Skim Pentaksiran
Peperiksaan bagi mata pelajaran Pengajian Am terdiri daripada empat kertas, iaitu Kertas 900/1, Kertas 900/2, Kertas 900/3, dan Kertas 900/4.
Kertas 900/1
Kertas ini merupakan kertas peperiksaan pada penggal pertama. Kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A terdiri daripada 15 soalan aneka pilihan, Bahagian B terdiri daripada empat soalan struktur dan Bahagian C terdiri daripada tiga soalan esei. Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B, dan dua soalan dalam Bahagian C.
Kertas 900/2
Kertas ini merupakan kertas peperiksaan pada penggal kedua. Kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A terdiri daripada empat soalan struktur, Bahagian B terdiri daripada dua soalan alih bentuk komunikasi, dan Bahagian C terdiri daripada dua soalan esei. Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A, satu soalan dalam Bahagian B dan satu soalan dalam Bahagian C.
Kertas 900/3
Kertas ini merupakan kertas peperiksaan pada penggal ketiga. Kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A terdiri daripada 15 soalan aneka pilihan, Bahagian B terdiri daripada dua soalan analisis data/carta/gambar, dan Bahagian C terdiri daripada tiga soalan esei. Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A, satu soalan dalam Bahagian B, dan dua soalan dalam Bahagian C.
Kertas 900/4
Kertas ini merupakan kerja projek yang wajib dilaksanakan oleh calon STPM sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, dan calon persendirian individu. Kerja projek ini akan dilaksanakan pada penggal kedua dan menjadi sebahagian komponen pentaksiran penggal kedua. Calon mesti melaksanakan semua aspek berkaitan kerja projek seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Pentaksiran bagi kertas ini untuk calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan akan dijalankan oleh guru sekolah, manakala pentaksiran untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian individu akan dijalankan oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM.
Wajaran pentaksiran bagi komponen kerja projek ini adalah sebanyak 20% daripada markah keseluruhan kertas Pengajian Am.
Rumusan tentang penggal pengajian, kod dan nama kertas soalan, jenis ujian (bilangan soalan yang dikemukakan), markah (wajaran), masa ujian, dan pentadbiran ujian adalah seperti yang dinyatakan pada jadual di bawah ini.
Skim Pentaksiran Penggal Pengajian | Kod dan Nama Kertas | Jenis Ujian | Markah (Wajaran) | Masa | Pentadbiran |
Penggal Pertama | 900/1 Pengajian Am 1 | Ujian Bertulis Bahagian A: Soalan aneka pilihan 15 soalan diberikan Jawab semua soalan Bahagian B: Soalan berstruktur 4 soalan diberikan Jawab semua soalan Bahagian C: Soalan esei 3 soalan diberikan Jawab 2 soalan daripada 3 soalan | 80 (29%) 15 15 50 | 2 jam | Pentaksiran berpusat |
Penggal Kedua | 900/2 Pengajian Am 2 | Ujian Bertulis Bahagian A: Soalan berstruktur 4 soalan diberikan Jawab semua soalan Bahagian B: Soalan alih bentuk komunikasi 2 soalan diberikan Jawab 1 soalan daripada 2 soalan Bahagian C: Soalan esei 2 soalan diberikan Jawab 1 soalan daripada 2 soalan | 60 (22%) 15 20 25 | 1½ jam | Pentaksiran berpusat |


