Kes balak: MB Pahang diarah bayar RM63j
KUANTAN 20 April - Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob melunaskan bayaran RM63 juta kepada syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn. Bhd. (Seruan Gemilang) dalam tempoh 14 hari mulai hari ini.Bayaran itu berhubung satu kes melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di Mukim Bebar, Pekan.
Perintah itu dikeluarkan Hakim Datuk Abd. Halim Aman selepas membenarkan permohonan difailkan pihak pemohon bagi mendapatkan relif iaitu suatu perintah mandamus (memaksa pihak berkuasa mematuhi perintah mahkamah) terhadap Adnan.