Thursday, August 2, 2012

Respond Pm kepada Usul Undi Tidak Percaya Terhadapnya

PM sangkal usul undi tidak percaya


Mac 18 2008
 
 
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menyangkal khabar angin mengenai wujudnya rancangan mengadakan undi tidak percaya terhadap beliau.

Sebaliknya, kata Abdullah, beliau mendapat sokongan padu Umno.

Perdana Menteri juga berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.
abdullah ahmad badawi pak lahMenurut Bernama, beliau berkata demikian semasa ditanya mengenai spekulasi adanya usaha mengusulkan undi tidak percaya terhadap beliau di perhimpunan agung Umno - dijangka diadakan pertengahan tahun ini - dan juga hubungannya dengan Najib.

"Apa yang saya tahu, saya masih di sini. Saya telah diberikan satu mandat yang amat kukuh, saya percaya... hanya kurang lapan kerusi untuk mendapat majoriti dua pertiga.

"Saya bukannya seorang yang lari daripada mandat yang telah diberikan kepada saya.

"Mereka (pengundi) telah memberikan saya undi mereka dan adalah menjadi hasrat saya untuk meneruskannya.

"Saya mendapat sokongan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN)," katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan barisan Kabinetnya di Perdana Putra di Putrajaya.

Mengenai hubungannya dengan Najib, beliau berkata: "Saya mempunyai hubungan paling baik dengan Najib.

"Anda yang bertanya mengenainya... orang membuat tuduhan mengenai banyak perkara."

Usul undi tidak percaya kepada PM - Contoh Cubaan Untuk Usul Tidak Percaya (Malaysia Kini) .

Usul tidak percaya terhadap PM


Jun 18 2008

Ahli Parlimen Parti Progresif Sabah (SAPP) - salah sebuah parti komponen BN di negeri itu - akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Badawi apabila Dewan Rakyat bersidang Isnin ini.


sapp sabah pc 180608











Ini merupakan kali pertama dalam sejarah negara, usul tidak percaya akan dikemukakan terhadap perdana menteri.
"Sewaku sidang Dewan Rakyat mulai Isnin ini, 23 Jun, ahli-ahli Parlimen kita akan menyokong undi tidak percaya kepada PM.

"Sama ada usul itu akan dikemukakan oleh ahli Parlimen kita atau ahli Parlimen lain, akan diputuskan bila tiba masanya," kata satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

SAPP mempunyai dua ahli Parlimen - Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawai) dan Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) - dan empat ahli dewan undangan negeri.
sapp eric majimbun





Majimbun (kiri) yang kini berada di luar negeri, telah menyatakan sokongannya terhadap keputusan parti itu dengan menandatangan kenyataan tersebut.

sapp dr chua soon bui
Chua (kanan), yang hadir di sidang akhbar tersebut di Kota Kinabalu memberi empat sebab mengapa beliau menyokong usul tidak percaya terhadap PM itu.


bullet buttonWalaupun seruan demi seruan dibuat oleh SAPP kepada perdana menteri berkaitan dengan isu pendatang tanpa izin, namun tidak ada tindakan konkrit yang telah diambil dan ia menyebabkan "kedaulatan kita terancam".

bullet buttonKenaikan harga bahan api yang dibuat tanpa perancangan, telah membebabkan rakyat Malaysia, khasnya di Sabah (negeri termiskin di Malaysia) mengakibatkan 16 peratus kumpulan miskin, menjadi miskin tegar.

bullet button Merasa gagal dalam melaksanakan tanggungjawab selaku pemimpin yang dipilih oleh rakyat sekiranya ketidakpuasan hati rakyat Sabah terhadap sistem penyampaian yang tidak cekap, rasuah, pembaziran, tiada ketelusan dan akauntabiliti diketepikan. Perkara yang sama juga telah disuarakan oleh pemimpin Umno seperti Datuk Ghapur Salleh, Datuk Anifah Aman dan Datuk Bung Mokhtar.

bullet button Rakyat telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan di bawah Datuk Abdullah Ahmad Badawi. SAPP juga berpendapat bahawa sekiranya pemimpin atasan tidak boleh melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan, ia seharusnya berundur dan memberi laluan kepada pemimpin lain mengambil alih.


Manakala Majimbun pula dalam kenyataan berkata: "Memandangkan berlakunya percanggahan tarikh yang telah diputuskan dalam pembubaran Parlimen dan kenaikan harga minyak yang secara mengejut dan mendadak serta ketetapan terhadap isu-isu mengenai Sabah yang tidak diberi keputusan dengan jelas, maka dengan ini,s aya mengisytiharkan tidak mempunyai kepercayaan terhadap kepimpinan perdana menteri."


Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee berkata parti itu tidak akan keluar pada masa ini dari BN yang dipimpin oleh Abdullah, tetapi statusnya akan disemak pada hujung minggu ini.
Beliau mengkritik rekod BN di Sabah, dengan berkata negeri itu dikenakan undang-undang yang tidak adil dan cukai yang keterlaluan.


"Itulah sebabnya kita perlu membuat segera pengisytiharan tidak percaya kepada PM dan kerajaan, untuk memberitahu kerajaan BN bahawa kita tidak boleh lagi bertolak ansur dengan sikap mereka yang tidak sensitif terhadap isu-isu yang amat serius di Sabah," katanya dalam satu sidang akhbar di ibupejabat parti itu pada jam 2 petang tadi.

Keputusan Jumaat ini?


Pengumuman hari ini dilihat sebagai satu tindakan pertama oleh parti komponen BN itu untuk meninggalkan BN.


"Hari ini hanyalah langkah pertama. Mungkin tidak ada yang melompat sekarang," kata satu sumber.


Sementara itu, tinjauan pendapat dalam blog SAPP juga menunjukkan sikap di peringkat akar umbi mengenai perkara tersebut. Tinjauan itu bertanya kepada orang ramai sama ada parti itu perlu kekal dalam BN, meninggalkan BN tetapi menjadi parti bebas, atau menyertai Pakatan Rakyat.


Daripada 2,052 orang yang melayari blog itu sehingga tengahari tadi, seramai 85 peratus atau 1,749 orang, mahu SAPP menyertai Pakatan, 242 atau 11 peratus (tinggalkan BN dan jadi bebas) . Hanya 2 peratus (61) mahu SAPP kekal dalam BN.

Wednesday, August 1, 2012

Mahkamah Sesyen Intelek dan Khas Trafik

Hakim Besar Sabah & Sarawak

Printer-friendly version


YAA Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum
Hakim Besar Sabah & Sarawak

PSM, SPSK, SSAP, SIMP, SPDK, PGDK

PROFIL
YAA Tan Sri Richard Malanjum dilahirkan pada 13 Oktober 1952 di Tuaran Sabah. Beliau memulakan persekolahannya di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Buit dan di Sekolah Rendah Sacred Heart Kota Kinabalu dan menghabiskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah La Salle, Kota Kinabalu, Sabah.



      YAA Tan Sri kemudian memulakan kerjayanya sebagai kerani di Jabatan Pelajaran, Jabatan Pertanian, Jabatan Televisyen dan Radio dan Pejabat Kebajikan sebagai Pegawai kebakikan Negeri. Pada Julai 1972, beliau telah melanjutkan pelajaran ke d Insititut Teknologi Mara (dikenali sekarang sebagai Universiti Insititut Teknologi Mara) sebagai pelajar luar kampus University of London dalam bidang Undang-Undang serta dianugerahkan Bachelor of Laws (LL.B). YAA Tan Sri Berjaya menghabiskan kursusnya dalam masa 3 tahun dan dianugerahkan Ijazah Kepujian Kelas Kedua pada Ogos 1975 sebagai pelajar terbaik undang-undang Institut. Beliau menerima anuerah tersebut daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad, Menteri Pendidikan pada masa itu.

      Dengan kelulusan dalam bidang-bidang undang-undang, YAA. Tan Sri dilantik sebagai Pegawai Pentadbir di Jabatan Ketua Menteri Sabah tetapi ditugaskan sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara, Sabah. Beliau juga berkhidmat sebagai pensyarah sambilan dalam bidang undang-undang di Insititut Teknologi Mara (Kampus Sabah). Setelah berkerja buat sementara bagi menampung perbelanjaan untuk melanjutkan pelajaran, pada April 1976 beliau berhijrah ke London dan berjaya menghabiskan pengajian “Bar-at-Law” pada tahun yang sama. Kemudian beliau di panggil ke “The English Bar of the Honourable Society of Gray’s Inn” di London. Pada November 1977, Y.A.A. Tan Sri dilantik sebagai Peguamcara ke Majlis Peguam, Sabah dan ke “The Australian Capitol Territory”(ACT) Bar pada tahun 1991. Sekembalinya dari London, YAA Dato’ kembali berkhidmat di Pejabat Peguam Negara, Sabah sebagai Timbalan Pendakwa Raya dan Peguam Persekutuan. Pada Ogos 1981, YAA Tan Sri, telah menyertai kerjaya guaman persendirian di Kota Kinabalu yang berjaya sehingga beliau dilantik Pesuruhjaya Kehakiman pada Mac 1992.

YAA Tan Sri, adalah anak kelahiran bumiputera Sabah yang pertama dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi di dalam negara. Pada umur 52 tahun, beliau adalah Hakim Mahkamah Persekutuan yang termuda dilantik ke jawatan tersebut. Pada 26 Julai 2006, pada umur 53 tahun, YAA Tan Sri menjadi rakyat Sabah yang pertama diangkat sebagai Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak. Sebelum ini, jawatan tersebut dipenuhi oleh seorang British, atau dari Semenanjung Malaysia atau Hakim Sarawak.

YAA Tan Sri Richard Malanjum mempunyai 3 orang anak, Jessica, Edgar dan Carl.


ALAMAT


Pejabat Utama :
Hakim Besar Sabah & Sarawak
Kamar Hakim Besar Sabah & Sarawak
Jalan Gersik,
93050 Petra Jaya
SARAWAK



Pejabat Putrajaya :
Hakim Besar Sabah & Sarawak
Kamar Hakim Besar Sabah & Sarawak
Istana Kehakiman
Presint 3,
62506 PUTRAJAYA



Pejabat Sabah :
Hakim Besar Sabah & Sarawak
Kamar Hakim Besar Sabah & Sarawak
Mahkamah Tinggi Sabah,
88809 Kota Kinabalu,
SABAH

Ketua Hakim Besar Malaya

Hakim Besar Malaya
 
Printer-friendly version


YAA Tan Sri Dato' Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin
Hakim Besar Malaya
PSM, SPMP, DPMP, SMJ, PIS
PROFIL
Yang Amat Arif Tan Sri Dato’ Seri Zulkefli bin Ahmad Makinudin dilahirkan pada 28 Mac 1951 di Ipoh, Perak. Yang Amat Arif telah mendapat pelajaran awal di St. Michael’s Institution, Ipoh, Perak dan Maktab Tentera Di-Raja, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Yang Amat Arif kemudian telah melanjutkan pelajarannya ke Universiti Malaya, Kuala Lumpur dalam bidang undang-undang dan telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB)(Hons). Selepas itu Yang Amat Arif telah memperolehi Ijazah Sarjana Undang-Undang (LLM) University College dari University of London.

Selepas tamat pelajaran Yang Amat Arif telah menyertai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. Antara jawatan-jawatan yang telah disandang adalah seperti berikut:
  1. 15.7.76 – 30.10.76 - Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara, Kuala Lumpur.
  2. 1.11.76 – 31.12.78 - Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Kastam Dan Eksais Di-Raja, Kuala Lumpur.
  3. 1.1.79 – 15.6.82 - Peguam Persekutuan, Jabatan Hasil Dalam Negeri, Kuala Lumpur.
  4. 16.6.82 – 30.9.82 - Penasihat Undang-Undang, Kementerian Perdagangan Dan Perusahaan, Kuala Lumpur.
  5. Mengikut Kursus Ijazah Sarjana Undang-Undang (LLM) di University College, University of London selama satu (1) tahun daripada 1.10.82 hingga 31.9.83 dan memperolehi Ijazah Sarjana Undang-Undang (LLM).
  6. 15.10.83 – 31.10.84 - Penasihat Undang-Undang, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kuala Lumpur.
  7. 1.11.84 – 31.5.85 - Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Hasil Dalam Negeri, Kuala Lumpur.
  8. 1.6.85 – 31.12.87 - Timbalan Pendakwa Raya (Peguam Kanan Persekutuan) Sarawak, Kuching, Sarawak.
  9. 1.1.88 – 15.2.92 - Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Darul Takzim, Johor Bahru.
  10. 16.2.92 – 30.11.92 - Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor Darul Ehsan, Shah Alam.
  11. 1.12.92 – 31.10.94 - Pengerusi Lembaga Penasihat, Jabatan Perdana Menteri, Taiping, Perak.
  12. 1.11.94 – 11.1.96 - Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi, Malaya.
  13. 12.1.96 – 16.6.2005 - Hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Tinggi, Malaya.
  14. 17.6.2005- 4.9.2007 - Hakim Mahkamah Rayuan, Mahkamah Rayuan Malaysia.
  15. 5.9.2007 - 13.9.2011- Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Persekutuan Malaysia.
  16. 12.9.2011 sehingga kini - Hakim Besar Malaya
Yang Amat Arif juga telah memegang beberapa jawatan seperti berikut:
  • Pengerusi Lembaga Rayuan Kepada Lembaga Jurutera Malaysia dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selama tiga tahun mulai 1.6.2001.
  • Ahli Majlis Penasihat Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya.
  • Anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.
  • Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.
  • Hakim kepada kebanyakan Mahkamah Moot yang dikendalikan oleh Universiti di Malaysia.

Yang Amat Arif juga telah menghadiri dan mewakili Badan Kehakiman Malaysia di Forum dan Seminar Antarabangsa seperti berikut:

  • The Study Tour of California Judicial/Legal Systems in San Francisco, San Diego and Los Angeles. (14 to 25 July 2002).
  • The “50th Anniversary of the New York Convention: Challenges for the Judiciary” Conference in Beijing, China on 12 December 2008 and presented a paper entitled “Enforcement Of Foreign Arbitral Awards And Judgments In Malaysia – The Extent Of Success In Its Execution As Seen From The Development Of Case Laws” [2009] 1 CLJ xxxv.

Yang Amat Arif telah dianugerahkan dengan Darjah Kebesaran Pingat Ibrahim Sultan (PIS) pada tahun 1990, Setia Mahkota Johor (SMJ) pada tahun 1992 dan Dato’ Paduka Mahkota Perak (DPMP) pada tahun 1996.

Yang Amat Arif telah mendirikan rumah tangga dengan Datin Rohani Bt. Mohamed Kassim dan mempunyai lima orang anak iaitu, Rafizul Elmi, Rashidi Elmi, Razman Elmi, Zuraida Elma dan Zuhaila Elma.
ALAMAT
Kamar Hakim Mahkamah Tinggi Malaya
Mahkamah Persekutuan Malaysia
Aras 5 Selatan, Istana Kehakiman, Presint 3

62506 PUTRAJAYA

Ketua Hakim Negara

Printer-friendly version


YAA Tun Arifin bin Zakaria (Dato' Lela Negara)
Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan Malaysia

SSM, PSM,DUPN, SPCM, SPSK, SPMP, DPCM, DPMK

PROFIL



Dilahirkan pada 1.10.1950 di Kg. Repek, Pasir Mas, Kelantan.
Nama Bapa : Zakaria bin Senik
Nama Ibu : Wan Zainab binti wan Yusoff

Pendidikan awal

  • Sekolah Melayu Tiang Chandi, Repek, Pasir Mas;
  • Sekolah Melayu Gual Periok, Pasir Mas;
  • Sultan Ibrahim Primary School, Pasir Mas;
  • Sultan Ibrahim Secondary School, Pasir Mas;
  • Sultan Ismail College, Kota Bharu.
Pendidikan Tinggi

      
Pada tahun 1971 beliau telah melanjutkan pelajaran ke University of Sheffield, United Kingdom dalam bidang undang-undang dan dianugerahkan ijazah LLB (Hons) dalam tahun 1974. Pada tahun yang sama beliau telah menyertai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan. Antara jawatan yang telah disandang beliau adalah termasuk sebagai Peguam Persekutuan Mahkamah Tinggi Malaya. Pada tahun 1978 beliau telah dilantik sebagai Penasihat Undang-Undang, Kementerian Perusahaan Utama sebelum melanjutkan pelajaran ke United Kingdom. Pada tahun 1978 beliau telah mengikuti kursus LLM di University College London dalam bidang undang-undang percukaian dan pada masa yang sama mengikuti kursus Bar Final. Lulus Bar Final Examination tahun 1979 dan telah diterima masuk sebagai Barrister oleh Lincoln’s Inn. Pada tahun yang sama beliau telah dianugerahkan ijazah LLM oleh university of London.

      
Sepulangnya dari pengajian beliau telah memegang beberapa jawatan penting dalam Kerajaan termasuk Peguam Kanan Persekutuan Di Jabatan Peguam Negara dan Jabatan Hasil Dalam Negeri. Pada tahun 1981 beliau telah dilantik sebagai Penasihat Undang-undang Negeri Melaka sehingga1983. Kemudiannya beliau telah berpindah ke Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai Penasihat Undang-Undang Parlimen. Jawatan terakhir yang disandangnya di dalam perkhidmatan awam ialah sebagai Ketua Bahagian Undang-Undang Di Jabatan Hasil Dalam Negeri. Sepanjang di dalam perkhidmatan kerajaan, beliau telah mewakili Kerajaan Malaysia di dalam rundingan antara bangsa seperti “International Tin Agreement” dan perjanjian-perjanjian cukai dua hala.

      
Pada 1.3.1992 beliau telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman. Dua tahun kemudian dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya. Pada tahun 2002 dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan pada tahun 2005 dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan. Perlantikan Yang Amat Arif sebagai Ketua Hakim Negara adalah pada 12.09.2011. Beliau juga dilantik ke beberapa badan lain sepanjang perkhidmatannya sebagai Hakim iaitu :
  • Anggota Panel Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Kelantan;
  • Hakim Mahkamah Khas menurut Perkara 182(1) Perlembagaan Persekutuan;
  • Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman & Perundangan;
  • Ahli Lembaga Kelayakan Di Bawah Seksyen 7(b) Akta Profession Undang-Undang 1976;
  • Ahli Jawatankuasa Kaedah-Kaedah Mahkamah dan Kaedah-Kaedaah Mahkamah Rendah.
Sebagai penghargaan kepada perkhidmatan beliau kepada Negara beliau telah dianugerahkan darjah-darjah kebesaran berikut:
  • Darjah Utama Pangkuan Negeri (Pulau Pinang) D.U.P.N (14.07.2012)
  • Darjah Seri Setia Mahkota Malaysia (Persekutuan) S.S.M (02.06.2012)
  • Darjah Panglima Setia Mahkota (Persekutuan) P.S.M (06.06.2009)
  • Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (Perak) S.PC.M (Mei 2012)
  • Darjah Kebesaran Seri Paduka Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (Kelantan) S.P.S.K (30.03.2005)
  • Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (Perak) S.P.M.P (19.04.2010)
  • Darjah Dato' Paduka Cura Simanja Kini (Perak) D.P.C.M (19.04.1988)
  • Darjah Dato' Paduka Mahkota Kelantan (Kelantan) D.P.M.K (30.03.1999)
Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Puan Sri Robiah bte Abd Kadir dan mempunyai lima orang anak.

ALAMAT
Kamar Ketua Hakim Negara,
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Aras 5 Utara, Istana Kehakiman,
Presint 3,
62506 PUTRAJAYA

Mantan Presiden Mahkamah Rayuan

Printer-friendly version

Tan Sri Datuk Haji Abdul Malek bin Haji Ahmad
12.07.2004 - 31.05.2007
Tun Abdul Hamid Mohamad
05.09.2007 - 06.12.2007

The Right Honorable Tan Sri Dato' Seri Zaki bin Tun Azmi
P.S.M., S.S.D.K., P.J.N., D.S.M.T. (Terengganu), D.S.D.K.(Kedah), J.S.M., K.M.N.
11.12.2007 - 21.10.2008

YAA Tan Sri Dato' Seri Alauddin bin Dato' Mohd. Sheriff
PMN, PSM, SSDK., DPMJ, DSDK, SMJ, PIS
18.10.2008 - 8.8.2011

Mantan Ketua Hakim Negara

Mantan Ketua Hakim Negara
(MANTAN)
Printer-friendly version
YAA Tun Abdul Hamid Bin Hj. Mohamad
Age: 62 years
Appointed as Judicial Commissioner: 1.5.1990
Elevated to the High Court: 1.3.1992
Elevated to the Court of Appeal: 1.9.2000
Elevated to the Federal Court: 1.8.2003
Appointed as Chief Justice of the Federal Court: 2.11.2007
(Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan Kelima)

YAA Tun Dato’ Seri Zaki Bin Tun Azmi
SPCM, SPMK, SSM, PSM, SSDK,
PJN, DSMT (Terengganu), DSDK(Kedah), JSM, KMN

Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan Malaysia
18 Oktober 2008 - 09 September 2011


Suruhanjaya Khas siasat Kematian dan Mahkamah Koroner

KUALA LUMPUR: Kematian Teoh Beng Hock, pembantu khas seorang anggota EXCO kerajaan negeri Selangor, dikenal pasti berpunca daripada bunuh diri.


Keputusan mengenai punca kematian Teoh itu terkandung dalam laporan penuh prosiding Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang didedahkan kepada umum hari ini.
Laporan setebal 124 muka surat itu adalah keputusan sebulat suara semua anggota panel Suruhanjaya berkenaan yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong.

Teoh, 30, Setiausaha Politik kepada EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.

Penubuhan suruhanjaya itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 26 Januari lalu, antara lain untuk menyiasat punca kematian Teoh selepas Mahkamah Koroner Shah Alam yang mengendalikan inkues membuat keputusan terbuka berhubung kes berkenaan.

Prosiding suruhanjaya itu bersidang selama 50 hari dan membabitkan 70 saksi di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini sejak 14 Februari dan berakhir pada 10 Mei lalu

Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam (SKMTPA),

Bayar saman serta-merta

PUTRAJAYA: Orang ramai yang melakukan kesalahan jalan raya mungkin dikenakan saman dan dikompaun serta-merta selaras usaha mendidik masyarakat negara ini supaya lebih menghormati undang-undang dan mematuhi peraturan jalan raya.

Pengerusi Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam (SKMTPA), Tun Zaki Azmi berkata, sekiranya pengguna jalan raya tidak membayar saman ketika itu, kenderaan mereka akan ditahan pihak berkuasa, manakala mereka yang meletakkan kenderaan sesuka hati akan dikunci.


Beliau berkata, cadangan itu dikemukakan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk mengatasi masalah pengguna yang tidak membayar saman selepas dikompaun, sekali gus mendidik mereka memandu secara berhemah.

“Suruhanjaya mengadakan perbincangan hari ini (semalam) untuk mencari jalan bagaimana kita boleh mengurangkan kesalahan jalan raya termasuk masalah parkir, memecut, melanggar lampu isyarat dan memotong di garisan berkembar.


“Ketika ini ada jutaan saman yang tidak dibayar. Sebagai contoh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Bandaraya Kuching ada lima juta saman, Majlis Bandaraya Petaling Jaya ada 2.5 juta manakala Majlis Perbandaran Kuantan mempunyai 600,000 saman, jumlah ini belum termasuk saman dari polis.


“Mereka mengambil sikap sambil lewa dengan tidak membayar saman dan hanya membuangnya...bila tak bayar saman kadang-kadang mahkamah keluarkan waran tangkap, tetapi tidak dipedulikan juga, ini menunjukkan mereka tidak menghormati undang-undang, jadi kita cadangkan tindakan ini diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas SKMTPA bersama agensi penguatkuasaan pengangkutan awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam. Zaki berkata, suruhanjaya mengemukakan cadangan itu dalam tempoh enam bulan, bagaimanapun tindakan itu boleh dilaksanakan serta-merta sekiranya semua pihak bersetuju dengan cadangan itu, terutama ketika menjelang Aidilfitri.

Malas???

Malas???
Jom Kita Lawan Malas Tu...!!!

ALQURAN n Business online

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com