Thursday, July 28, 2011

PERDANA MENTERI MALAYSIA




2008: Syarikat swasta Vs Syarikat GLC dalam MEB

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Seperti yang dijangkakan, Model Ekonomi Baru (MEB) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pagi Selasa, akan membuka lebih banyak peluang bagi pelaburan sektor swasta dengan penjualan kepentingan dalam beberapa syarikat berkaitan kerajaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Yusli Mohamed Yusoff, berkata pengumuman mengenai penjualan selanjutnya aset bukan teras kerajaan dan membenarkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja menambah pelaburan di luar negara untuk menyediakan lebih banyak ruang bagi pelabur-pelabur baharu dalam pasaran domestik adalah sejajar dengan apa yang dicadangkan oleh kerajaan.

Beliau berkata Bursa Malaysia berharap dapat menyaksikan apungan bebas syarikat-syarikat tersenarai sebanyak lebih daripada 50 peratus pada masa akan datang, tetapi ia tidak akan menjadikannya mandatori kerana tahap 25 peratus sekarang mencukupi.

Juga harus ada lebih banyak pelabur strategik yang baik, yang boleh menambah nilai kepada perniagaan untuk memasuki pasaran, bukan hanya perniagaan portfolio, katanya.

KWSP yang melabur enam peratus daripada asetnya di luar negara, akan ibenarkan menambah pelaburannya di luar negara bagi mempelbagaikan portfolionya dan memberikan lebih banyak ruang bagi peserta baharu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semasa mengumumkan MEB pada persidangan Invest Malaysia 2010, di sini hari ini.


Dasar Penswastaan dan Persyarikatan Malaysia

Dasar-dasar mesra pelabur dan industri

Dasar Penswastaan negara diperkenalkan pada tahun 1983, semasa dalam tempoh RMK4, yang bertujuan supaya sektor swasta, pengusaha tempatan dan kerajaan bersama-sama memikul tanggunjawab memajukan negara. Melalui dasar ini, kepentingan atau pelaburan kerajaan dipindahkan kepada sektor swasta. Pada tahun yang sama, kerajaan Malaysia juga memperkenalkan Dasar Persyarikatan Malaysia bertujuan menggalak kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam membangun ekonomi negara. Kedua-dua dasar ini memberi impak yang besar sama ada positif atau negatif sehingga pada hari ini.
Di bawah Dasar Perindustian Berat, kerajaan Malaysia menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada 1980. HICOM ditugaskan untuk mengurus industri berat seperti Kedah Cement Sdn Bhd dan kilang besi PERWAJA (GLC) di Kemaman, Terengganu. Menurut Perdana Menteri ketika itu, dasar perindustrian berat mempunyai serampang dua mata iaitu mewujudkan projek industri berat itu sendiri dan meningkat keupayaan industri sokongan atau mengwujudkan industri-industri baru[2]. Pengenalan dasar ini membawa kepada penubuhan Proton yang memacu industri otomobil negara pada tahun 1983.

Pemilikan saham

RMK4 juga bertujuan menyeimbangkan pemilikan saham dan harta antara bumiputera dan bukan bumiputera. Ini dilakukan dengan penubuhan Permodalan Nasional Bhd (GLC) dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) pada tahun 1981.

2008: Rancangan Fizikal Negara (Dasar Fizikal Negara)

RANCANGAN FIZIKAL NEGARA (RFN)Rancangan Fizikal Negara (RFN) merupakan suatu pernyataan bertulis yang merumuskan dasar-dasar strategik bagi menentukan arah tuju pemajuan fizikal dan pemuliharaan bagi seluruh Semenanjung Malaysia. Rancangan Fizikal Negara telah diluluskan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara pada 26 April 2005.
Kelulusan ini bermakna, Rancangan Fizikal Negara kini perlu dijadikan panduan perancangan fizikal dan dilaksanakan di peringkat persekutuan dan negeri di seluruh Semenanjung Malaysia, dan seterusnya:
  • Dasar-dasar Rancangan Fizikal Negara perlu diselaraskan dengan dasar-dasar sektoral lain yang berkaitan.
  • Cadangan-cadangan Rancangan Fizikal Negara perlu diperincikan di peringkat Rancangan Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan bagi menjadi asas pembangunan semua negeri, dan
  • Cadangan-cadangan Rancangan Fizikal Negara perlu dijadikan panduan oleh agensi persekutuan dan negeri dalam pembentukan program dan projek Rancangan Malaysia Lima Tahun.
Fungsi Rancangan Fizikal Negara
  • Mengukuhkan perancangan negara melalui dimensi reruang dalam polisi ekonomi negara.
  • Menyelaras agensi sektoral melalui penyediaan peruntukan reruang dalam polisi sektoral.
  • Membentuk rangka kerja untuk perancangan di peringkat negeri dan tempatan; dan
  • Membentuk polisi perancangan fizikal.
Lapan Tema Rancangan Fizikal Negara
  1. Pembentukan kerangka spatial negara;
  2. Peningkatan daya saing ekonomi negara;
  3. Pemodenan sektor pertanian;
  4. Pengukuhan pembangunan pelancongan;
  5. Pengurusan petempatan manusia;
  6. Pemuliharaan sumber semulajadi dan alam sekitar;
  7. Penyepaduan rangkaian pengangkutan negara; dan
  8. Penyediaan infrastruktur yang bersesuaian.






Wednesday, July 27, 2011

STPM 2008 Kaedah Penswastaan

5.7% 42.9% 22.9% 5.7% .7% 17.1% 00.0% :







BILANGAN PROJEK YANG DISWASTAKAN
MENGIKUT SEKTOR DAN KAEDAH, 2001-2005 (RMK 8)


                                                   PEK BKP BPP PEA BKM PET P PA KP   Jumlah




Pertanian & Perhutanan                 1    1     0      0     0      0     0   0   0     2 
Pembinaan                                     0    3     2      0     0      10   0   0   0     15  
Elektrik, Gas & Air                        0    1     0      0     5      0     2   0   0     8 
Pengangkutan,
Penyimpanan & Komunikasi           0    0    0      0     0       0     1   1   0     2 
Perkhidmatan Kerajaan                   0    0    0      1     0       0     0   0    1    2
Perkhidmatan Lain                        0   1    0      0     0       0     0   0    5    6 
Jumlah                                         1   6    2       1     5      10    3   1    6   35  1


 
Sumber
Unit Perancang Ekonomi

Nota:
PEA = Penjualan Aset KP = Kontrak Pengurusan  BKM = Bina-Kendali-Milik PEK = Penjualan Ekuiti PET = Pembangunan Tanah   BKP = Bina-Kendali-Pindah P = Penyenaraian   BPP = Bina-Pajak-Pindah PA = Pajakan Aset



Kebanyakan projek jalan raya ini telah dilaksanakan melalui kaedah binakendali-
pindah yang mana pihak swasta akan membina, mengendali dan menyenggara
kemudahan tersebut dengan pembiayaan sendiri dan sebagai balasan, mengutip tol
daripada pengguna jalan raya sepanjang tempoh konsesi. Pada akhir tempoh konsesi,
kemudahan tersebut akan dipindahkan kepada Kerajaan tanpa sebarang kos. Dalam
tempoh Rancangan, jalan bertol iaitu Jalan Kuching, Jalan Pahang dan Jalan Cheras
telah diserahkan kepada Kerajaan dan pengenaan tol telah dimansuhkan.
Pengurusan dan operasi stesen KL Sentral telah diswastakan bagi menambah
baik perkhidmatan dan kemudahan pertukaran penumpang. Stesen tersebut telah
dikhaskan sebagai sebuah terminal bandar dan gerbang antarabangsa bagi
menyediakan perkhidmatan kepada beberapa pengendali rel seperti Keretapi Tanah
Melayu Berhad, Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn. Bhd. (PUTRA)
dan Hubungan Kereta Api Express (ERL) dan akhirnya menghubungkannya dengan
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Manfaat Penswastaan

1 Manfaat kepada Orang Awam.
Penswastaan dapat mempercepatkan penyediaan kemudahan, sepertipembangunan pejabat Kerajaan Persekutuan di Putrajaya melalui kaedah bina-pajakpindah.

2 Kecekapan dan Produktiviti.
 Pembinaan lebuh raya bertol menyumbang kepada keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya. Dalam tempoh Rancangan, sebanyak 16 projek penswastaan lebuh raya telah dilaksanakan untuk membina
tambahan 604.5 kilometer rangkaian jalan raya negara. Projek-projek ini melibatkan perbelanjaan modal sebanyak RM18.0 bilion.

Malas???

Malas???
Jom Kita Lawan Malas Tu...!!!

ALQURAN n Business online

Search in the Quran
Search in the Quran:
in
Download Islamic Softwares FREE | Free Code
www.SearchTruth.com