Showing posts with label GTP. Show all posts
Showing posts with label GTP. Show all posts

Saturday, September 3, 2011

Ringkasan Eksekutif Dasar Dasar oleh Dato Sri Najib Tun Abd Razak

1Malaysia, Rakyat Didahulukan,.
Bagi menghadapi segala cabaran yang menghalang kita daripada mencapai Wawasan 2020,

Komitmen kepada Program Transformasi Kerajaan (GTP) selaras dengan prinsip
Pencapaian Diutamakan telah di rancangkan

Pelan hala tuju ini memperincikan objektif, keberhasilan dan set tindakan permulaaan – dalam bidang yang dikenal pasti sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) – dengan fokus yang khusus pada tahun 2010.

Seiringan dengan GTP, Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) sedang membentuk Model Ekonomi Baru,
 dan Unit Perancang Ekonomi (EPU) sedang membangunkan Rancangan Malaysia ke- 10 (RMK-10).

Untuk mendapatkan gambaran menyeluruh strategi Kerajaan, pelan hala tuju ini seharusnya dibaca bersama Model Ekonomi Baru dan RMK-10 yang telah dibentangkan pada jun 2010.

1Malaysia dan satu lagi ditubuhkan bagi meneliti pengurusan data bagi segala usaha ini.
GTP diketuai oleh Perdana Menteri dan barisan Kabinet, didukung oleh Ketua Setiausaha Negara dan pegawai perkhidmatan awam yang lain.

 Pelan hala tuju ini dirangka oleh Menteri Perpaduan dan Pengurusan Prestasi serta Ketua Pegawai Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU).

Bagi membentuk dan memperincikan sasaran, garis masa dan inisiatif, kami menubuhkan lapan pasukan yang berdedikasi di kalangan agensi (terdiri dari 250 pegawai perkhidmatan awam), digelar Makmal – satu bagi setiap enam NKRA, satu bagi

Perdana Menteri, Menteri Kabinet dan pemimpin tertinggi perkhidmatan awam meluangkan banyak masa dengan setiap Makmal, bagi memantau kemajuan dan mencabar para peserta untuk meninggikan sasaran dan mempercepatkan masa pelaksanaan.

GTP telah dibahagikan kepada tiga fasa, dan kami komited untuk menyampaikan keberhasilannya dalam setiap fasa dari segi


Dalam Fasa 1 (2010 – 2012), objektif segera kami adalah untuk menentukan satu enjin baru bagi melaksanakan perubahan dan menyampaikan keberhasilan yang besar dengan cepat kepada rakyat. Ini termaksuklah penetapan dan penyampaian sasaran dalam NKRA dan MKRA untuk menangani perkara yang diutamakan oleh rakyat.


Dalam Fasa 2 (2012-2015), transformasi kerajaan akan lebih melebar dan mendalam. Pada ketika itu, aspek penting kehidupan harian (ditakrifkan dalam NKRA dan MKRA) sudah menjadi lebih baik dengan ketara. Seterusnya, diharapkan struktur ekonomi negara dapat berkembang sejajar dengan Model Ekonomi Baru ke sektor yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.

Dalam Fasa 3 (2015-2020)
, harapan kita ialah kita sudah berjaya mencipta perubahan asas bagi masyarakat Malaysia, seperti yang dibayangkan oleh Wawasan 2020. Rakyat akan mengalami suatu perasaan baru sebagai rakyat Malaysia, dengan tahap kemakmuran yang lebih tinggi dan kualiti perkhidmatan awam yang lebih baik. Dijangkakan, kerajaan akan menjadi lebih kecil dan lebih tangkas, dan bekerja rapat dengan sektor swasta bagi menyampaikan perkhidmatan awam yang cekap.
1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Program Transformasi Kerajaan (GTP)

YAB Perdana Menteri telah memperkenalkan model ‘Transformasi Baru’ secara ‘Lonjakan Berganda’. Melalui model ini kerajaan telah menukilkan Empat Tiang Utama (ETU) : Pertama, iaitu satu falsafah induk sebagai panduan yang bersifat merentas dasar serta pelaksanaan iaitu Gagasan 1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kedua, iaitu satu prakarsa teras peranan kerajaan iaitu Program Transformasi Kerajaan. Ketiga, iaitu Model Baru Ekonomi dan Keempat, iaitu Rancangan Malaysia Kesepuluh adalah merupakan dua inisiatif ekonomi bagi memeta hala tuju jangka panjang, sederhana dan jangka pendek negara. Bagi menyangga ETU di atas, ianya perlu didokong pula oleh Empat Tiang Nilai Asas Pelengkap (ETNAP). Pertama, iaitu Nilai (Membudayakan) Kreativiti dan Inovasi, Kedua, iaitu Nilai (Mementingkan) Kepantasan Bertindak dan Membuat Keputusan. Ketiga, iaitu Nilai Untuk Wang dan Keempat, iaitu Nilai Integriti. ETU dan ETNAP ini merupakan model Lapan Tonggak Perdana (LTP) pentadbiran baru YAB Perdana Menteri.


Apakah Program Transformasi Kerajaan (GTP)?


Program Transformasi Kerajaan (GTP) diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak pada bulan April 2009, dan akan diterajui oleh beliau. Dua objektif GTP adalah – pertama, untuk mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat; dan kedua, memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua. Ini sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020 – untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya.


Enam NKRA telah dikenalpasti untuk menuju ke arah transformasi Kerajaan dan ianya adalah:


Malas???

Malas???
Jom Kita Lawan Malas Tu...!!!

ALQURAN n Business online

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com