KUALA LUMPUR: Profesionalisme perguruan, kebajikan dan kemahiran guru menjadi topik paling popular dalam siri Dialog Nasional Pendidikan Negara (DNPN) dan perbincangan meja bulat yang diadakan di seluruh negara setakat ini. Kira-kira 27 peratus responden terbabit dalam lapan siri DNPN dan tujuh perbincangan meja bulat sejak April lalu 2012, menyentuh aspek itu, manakala 14 peratus lagi mengenai aspirasi sistem pendidikan dan pembangunan modal insan.
Selepas semua maklumat dikumpul, dinilai dan dirumuskan, satu laporan akhir disediakan yang kemudian akan digunakan untuk menentukan hala tuju pendidikan baru negara. - Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana MenteriTopik popular lain ialah kualiti sekolah (12 peratus), kepimpinan sekolah (11 peratus), kurikulum dan pentaksiran (10 peratus), peranan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta (sembilan peratus), kapasiti dan keupayaan sistem penyampaian (tujuh peratus), kecekapan dan keberkesanan penggunaan sumber (lima peratus), kemahiran bahasa (tiga peratus) dan peluang lepasan menengah (satu peratus).