KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Seperti yang dijangkakan, Model Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pagi Selasa, akan membuka lebih banyak peluang bagi pelaburan sektor swasta dengan penjualan kepentingan dalam beberapa syarikat berkaitan kerajaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Yusli Mohamed Yusoff, berkata pengumuman mengenai penjualan selanjutnya aset bukan teras kerajaan dan membenarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja menambah pelaburan di luar negara untuk menyediakan lebih banyak ruang bagi pelabur-pelabur baharu dalam pasaran domestik adalah sejajar dengan apa yang dicadangkan oleh kerajaan.
Beliau berkata Bursa Malaysia berharap dapat menyaksikan apungan bebas syarikat-syarikat tersenarai sebanyak lebih daripada 50 peratus pada masa akan datang, tetapi ia tidak akan menjadikannya mandatori kerana tahap 25 peratus sekarang mencukupi.
Juga harus ada lebih banyak pelabur strategik yang baik, yang boleh menambah nilai kepada perniagaan untuk memasuki pasaran, bukan hanya perniagaan portfolio, katanya.
KWSP yang melabur enam peratus daripada asetnya di luar negara, akan ibenarkan menambah pelaburannya di luar negara bagi mempelbagaikan portfolionya dan memberikan lebih banyak ruang bagi peserta baharu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa mengumumkan MEB pada persidangan Invest Malaysia 2010, di sini hari ini.
Showing posts with label GLC dan Swasta. Show all posts

Thursday, July 28, 2011
Dasar Penswastaan dan Persyarikatan Malaysia
Dasar-dasar mesra pelabur dan industri
Dasar Penswastaan negara diperkenalkan pada tahun 1983, semasa dalam tempoh RMK4, yang bertujuan supaya sektor swasta, pengusaha tempatan dan kerajaan bersama-sama memikul tanggunjawab memajukan negara. Melalui dasar ini, kepentingan atau pelaburan kerajaan dipindahkan kepada sektor swasta. Pada tahun yang sama, kerajaan Malaysia juga memperkenalkan Dasar Persyarikatan Malaysia bertujuan menggalak kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam membangun ekonomi negara. Kedua-dua dasar ini memberi impak yang besar sama ada positif atau negatif sehingga pada hari ini.
Di bawah Dasar Perindustian Berat, kerajaan Malaysia menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada 1980. HICOM ditugaskan untuk mengurus industri berat seperti Kedah Cement Sdn Bhd dan kilang besi PERWAJA (GLC) di Kemaman, Terengganu. Menurut Perdana Menteri ketika itu, dasar perindustrian berat mempunyai serampang dua mata iaitu mewujudkan projek industri berat itu sendiri dan meningkat keupayaan industri sokongan atau mengwujudkan industri-industri baru[2]. Pengenalan dasar ini membawa kepada penubuhan Proton yang memacu industri otomobil negara pada tahun 1983.
Pemilikan saham
RMK4 juga bertujuan menyeimbangkan pemilikan saham dan harta antara bumiputera dan bukan bumiputera. Ini dilakukan dengan penubuhan Permodalan Nasional Bhd (GLC) dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) pada tahun 1981.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Malas???
Jom Kita Lawan Malas Tu...!!!