan Doha dapat diselesaikan dengan semua pihak bersikap lebih terbuka.
Rundingan Doha itu juga matlamatnya ke arah melahirkan satu perdagangan bebas yang adil dan tidak berat sebelah.
Menjawab satu soalan, Najib berkata, reform atau perubahan perlu dilakukan kepada institusi kewangan dunia termasuk IMF kerana 'sudah sampai masanya.'
Beliau menjelaskan, Asem merupakan badan konsultatif yang akan merumuskan pendapat Eropah dan Asia. Nadi kepada perubahan tersebut ialah G20, tambahnya lagi. - utusan

No comments:

Malas???

Malas???
Jom Kita Lawan Malas Tu...!!!

ALQURAN n Business online

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com