Friday, September 3, 2010

Dasar Sosial Negara

Dasar Sosial Negara merupakan dasar payung yang merangkumi falsafah dan pelbagai dasar pembangunan sosial negara berteraskan kepada Perlembagaan, Rukunnegara dan Wawasan 2020 Malaysia serta komitmen negara di peringkat antarabangsa.

Perpektif sosial dalam Dasar Sosial Negara merujuk kepada kehidupan serta jalinan perhubungan yang wujud di kalangan individu serta keluarga dengan anggota-anggota masyarakat lain dalam persekitaran yang baik dan memberangsangkan.

Dasar Sosial Negara ini dibahagikan kepada enam bahagian seperti berikut:-


1. Dasar Sosial Negara ialah dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju serta mantap.

BAHAGIAN I

Menjamin setiap individu, keluarga dan komuniti tanpa mengira etnik, agama, budaya, gender, dan fahaman politik dan wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan.

Objektif Khusus

Selaras dengan penyataan matlamat dan objektif umum, Dasar Sosial Negara menggariskan empat objektif khusus yang saling melengkapi dengan menerapkan nilai-nilai murni di setiap peringkat pelaksananya.

-memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi.
-membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat.
-memperkukuhkan dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial.
-menjana sinergi multisektor.

Pembangunan Ekonomi diperakui sebagai prasyarat kepada pembangunan negara. Walaubagaimanapun penbangunan ekonomi semata-mata tidak menjamin pembangunan yang holistik. Pembangunan negara haruslah berpaksikan konsep pembangunan holistik yang bermaksud pembangunan ekonomi yang diimbangi dengan pembangunan dan kemajuan sosial termasuk pembangunan jasmani, emosi, rohani dan inteletual. Pertimbangan terhadap aspek ekonomi dan mutu kehidupan seharusnya tidak membataskan konsep maju kepada aspek-aspek yang boleh diukur secara kuantitatif semata-mata. Penekanan sewajarnya adalah perlu terhadap aspek kualitatif seperti kemantapan sosial, nilai-nilai moral, kekuatan intelektual dan budaya.

Dasar Sosial Negara bertujuan mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia maju dan mantap dari segi sosial, ekonomi dan teknologi dengan setiap anggota masyarakat berpeluang serta berkeinginan untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatupadu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertolenrasi, progresif, penyayang, adil, dan saksama selaras dengan matlamat Wawasan 2020.

BAHAGIAN II

Pelbagai strategi telah dan akan terus dikenalpasti bagi mencapai setiap objektif ini.

JENTERA PELAKSANA Pencapaian Dasar Sosial Negara bergantung kepada penwujudan satu struktur yang mantap disemua peringkat bagi menyelaras perancangan, pelaksanaan, pemantauan, dan penilaian program dan aktiviti-aktiviti pembangunan sosial yang dilaksanakan oleh semua agensi kerajaan serta sektor swasta dan sukarela. Bagi merealisasikan pelaksanaan oleh semua agensi kerajaan serta sektor swasta dan sukarela. Bagi merealisasikan pelaksanaan strategi-strategi di bawah Dasar Sosial Negara,

maka Majlis Sosial Negara ditubuhkan di peringkat persekutuan sebagai jentera penyelarasan pelaksanaan.

Majlis Sosial Negara yang merupakan badan tertinggi ini akan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri dengan keanggotaan terdiri daripada menteri-menteri kabinet yang berkaitan dengan sektor sosial.

Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat akan bertindak sebagai Urusetia. Majlis Sosial Negara akan dibantu oleh Jawatankuasa Pembangunan Sosial Negara dan Jawatankuasa Kerja Pembangunan Sosial Negara diperingkat persekutuan. 


BAHAGIAN V
JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL di
JABATAN PERDANA MENTERI

No comments:

Malas???

Malas???
Jom Kita Lawan Malas Tu...!!!

ALQURAN n Business online

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com