Dasar Kebajikan Masyarakat Negara
MUKADIMAH
Kehidupan masyarakat kian menjadi rumit akibat perubahan sosial yang semakin pesat. Keadaan ini mengakibatkan tekanan hidup bagi individu, keluarga, kelompok dan komuniti dalam manghadapi berbagai-bagai masalah sosial. Masalah sosial yang mendesak, yang boleh mengganggu kesejahteraan negara semakin bertambah dengan meningkatnya kadar penjenayahan, pelacuran, penderaan kanak-kanak, keciciran dan kenakalan di kalangan murid sekolah, kenakalan juvana, keganasan dalam keluarga, penceraian, pengangguran, pelarian kanak-kanak, penganiyaan terhadap orang tua, penyalahgunaan dadah, belia berpeleseran dan sebagainya.