Monday, January 24, 2011

Mandamus

Kes balak: MB Pahang diarah bayar RM63j

KUANTAN 20 April - Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob melunaskan bayaran RM63 juta kepada syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn. Bhd. (Seruan Gemilang) dalam tempoh 14 hari mulai hari ini.
Bayaran itu berhubung satu kes melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Mukim Bebar, Pekan.
Perintah itu dikeluarkan Hakim Datuk Abd. Halim Aman selepas membenarkan permohonan difailkan pihak pemohon bagi mendapatkan relif iaitu suatu perintah mandamus (memaksa pihak berkuasa mematuhi perintah mahkamah) terhadap Adnan.

Istilah Kehakiman

Konsep Undang-Undang yang berkaitan

Pada amnya konsep "Aturan Undang-Undang" adalah berkaitrapat dengan beberapa konsep perundangan yang lain, termasuk:
  • Nullum crimen, nulla poena sine praevia lege poenali - Tiada undang-undang ex post facto
  • Anggapan Tidak Bersalah - Semua individu dianggap "tidak bersalah sehingga terbukti bersalah"
  • Double jeopardy - Setiap individu hanya boleh dihukum sekali untuk jenayah tertentu yang dilakukannya. Perbicaraan semula mungkin atau tidak mungkin dibenarkan sekiranya terdapat bukti-bukti yang baru. Lihat juga res judicata.
  • Hak Saksama Guaman - Semua individu mempunyai hak yang sama mendapat bantuan guaman tidak kira status, agama, bangsa, kecenderungan politik dan sebagainya Seperti kata Montesquieu, "undang-undang ialah seperti ajal, tiada seorang yang akan terlepas"
  • Habeas Corpus - Terma Latin yang membawa maksud "seseorang mesti bertubuh". Oleh itu, seseorang yang ditahan berhak diberitahu tentang jenayah yang dilakukannya atau tuduhan keatasnya, dan memohon supaya penahanannya disemak semula oleh badan kehakiman. Seseorang yang ditahan secara haram seharusnya dibebaskan.

Friday, October 29, 2010

Jabatan Bantuan Guaman ialah suatu agensi Kerajaan yang memberi nasihat dan bantuan guaman kepada golongan yang berpendapatan rendah berhubung dengan isu atau perkara undang-undang yang tidak mampu untuk mengambil khidmat peguam swasta bagi mewakili mereka di mahkamah.

Bidang kuasa:
1.Perkara kekeluargaan Syariah
2.Perkara kekeluargaan sivil
3.Perkara sivil
a. pampasan pekerja
b. penanam padi

c. harta pusaka kecil (pembahagian)

d. kemalangan jalan raya

e. pemberi pinjam wang

f. sewa beli

g. penyewaan

h. probet dan surat mentadbir pusaka

i. pengangkatan

j. tuntutan pengguna

4.Kes jenayah
a. Mengaku salah kepada pertuduhan dan membuat rayuan untuk meringankan hukuman

b. Kesalahan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001

c. Kesalahan kecil
5.Nasihat guaman atas segala perkara
6.Pengantaraan bagi kes Syariah & sivil
Stare DECISIS

A basic principle of the law whereby once a decision (a precedent) on a certain set of facts has been made, another Court of the same rank or lower, must apply that decision in cases presenting the same set of facts.
The precedent becomes binding and must be followed by courts of like rank.
Stare Decisis

 (Latin: [ˈstaːre deːˈt͡s1iːsiːs], Anglicisation: [ˈsteɹɪ dɪˈsaɪsɪs]) a legal principle by which judges are obliged to respect the precedents established by prior decisions. The words originate from the phrasing of the principle in the Latin maxim Stare decisis et non quieta movere: "to stand by decisions and not disturb the undisturbed."[1] In a legal context, this is understood to mean that courts should generally abide by precedents and not disturb settled matters.[1]
Dasar Perhutanan Negara

Perkara yang penting dalam dasar ini:
  • Pengisytiharaan Hutan Simpanan Kekal
  • Perundangan Hutan
  • Pengurusan Hutan Secara Berkekalan
Dasar Jaminan Makanan Negara (2007)
Pada tahun  2006-2007krisis makanan berlaku di Malaysia. Simpanan beras negara hanya boleh bertahan beberapa bulan sahaja sedang musim menuai lambat lagi. Harga beras dipasaran melambung tinggi. Tempoh diberi dua tahun setengah untuk negara mencapai dasar makanan yang mencukupi.
Dasar Perbandaran Negara
Dasar yang memandu / menyelaras perancangan / pembangunan perbandaran negara supaya lebih efisien dan sistematik khususnya bagi mengurus peningkatan jumlah penduduk bandar pada tahun 2020 dengan penekanan terhadap keseimbangan pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal di dalam bandar.
Dasar Sosial Negara (sambungan)
Objektif Umum :

  • Mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan mantap dari segi sosial, ekonomi dan teknologi dengan setiap anggota masyarakat diberi peluang bemutu untuk terus memperkembang potensi diri secara optimum
Objektif Khusus
  1. Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi
  2. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat
  3. Memperkukuhkan dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial
  4. Menjana senergi multisektor
Strategi
  1. Mewujudkan peluang dan kemudahan
  2. Memastikan setiap individu mendapat hak
  3. Memastikan keperluan hidup yang holistik
  4. Mengiktiraf keupayaan kanak-kanak
  5. Menentukan remaja diberi pengiktirafan
  6. Menentukkan individu 18 tahun ke atas mencapat taraf berdikari
  7. Memastikan individu dewasa diberi pengetahuan, bimbingan dan sokongan menguruskan keluarga

Pelan Integriti Negara

Pelan Integriti Nasional

Lima sasaran
  • Memerangi gejala rasuah
  • Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi kerenah birokrasi
  • Meningkatkan tadbir urus korporat, etika perniagaan dan tanggungjawab sosial korporat
  • Memantapkan institusi keluarga dan komuniti dan
  • Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat

Monday, October 25, 2010

Laman Web Rasmi Unit Perancang Ekonomi | Official Portal Economic Planning Unit - Suapan RSS

Laman Web Rasmi Unit Perancang Ekonomi Official Portal Economic Planning Unit - Suapan RSS
Pelan Tindakan Pembangunan Belia Nasional 2004

Cabutan nota RMK 9 (2006-2010)   :  Program Pembangunan Belia

14.07 Program pembangunan belia seperti latihan kepemimpinan dan kemahiran
serta kemahiran keusahawanan telah dilaksanakan oleh pelbagai kementerian
melalui persatuan belia dengan kerjasama sektor swasta dan badan bukan
kerajaan (NGO). Bagi memperkukuh pengurusan dan keupayaan pelaksanaan
agensi sektor awam yang bertanggungjawab kepada pembangunan belia, Pelan
Tindakan Pembangunan Belia Nasional telah dilancarkan pada tahun 2004.
Pelan Tindakan ini memberi penekanan kepada 11 unsur teras dalam pembangunan
belia yang merangkumi kesejahteraan sosioekonomi, bina upaya, kualiti
kepemimpinan, penyertaan dalam Program Rakan Muda, integrasi sosial dan
kesedaran politik di kalangan belia.

Tuesday, October 19, 2010

30 Jul 2009... idea penganjuran Dialog Perkongsian Pintar Global (Global) 2009 melibatkan ... tiga komponen iaitu Dialog  Antarabangsa Langkawi...
Sep 17, 2010... that the issue of redress and liability (in the context of the Cartagena Protocol on Biosafety) has been written into our Malaysian law. ...

Sarawak kekal hutan simpan

KUCHING 15 April - Sebanyak enam juta hektar hutan di negeri ini akan dijadikan kawasan hutan simpan kekal dan sejuta hektar lagi sebagai kawasan hutan terlindung sepenuhnya.

Menurutnya, di peringkat antarabangsa, kerajaan telah menandatangani sebanyak 170 Perjanjian Alam Sekitar Berbilang Hala (MEAs) dan 33 daripadanya berkaitan dengan perhutanan.
''Ia termasuk konvensyen Kepelbagaian Biologikal, 'Bio-Safety', Tanah Bencah Untuk Spesies Antarabangsa Khususnya Bagi Habitat Unggas Air (RAMSAR), Perdagangan Spesies Terancam Untuk Flora dan Fauna Liar (CITES) dan Perjanjian ASEAN dalam Pemuliharaan Alam dan Sumber Semulajadi," jelas beliau.
VIENTIANE, 28 Julai 2005 (Bernama) -- Perkongsian Asia Pasifik mengenai Pembangunan dan Iklim Bersih akan berfungsi sebagai penyumbang, dan bukan satu pilihan kepada Protokol Kyoto.

Enam anggota pengasas perkongsian, India, Jepun, China, Korea Selatan, Australia dan Amerika Syarikat berkata, perkongsian itu akan mempromosi dan membolehkan iklim itu dibangunkan, berbaur, dikerah dan memindahkan kos efektif yang ada, teknologi dan amalan yang lebih bersih untuk mencapai keputusan yang praktikal.


MPEN dan Laporan terkini

LAPORAN NEAC
By Dato Seri Najib Tun Abd Razak

Pada hari ini, kita akan mengambil satu langkah penting dalam perjalanan tersebut. Teras utama agenda polisi jangka-panjang merupakan model ekonomi baru – yang akan disepadukan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 dengan visi jangka masa yang lebih panjang yang akan dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia Ke-11. Ini akan mengubah ekonomi Malaysia menjadi satu ekonomi yang berpendapatan tinggi dan mempunyai pertumbuhan berkualiti dalam abad yang mendatang.

Bajet pertanian 2006 (Biofuel/Bionexus...etc)




Bajet untuk sektor pertanian bagi tahun 2006 adalah bajet yang telah lama ditunggu dari segi visi dan strateginya. Inti pati bajet untuk sektor ini adalah ``propertumbuhan'' yang dipandu oleh sains dan teknologi.
Walaupun sains dan teknologi adalah wahana utama yang dijangka memesatkan pertumbuhan, namun beberapa kelembapan dalam sektor pertanian dan makanan dan luar bandar ditangani serentak.

MATLAMAT utama Model Ekonomi Baru (MEB) dan MPEN

MATLAMAT utama Model Ekonomi Baru (MEB) adalah menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi dengan ciri keterangkuman dan kebolehmampanan menjelang 2020.

Saturday, October 16, 2010

Projek 5 pembangunan koridor tawar pakej lengkap kepada pelabur asing



Perasmian SCORE itu, sekali gus melengkapkan pelancaran kesemua lima koridor pembangunan wilayah, yang bermatlamat untuk mengurangkan jurang ekonomi antara wilayah di negara ini, selain membasmi kemiskinan di kalangan rakyat.

Kehadiran kelima-lima koridor pembangunan ekonomi itu, secara langsung menawarkan pakej yang lengkap bagi menarik pelaburan asing dalam pelbagai sektor, dan seterusnya membantu merangsang ekonomi negara dalam jangka panjang.

Penganalisis optimis kelima-lima koridor pembangunan ekonomi itu akan memberi kesan yang sangat positif, khususnya dalam meningkatkan taraf hidup rakyat dan membuka peluang perniagaan serta pelaburan di negara ini.

Penganalisis CIMB Investment Bank Bhd. Sharizan Rosely berkata, langkah kerajaan melaksanakan koridor-koridor pembangunan ekonomi itu adalah sesuatu yang realistik.
“Aktiviti pembangunan dalam wilayah-wilayah ini mampu menyumbang prospek pertumbuhan positif kepada sektor- sektor ekonomi dan kepada ekonomi negara dalam jangka panjang,” katanya.
Setiap koridor pembangunan ekonomi itu mempunyai fokus yang strategik, sama ada daripada segi pembangunan sosial mahupun daripada segi ekonomi, katanya.

Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), koridor pertama yang dilancarkan pada 4 November 2006 di selatan Johor, menjurus kepada mewujudkan peluang pelaburan serta pertumbuhan baru dengan sektor hartanah, infrastruktur dan pelaburan langsung asing (FDI) menjadi pemacu utama ekonomi dalam wilayah tersebut.

WPI yang diurus oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) merupakan koridor yang terbesar daripada segi nilai pelaburan yang mempunyai pelaburan keseluruhan sebanyak RM382 bilion dengan sebahagian besarnya merupakan pelaburan FDI.

Wilayah Pembangunan Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang dilancarkan pada 30 Julai 2007 pula, melibatkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara disasarkan untuk memperkasakan industri-industri utama sebagai pencetus pertumbuhan.

NCER, yang diletakkan di bawah tanggungjawab Agensi Pelaksana Koridor Utara (NCIA) menumpukan kepada sektor perkilangan, pertanian dan pelancongan melibatkan pelaburan sebanyak RM177 bilion dalam tempoh 18 tahun.

Wilayah Pembangunan Ekonomi Koridor Timur (ECER) pula dilancarkan pada 29 Oktober 2007 bertujuan untuk membasmi kemiskinan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur, melibatkan pelaburan berjumlah RM112 bilion, dengan sektor minyak dan gas, pertanian serta pelancongan menjadi pemacu bagi ekonomi di wilayah tersebut.

Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang dilancarkan pada 29 Januari lalu pula lebih berkonsepkan untuk mengenal pasti aktiviti ekonomi bernilai tinggi di Sabah.
SDC yang diletakkan di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Pembangunan Pelaburan Sabah (SEDIA) memberi tumpuan untuk membangunkan sektor pertanian, pelancongan, perkilangan dan logistik dalam tempoh 18 tahun akan datang, melibatkan pelaburan sebanyak RM105 bilion.

SCORE pula yang merupakan koridor terakhir dilancarkan lebih berkonsepkan pembangunan sumber-sumber asli di Sarawak.

SCORE yang diletakkan di bawah tanggungjawab Pihak Berkuasa Pembangunan Koridor Serantau (Recoda) itu memberi tumpuan kepada pembangunan sumber-sumber tenaga dalam tempoh 22 tahun, melibatkan pelaburan sebanyak RM334 juta.

“Kesemua koridor yang dilancarkan oleh kerajaan itu memiliki konsep yang berlainan dan disasarkan untuk wilayah terbabit sahaja bagi memberi impak yang lebih berkesan.

“Sehubungan itu, kami yakin sasaran utama koridor-koridor ini untuk mencapai pembangunan seimbang, akan terlaksana,” kata Sharizan.

‘‘Tenaga merupakan teras utama Koridor Sarawak dan menjadi elemen terpenting bagi menjayakan pembangunan koridor ini. Sesungguhnya pembangunan tenaga hidro, arang batu, petroleum dan gas mempunyai potensi besar untuk dibangunkan.

Malas???

Malas???
Jom Kita Lawan Malas Tu...!!!

ALQURAN n Business online

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com