Wednesday, September 1, 2010

2010/09/01 BH

Kementerian terbabit diminta segerakan kewujudannya
Pekerja sosial sekolah


Lagi...

PESERTA Seminar Kebangsaan Kerja Sosial dalam Pendidikan anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) menggesa kerajaan mewujudkan jawatan Pekerja Sosial Sekolah (PSS) bertujuan membantu masalah sosial dalam kalangan pelajar. Pengarah Seminar, Dr Azizan Bahari, berkata jawatan itu boleh dioptimumkan untuk menangani isu remaja yang terdedah dengan unsur negatif dari luar. Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Kementerian Pelajaran boleh mempertimbangkan cadangan itu dengan mewujudkan jawatan khas untuk tujuan itu bagi bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.



Katanya, PSS lebih menumpukan kerja dengan persekitaran sosial pelajar di luar sekolah iaitu keluarga, rakan dan komuniti setempat.



“Jawatan ini berfungsi membantu usaha guru, pentadbir sekolah dan kaunselor membimbing pelajar yang memerlukan sokongan bagi menyelesaikan masalah mereka,” katanya ketika ditemui pada seminar berkenaan, baru-baru ini.



Seminar tiga hari berlangsung di Universiti Inn UUM, dihadiri lebih 100 pengetua, kaunselor, pegawai dari agensi kerajaan, swasta dan bukan bukan kerajaan (NGO).

Sebanyak 30 kertas kerja dibentangkan daripada tenaga akademik dari UUM, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Yayasan Sultanah Bahiyah.



Dr Azizan berkata, seminar juga menyentuh model kerja sosial sekolah yang sudah lama wujud dan diamalkan di beberapa negara maju antaranya, Amerika Syarikat, New Zealand, Korea Selatan, Hong Kong, Jepun dan Singapura.



Pensyarah UUM, Prof Madya Dr Fuziah Shaffie, berkata kini sudah tiba masanya pekerja sosial diwujudkan di sekolah atau pejabat pelajaran daerah dan negeri bagi membantu pelajar atau remaja berisiko memandangkan jumlahnya meningkat setiap tahun.



“Jawatan ini penting sebagai pelengkap kepada pengurusan sekolah sedia ada kerana kami melihat guru tidak sepatutnya dibebankan dengan tugasan sebagai kaunselor.



“Guru mempunyai bidang tugas lebih berat iaitu meningkatkan prestasi sekolah terutama dalam akademik dan kokurikulum,” katanya.

No comments:

Malas???

Malas???
Jom Kita Lawan Malas Tu...!!!

ALQURAN n Business online

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com