Peguam
Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menjelaskan bahawa tiada peruntukan yang
membolehkan seseorang itu didakwa mengikut Akta Kesalahan Keselamatan
(Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Abdul
Gani berkata akta yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu
tidak sama seperti Kanun Keseksaan dan sesetengah pengamal media serta orang
awam keliru mengenainya terutama dalam kes melibatkan pencerobohan Lahad
Datu.
"Adalah
kurang tepat apabila dikatakan tertuduh didakwa di bawah SOSMA, saya harap
tuan-tuan (media) dapat maklumat ini supaya orang ramai dapat diberikan berita
yang tepat," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau hari
ini.
SOSMA
adalah akta yang boleh digunakan untuk mengekalkan ketenteraman awam dan
keselamatan oleh polis dan ia tidak menetapkan sebarang hukuman seperti Kanun
Keseksaan.
Ia
memberi kuasa kepada pegawai polis untuk menahan tanpa waran, menangkap dan
menahan mana-mana orang berkenaan yang dipercayai terlibat dalam kesalahan
keselamatan.
Mereka
boleh ditahan untuk tempoh 24 jam dan sekiranya memerlukan siasatan lanjut,
pihak polis boleh melanjutkan tempoh tahanan sehingga 28
hari.
Menerusi
akta ini juga, mereka yang ditahan tidak boleh dijamin apabila didakwa di
mahkamah. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment