Monday, July 30, 2012

Mesyuarat Majlis Raja Raja

Sultan Selangor pengerusi Mesyuarat ke-228 Majlis Raja-Raja

22/02/2012 1:45pm

KUALA LUMPUR 22 Feb 2012. -

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mempengerusikan Mesyuarat ke-228 Majlis Raja-Raja di Istana Negara di sini hari ini.

Mesyuarat hari Kedua itu dihadiri semua Raja Melayu kecuali Kedah diwakili Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Datuk Seri Utama Tunku Annuar Sultan Badlishah dan Pahang oleh Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.


Raja-raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiringi Ketua Menteri masing-masing kecuali Sarawak yang diiringi Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu.


Mesyuarat itu antara lain membincangkan perkara berkaitan agama, pertahanan, keselamatan, pelantikan, ekonomi serta perkembangan industri.


Majlis santapan malam sempena Mesyuarat ke-228 Majlis Raja-Raja akan diadakan di Istana Negara malam ini. -

S/U Politik

Tiga Setiausaha Politik baharu angkat sumpah

PUTRAJAYA 20 Dis. — Tiga Setiausaha Politik baru mengangkat sumpah menyimpan rahsia di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Mereka ialah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Wong Nai Chee; Setiausaha Politik kepada Menteri Pelajaran, Mohd. Nardin Awang, dan Seah Toong Choon, Setiausaha Politik kepada Menteri Pengangkutan.

Nai Chee, 42, yang memiliki Ijazah Undang-Undang dari Universiti Hull, United Kingdom merupakan Anggota Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA.

Tugas barunya itu berkuat kuasa 1 Disember lepas.

Mohd. Nardin, 48, pula yang berkelulusan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) memulakan tugas itu sejak 3 Oktober lepas.


Beliau sebelum ini merupakan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Seah, 55, memulakan tugas barunya pada 1 Julai lalu.

Beliau sebelum ini turut berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Kong Choo Ha ketika Choo Ha menjadi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Proses Pembentukan Kerajaan Malaysia

Proses pembentukan kerajaan


Kemenangan majoriti parti, maka terbentuklah sebuah kerajaan yang dipilih menerusi amalan demokrasi berparlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 113 hingga Perkara 120 berserta Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan.


Berlangsungnya pilihan raya umum semalam bermakna sempurna sudah tanggungjawab rakyat untuk memilih bentuk kerajaan yang bakal mencorakkan masa depan negara untuk tempoh lima tahun lagi.
Asas sistem demokrasi menyaksikan penyertaan dan penglibatan rakyat dalam proses pemerintahan negara melalui pilihan raya. Dengan itu rakyat terlibat secara langsung dalam membuat keputusan terhadap penggubalan dasar dan pelaksanaannya.


Ternyata, sejarah kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam sepuluh pilihan raya yang berlangsung sejak negara mencapai kemerdekaan berulang lagi pada pilihan raya kali ini.


Setelah berjaya memenangi lebih 146 kerusi Parlimen di seluruh negara, BN mengorak langkah dengan penuh yakin untuk membentuk kerajaan.


Sememangnya percaturan politik itu amat hebat. Setelah diselubungi pelbagai teka-teki mengenai sejauh mana pencapaian BN dalam pilihan raya kali ini, ternyata majoriti dua pertiga memihak untuk kesekian kalinya kepada BN.


Bermula dengan pilihan raya pertama pada tahun 1959 selepas negara mencapai kemerdekaan, BN meneruskan tradisi sebagai pemegang tampuk pemerintahan negara.
Berbekalkan mandat yang diberikan oleh rakyat, BN melebarkan perjuangannya untuk membentuk kerajaan yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan tugas seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 113 hingga Perkara 120 Perlembagaan. Segala urusan berkaitan pilihan raya seperti yang dituntut oleh Perlembagaan telah dipenuhi.


Segala-galanya adalah untuk memastikan kesinambungan amalan demokrasi di negara ini.
Sebagai sebuah negara demokrasi penglibatan rakyat sebagai pengundi dilihat amat penting untuk menentukan kerajaan yang memerintah, serta corak dan proses keadilan sosial di negara ini.
Sebelum Parlimen dibubarkan pada 4 Mac lepas, BN menguasai 152 daripada 193 kerusi Dewan Rakyat, manakala PAS menguasai 26 kerusi, DAP 10 dan Keadilan lima.


Menang


Untuk Parlimen akan datang, bilangan kerusi Dewan Rakyat bertambah sebanyak 26 lagi, menjadikan 219 kerusi semuanya. Ini bermakna sesebuah parti politik perlu menang di sekurang-kurangnya 110 kerusi untuk majoriti mudah atau 146 kerusi untuk menguasai majoriti dua pertiga.
Sebanyak 10.28 juta pemilih layak mengundi pada kali ini.


Sesungguhnya keputusan pilihan raya menunjukkan sikap pengundi terhadap parti yang memerintah dan parti pembangkang. Pembangkang pula menjalankan fungsi sebagai pemeriksa dan pengimbang kepada parti pemerintah.


Selepas selesai pilihan raya, sebuah jemaah menteri akan ditubuhkan seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 43 dan Jadual Keenam Perlembagaan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan BN telah memperoleh lebih dua pertiga kerusi Dewan Rakyat pada pilihan raya.


Dalam proses tersebut Perdana Menteri akan memohon untuk menubuhkan kerajaan baru dan mengemukakan cadangan keanggotaan kabinet kepada Yang di-Pertuan Agong apabila pemilihan jemaah menteri selesai diadakan.


Keputusan


Walaupun mengikut peraturan yang dijalankan sebelum ini Pengerusi SPR juga perlu mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembahkan keputusan rasmi pilihan raya tetapi dalam kes tahun ini ia mungkin tidak berlaku secepat tahun lepas.

Ini kerana urusan SPR masih belum selesai apabila proses pengundian di Dewan Undangan Negeri Sg. Lembing terpaksa ditangguh ke 29 Mac ini kerana kesilapan mencetak kertas undi.
Sedangkan upacara mengadap itu adalah urusan rasmi yang memang dibuat untuk menamatkan segala urusan pilihan raya.


Mengikut Perlembagaan, Perdana Menteri sekali lagi akan mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk mengemukakan senarai kabinet Kerajaan Pusat selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin BN.


Ia akan disusuli dengan istiadat pengurniaan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan, taat setia serta sumpah menyimpan rahsia oleh anggota kabinet dan timbalan-timbalan menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong akan berlangsung di Istana Negara.


Perdana Menteri yang mengetuai mengetuai barisan anggota kabinet dan timbalan-timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia di hadapan Sultan Syed Sirajuddin Jamalullail.


Proses tersebut akan dimulakan dengan penerimaan surat cara pelantikan oleh Perdana Menteri.
Kesemua anggota kabinet yang diketuai oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia dan kemudian menandatangani dokumen rasmi pelantikan yang disaksi dan disahkan oleh Ketua Hakim Negara.
Selepas itu, Timbalan Perdana Menteri, D

atuk Seri Najib Tun Razak akan menerima surat cara pelantikan dan kemudiannya melafazkan sumpah jawatan dan taat setia serta menandatangani dokumen berkenaan.


Acara penyerahan surat cara pelantikan dan melafaz sumpah jawatan dan taat setia bagi menteri dan timbalan menteri pula kebiasaannya dijalankan secara berkumpulan antara empat dan lima orang.


Susun atur pembentukan jemaah menteri terkandung dalam Perkara 43 Perlembagaan dan Jadual Keenam.
Sementara itu fungsi kerajaan sementara yang mengambil alih pentadbiran negara sebaik Parlimen dibubarkan akan diteruskan walaupun selepas berlangsungnya pilihan raya sehingga kabinet baru dibentuk.


Justeru setiap keputusan yang dibuat oleh kerajaan sementara sebelum kabinet dibentuk seperti menasihati yang di-Pertuan Agong supaya memanggil mesyuarat Dewan Rakyat adalah sah di sisi Perlembagaan.
Adalah lazim bagi sebuah negara demokrasi, Yang di-Pertuan Agong perlu mendapat nasihat daripada pengerusi kabinet atau menteri kabinet sebelum mengeluarkan notis memanggil sidang Parlimen.

Wednesday, July 25, 2012

LID  

Consolidating smart partnership with new proposals

LANGKAWI Nov 21 - In line with the desire of seeing less rhetoric and "make visions happen" leaders and delegates at the three-day Langkawi International Dialogue 2000 which ended today have agreed on several tangible proposals for implementation.

Wednesday, July 18, 2012

Negara-Negara Komanwel

<><> <><> <><> <><> <><>
Commonwealth of Nations Negara-negara Komanwel
Commonwealth of Nations.svg
Ibu PejabatLondon, United Kingdom
Negara ahli53
Ketua KomanwelRatu Elizabeth II
Setiausaha AgungKamalesh Sharma (Bendera India India)
Penubuhan1926
Laman webhttp://www.thecommonwealth.org
Negara-Negara Komanwel atau Komanwel sahaja merupakan satu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak British kecuali Mozambique  (bekas jajahan Portugis) dan Rwanda (bekas jajahan Belgium).
Bukan semua ahlinya mengiktiraf ratu British, Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara. Negara-negara yang mengambilnya sebagai ketua negara dikenali sebagai Kerajaan Komanwel atau "Commonwealth Realm". Bagaimanapun, majoriti ahlinya adalah republik, dan sebahagian yang lain mempunyai raja tersendiri. Contohnya seperti Malaysia,  Brunei, Tonga, yang mempunyai Raja/Monarki yang sendiri. Namun demikian, semua ahlinya menganggap Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel.

 

Sejarah

Komanwel merupakan lanjutan Empayar British yang lahir daripada Persidangan Imperial pada akhir 1920-an. Selepas negara-negara jajahan British mencapai kemerdekaan, komanwel telah ditubuhkan untuk menyatukan negara-negara bekas jajahan British ini.

Senarai ahli mengikut benua

Tarikh keahlian (dalam kurungan).
  • Eropah
    • United Kingdom (1931) (Alam Komanwel)
    • Cyprus (1961)
    • Malta (1964)
  • Amerika Utara
    • Kanada (1931) (Alam Komanwel)
    • Jamaika (1962) (Alam Komanwel)
    • Trinidad dan Tobago (1962)
    • Barbados (1966) (Alam Komanwel)
    • Bahamas (1973) (Alam Komanwel)
    • Grenada (1974) (Alam Komanwel)
    • Dominica (1978)
    • St Lucia (1979) (Alam Komanwel)
    • Saint Vincent dan the Grenadines (1979) (Alam Komanwel)
    • Antigua dan Barbuda (1981) (Alam Komanwel)
    • Belize (1981) (Alam Komanwel)
    • St Kitts and Nevis (1983) (Alam Komanwel)
  • Amerika Selatan
    • Guyana (1966)
  • Afrika
    • Afrika Selatan (1931) (meninggalkan Komanwel antara 1961 - 1994)
    • Ghana (1957)
    • Nigeria (1960) (digantung antara 1995 - 1999)
    • Sierra Leone (1961)
    • Tanzania (1961)
    • Uganda (1962)
    • Kenya (1963)
    • Malawi (1964)
    • Zambia (1964)
    • Gambia (1965)
    • Botswana (1966)
    • Lesotho (1966)
    • Mauritius (1968)
    • Swaziland (1968)
    • Seychelles (1976)
    • Namibia (1990)
    • Mozambique (1995) (negara pertama bukan jajahan British)
    • Cameroon (1995)
    • Rwanda (2009) (negara kedua bukan jajahan British)
  • Asia
    • India (1947)
    • Pakistan (1947) (meninggalkan Komanwel antara 1972 - 1989, digantung 1999 - 2004 dan 2007 - 2008)
    • Sri Lanka (1948)
    • Malaysia (1957)
    • Singapura (1965)
    • Bangladesh (1972)
    • Maldives (1982)
    • Brunei (1984)
  • Australia dan Oceania
    • Australia (1931) (Alam Komanwel)
    • New Zealand (1931) (Alam Komanwel)
    • Samoa (1970)
    • Tonga (1970)
    • Papua New Guinea (1975) (Alam Komanwel)
    • Kepulauan Solomon (1978) (Alam Komanwel)
    • Vanuatu (1980)
    • Tuvalu (1978) (Alam Komanwel)
    • Kiribati (1979)
    • Nauru (1999)
Ahli yang kini digantung:
  • Fiji (1970) (meninggalkan Komanwel antara 1987 - 1997, digantung 2000 - 2001, digantung semula September 2009)
Bekas ahli:
  • Ireland meninggalkan Komanwel pada 1949
  • Newfoundland dijadikan wilayah di Kanada pada 1949
  • Zimbabwe meninggalkan Komanwel pada 2003.

Ibu Negara ( Wilayah Persekutuan)

Wilayah Persekutuan

ACF270


Bendera baru Wilayah Persekutuan yang dilancarkan pada 20hb. Ogos 2006 ini digunakan dalam acara-acara rasmi yang melibatkan ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.


Bendera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau Labuan atau Putrajaya akan digunakan dalam acara-acara yang melibatkan Wilayah Persekutuan yang berkenaan.


Ciri-ciri Bendera Wilayah Persekutuan menerapkan warna asas Bendera Malaysia yang melambangkan Wilayah Persekutuan adalah milik Kerajaan Persekutuan dan seluruh rakyat Malaysia.
  • Warna kuning membawa maksud kedudukan yang dihormati, dimuliakan dan kedaulatan;
  • Warna biru mambawa maksud perpaduan, keikhlasan, kestabilan, keharmonian dan kebenaran; dan
  • Warna merah membawa maksud semangat waja, kekuatan, keberanian dan bertenaga.
  • Jata Negara melambangkan Wilayah Persekutuan sebagai jajahan penting yang meneraju pemerintahan, pentadbiran dan pusat perniagaan negara.
  • Tiga (3) bintang di bawah Jata Negara membawa maksud 3 Wilayah Persekutuan terpenting iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya yang bernaung dan mendokong Wilayah Persekutuan.



Ibu negara merujuk kepada bandar pentadbiran bagi sesuatu negara. Ia biasanya merupakan bandar penting dalam negara tersebut disebabkan kebanyakan pejabat tadbir dan pemimpin negara biasanya tinggal di bandar tersebut. Ia biasanya menampung jabatan-jabatan pentadbiran negara dan sebuah dewan perwakilan rakyat yang sering kali disebut parlimen serta pejabat-pejabat komersil. Selain itu, ibu negara biasanya juga menampung perwakilan daripada negara-negara asing yang biasa dipanggil kedutaan besar
.

Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur tetapi pusat badan eksekutifnya terletak di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya. Parlimen masih terletak di Kuala Lumpur.


Berbilang Ibu Negara

Terdapat sebilangan negara yang berbilang ibu negara; selalunya satu bandar menjadi pusat kerajaan dan satu lagi menjadi ibu negara yang sah.

Kini berbilang ibu negara



NegaraIbu negaraKeterangan
Afrika SelatanPretoriaPusat pentadbiran
Cape TownPusat perundangan
BloemfonteinPusat kehakiman
BeninPorto-NovoIbu negara rasmi
CotonouPusat kerajaan de facto
BoliviaSucreIbu negara rasmi (berperlembagaan); pusat kehakiman
La PazPusat pentadbiran dan perundangan
ChileSantiagoIbu negara rasmi; pusat pentadbiran dan kehakiman
ValparaísoPusat perundangan
Côte d'IvoireYamoussoukroIbu negara rasmi
AbidjanPusat kerajaan de facto
Malaysia
Kuala LumpurIbu negara rasmi; pusat perundangan, bandar bertaraf dunia.
Putrajaya

Labuan
Pusat pentadbiran dan kehakiman kerajaan persekutuan yang utama.
pusat kewangan luar pesisiran antarabangsa, pulau pelancongan bebas cukai antarabangsa dan pusat pendidikan yang terkemuka.
Sri Lanka
Sri JayawardenapuraPusat pentadbiran
ColomboPusat perdagangan
SwazilandMbabanePusat pentadbiran
LobambaPusat perundangan dan diraja
TanzaniaDodomaIbu negara rasmi
Dar es SalaamPusat kerajaan de facto
Sahara Barat (SADR)El AaiúnIbu negara terisytihar
Bir LehlouIbu negara sementara

DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK

 

     Dewan Undangan Negeri Perak atau DUN Perak terdiri daripada 59 kawasan DUN. Pemilihan ADUN dibuat semasa pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.

Ahli Dewan Undangan Negeri{Semasa-setakat 15 Jun 2009)




DUN Perak 2008


Barisan Nasional 28 | Parti Tindakan Demokratik 16 | Parti KeADILan Rakyat 5 | Parti Islam Se-Malaysia 6 | BEBAS Bebas 4
No.Kawasan DUNMenjadi ADUNMewakili Parti

N1


Pengkalan Hulu


Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali
Barisan Nasional
 BN
N2TemengorHasbullah OsmanBarisan Nasional BN
N3KeneringMohd Tarmizi IdrisBarisan Nasional BN
N4Kota TampanSaarani MohamadBarisan Nasional BN
N5SelamaMohamad Daud Mohd YusoffBarisan Nasional BN
N6Kubu GajahRaja Ahmad Zainuddin Raja Haji OmarBarisan Nasional BN
N7Batu KurauMohd Najmuddin EliasBarisan Nasional BN
N8Titi SerongKhalil Idham Lim AbdullahParti Islam Se-Malaysia PAS
N9Kuala KurauAbdul Junus JamahariParti KeADILan Rakyat PKR
N10Alor PongsuSham Mat SahatBarisan Nasional BN
N11Gunong SemanggolRamli TusinParti Islam Se-Malaysia PAS
N12SelinsingHusin DinParti Islam Se-Malaysia PAS
N13Kuala SapetangTai Sing NgParti KeADILan Rakyat PKR
N14Changkat JeringMohd Osman Mohd JailuBebasl Bebas
N15TrongRosli HusinBarisan Nasional BN
N16KamuntingMohammad Zahir Abdul KhalidBarisan Nasional BN
N17Pokok AssamYee Seu KaiParti Tindakan Demokratik DAP
N18AulongYew Tian HoeParti Tindakan Demokratik DAP
N19ChenderohSiti Salmah Mat JusakBarisan Nasional BN
N20Lubok MerbauMohd Zainudin Mohd YusofParti Islam Se-Malaysia PAS
N21LintangAhamad Pakeh AdamBarisan Nasional BN
N22JalongLeong Mee MengParti Tindakan Demokratik DAP
N23ManjoiNadzri IsmailBarisan Nasional BN
N24Hulu KintaRusnah KassimBarisan Nasional BN
N25CanningWong Kah WohParti Tindakan Demokratik DAP
N26Tebing TinggiOng Boon PiowParti Tindakan Demokratik DAP
N27Pasir PinjiSu Keong SiongParti Tindakan Demokratik DAP
N28BerchamSum Cheok LengParti Tindakan Demokratik DAP
N29KepayangLoke Chee YanParti Tindakan Demokratik DAP
N30BuntongSivasubramaniam AthinarayananParti Tindakan Demokratik DAP
N31JelapangHee Yit FoongBebas Bebas
N32MenglembuLim Pek HarParti Tindakan Demokratik DAP
N33TronohSivakumar Varatharaju NaiduParti Tindakan Demokratik DAP
N34Bukit ChandanWan Mohammad Khairil Anuar Wan AhmadBarisan Nasional BN
N35ManongRamly ZahariBarisan Nasional BN
N36Pengkalan BaharuHamdi Abu BakarBarisan Nasional BN
N37Pantai RemisNga Kor MingParti Tindakan Demokratik DAP
N38BelanjaMohd Zaim Abu HasanBarisan Nasional BN
N39BotaNasarudin HashimBarisan Nasional BN
N40Malim NawarKeshvinder Singh a/l Kashmir SinghBebas Bebas
N41KeranjiChen Fook ChyeParti Tindakan Demokratik DAP
N42Tualang SekahNolee Ashilin Mohammed RadziBarisan Nasional BN
N43Sungai RapatHamidah OsmanBarisan Nasional BN
N44Simpang PulaiChan Ming KaiParti KeADILan Rakyat PKR
N45TejaChang Lih KangParti KeADILan Rakyat PKR
N46ChenderiangMah Hang SoonBarisan Nasional BN
N47Ayer KuningSamsudin Abu HasanBarisan Nasional BN
N48Sungai ManikZainol Fadzi PaharudinBarisan Nasional BN
N49Kampong GajahWan Norashikin Wan NoordinBarisan Nasional BN
N50SitiawanNgeh Koo HamParti Tindakan Demokratik DAP
N51Pasir PanjangMohammad Nizar JamaluddinParti Islam Se-Malaysia PAS
N52PangkorZambry Abdul KadirBarisan Nasional BN
N53RungkupSha'arani MohamadBarisan Nasional BN
N54Hutan MelintangKesavan SubramaniamParti KeADILan Rakyat PKR
N55Pasir BedamarSeah Leong PengParti Tindakan Demokratik DAP
N56Changkat JongMohd Anuar SudinParti Islam Se-Malaysia PAS
N57SungkaiSivanesan AchalingamParti Tindakan Demokratik DAP
N58SlimMohd Khusairi Abdul TalibBarisan Nasional BN
N59BehrangJamaluddin Mohd RadziBebas Bebas


Nota: Kesemua calon bebas asalnya merupakan ahli Pakatan Rakyat.

Malas???

Malas???
Jom Kita Lawan Malas Tu...!!!

ALQURAN n Business online

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com