Mengembangkan bekalan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan berpengetahuan untuk membantu pembangunan ekonomi yang berdasarkan pengetahuan dan latihan. Sistem pendidikan akan diorientasikan semula untuk membolehkan pelajar memperolehi pengetahuan yang tinggi serta kemahiran berfikir dan keusahawanan.
Menambahkan kemudahan pendidikan dan latihan yang berkualiti untuk mempertingkatkan keupayaan menjana pendapatan dan kualiti hidup. Kemudahan pendidikan akan bertambah melalui pembinaan sekolah berpusat di kawasan pendalaman serta kemudahan, infrastruktur dan guru terlatih yang mencukupi.
Menambahkan kemudahan terhadap kualiti pendidikan dan sistem latihan untuk memastikan bekalan tenaga kerja sejajar dengan perubahan teknologi dan permintaan pasaran. Kurikulum sekolah akan disemak semula untuk menjana kreativiti dan pembelajaran sendiri di antara pelajarnya, berserta kemasukan aspek pengetahuan dan teknologi baru dan kaedah mengajar yang lebih inovatif.
Mengalakkan pembelajaran seumur hidup untuk meningkatkan kebolehan untuk diambil bekerja dan produktiviti tenaga buruh. Majikan akan digalakkan untuk mempromosikan pembelajaran seumur hidup melalui latihan dan latihan semula untuk melengkapkan pekerja dengan kemahiran dan pengetahuan baru.
Mengoptimumkan penggunaan buruh tempatan. Usaha akan dijalankan untuk menambahkan lagi penyertaan kaum wanita ke dalam tenaga buruh dengan mewujudkan kemudahan seperti tadika dan memastikan peluang yang lebih mudah untuk mereka mendapat latihan. Usaha juga akan dibuat untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.
Menambahkan bekalan tenaga kerja S&T. Kapasiti program pendidikan dan latihan S&T akan dibesarkan lagi dan pendaftaran akan ditambah untuk mencapai nisbah 60:40 pelajar Sains kepada Sastera bagi mewujudkan jumlah kritikal bagi kakitangan S&T yang diperlukan.
Mempercepatkan perlaksanaan Sistem Penggajian Mengikut Produktiviti (PLCS). Pengambilan Garis Panduan untuk satu Sistem Penggajian Mengikut Produktiviti diwujudkan pada tahun 1996 akan dipesatkan lagi menerusi seminar, bengkel dan lawatan syarikat. Pangkalan data rangkaian dalam talian atas tanda aras produktiviti di dalam sektor pembuatan dan pertanian akan diperluaskan lagi untuk merangkumi sektor lain.
Memperkukuhkan sistem maklumat pasaran buruh untuk meningkatkan mobiliti tenaga buruh. Perlaksanaan pejabat buruh berelektronik dengan sistem maklumat pasaran buruh yang bersepadu sepenuhnya, koheren dan dinamik akan dipercepatkan.
Memperbanyakkan lagi usaha untuk membangunkan dan mempromosikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan wilayah. Universiti tempatan dan swasta akan digalakkan untuk mewujudkan dan membangunkan pusat kecemerlangan yang setanding dengan universiti terkemuka.
Menekankan nilai positif. Usaha akan dipertingkatkan untuk menyemai nilai positif menerusi sistem pendidikan dan latihan. Nilai-nilai ini termasuk etika baik, tekun, berintegriti, bertolak ansur, bersyukur, hormat kepada pihak berkuasa, tepat pada waktu, dan mengejar kecemerlangan adalah ciri-ciri tenaga kerja yang berkualiti tinggi.
No comments:
Post a Comment